Thursday, September 29, 2011

REKOD SUDAH DIPECAHKAN

Ye ye..aku tau aku baru bagitau semalam aku nak offline selama 3 hari utk menjadi menantu solehah. Tapi aku sangat-sangat teruja untuk bagitau mende nih! (ada x gaya2 mcm baru lepas dapat formula untuk ubat sakit HIV) hahah!

Macam yang aku bagitau kat korang semalam, aku memang xpernah dapat buat sarapan utk mak mentua aku. kan? kan? Tapi tu semalam...hari ni? Yes! hari ni aku telah memecahkan rekod sebab hari ni aku buat sarapan utk mak mentua aku!! iaitu...mee goreng! ye betul...ni bukan rekaan atau angan-angan! Walaupun aku tau rekod aku bukanlah selevel dgn Lee Chong Wei ataupun rekod Nadya Suleiman yg beranak kembar 8 kat Amerika tu, tapi aku kira dah terer jugak lah!

Yooohooo!!

MAK MENTUA BUAT KEZZUTANNN

Petang tadi aku dah planned baekk punya dengan BFF aku yang gojes (erkk..ni dia yg soh tulis) si Maszlavista tu, untuk pegi ngeteh di kedai kopi yg belum ditentukan lagi namanya atau dimanakah ia berada. apakebenda ko melalut nih??

Sebabnya aku tengah tido masa dak Masz ni ngajak. Lama gak x ngeteh. Best gak kan kalau ngeteh hari ni. Banyak rasanya citer yg dah terpendam sekian lama dilubuk hati masing2 yg tunggu untuk dipublishkan di kedai kopi tu nanti.

Tapi.....

X lama lepas tu hubby called. Katanya mak mentua aku dah ada kat KL ni. "petang karang abang amik lepas balik kerja"

Huhuhu...tergendala lagi gosip scene aku....

Hallamak!! rumah aku tengah macam kapal pecah yg tinggal nak karam dan kalau karam pun kompem x jumpa kalau cari 1 lautan pun! Adoii. Hari-hari aku kemas rumah tau sekarang ni. Sampai hubby pun tegur "awak ni baguslah sekarang. Belum pernah lagi, abang balik rumah bersepah semenjak raya nih" Tapi, hari aku x kemas rumahlah yg umi sampai.

Apa lagi, dengan pantas la aku balik rumah (napelah time2 cenggini aku kat umah mak?) dan mengemas dengan terernye!

So, saya akan mendiamkan diri buat sementara waktu untuk menjadi menantu solehah selama 3 hari yg mendatang ini...

Cuma 1 je yg aku xle nak lawan dengan mak mentua aku ni. Memang aku xbole nak lawan la dgn umi bab ni. Memang kompem kalahlah kalau nak lawan pun. Kompem punye lah!

Aku memang x dapat2 lagi nk menyediakan umi sarapan dari sentuhan tangan aku yg gebu dan suci ni. sebabnya?

Sebabnya, umi bangun pagi pukul 4 pagi!

Time2 macam tu, aku rasa, aku baru nak tido...

Cakap kengkonon kalau tido awal pukul 8 malam pun, bolehlah bangun pukul 4 pagi??

Hehehehe...

Ala...Umi buat sarapan sedap tau. Bila lagi nak merasa..(sila baca sambil buat muka seposen line ni ye)

Monday, September 26, 2011

A PRESENT FOR U

Petang tadi, agak-agak bosan melanda diri....

Dok fikir nak wat apa..Hubby pulak call cakap dia balik lambat sikit hari ni..

Ah!! bosannyaaaaa...

Eh! present hubby aku x beli lagi la... Its almost been a month since his birthday and i still don't give him anything as his birthday present! even a slice of cake!!

Buruk betul perangai ko Zarina!!

Monolog - "Kalau birthday kau dia buat macam ni, sure kau dah nangis2 majuk kata dia dah x sayang kat ko lagi kan???"

Alasan - "Dah tu, sape suruh birthday dia jatuh on 1st day raya? orang sibuk nak rayalah time tuh. Kenapa x 2nd or 3rd day raya ke?"

Apa pun alasan, aku kena juga beli something. Nanti kalau dia balas balik buat2 tatau time birthday aku, rugilah!!

Huh! baik ada makna!!

So, berjalan-jalan aku sorang2 kat Pavi...senang jalan sorang. xpayah nak terima pendapat orang lain. Ni kan present utk darling i...mesti ikut pendapat i jek!

Hmmm...nak bagi apa ek?

Jalan-jalan lagi...

Masuk kedai baju....macam x best je bagi baju

Masuk kedai kasut....masa raya hari tu, dia baru beli kasut

Masuk kedai gadget.....huhu..xpayah..nanti aku tukar fikiran pulak. Last2 aku yg pakai

Hmmm..nak cari apa ek?

Eh! nampak kedai jam lah!
Oh yes! memang dah lama dia x beli jam. Last beli masa pergi Jakarta 2 years back.


DAN....


~


~


~


~


~


TADAAAAA......!











Oh God!! I love it! jatuh cinta pandang pertama!

Walaupun memang kopak masa nak bayar dan aku kena tutup rapat2 mata ni, tapi xpelah..bukan utk orang lain..untuk hubby yg ku sayangi jugak!!

Erkk.. birthday ina lagi 3 bulan ye......
Jangan nak buat2 lupa sebab ina dah set reminder dlm phone abang

Saturday, September 24, 2011

HERO-HERO PILIHAN

Kalau nak tengok movie, apa yg buat kita tertarik ye? yang buatkan kita sangup mengadap dekat 2 jam kat depan citer tu. Tu kalau citer melayu atau omputih, cuba kalau citer hindustan, ambik ko 3 jam!! kematu montot. Tapi tetap....jugak mengadap!

Adakah kerana

Pelakonnya
Jalan citernya
Tajuk citernya
Pengarahnya
atau...
citer tu nampak colorful lah, suka tengok color-color tuh! (ni kalau hang tanya kat budak2 belum tadika tu)

Kalau aku, tengok keadaanlah. Kadang2 jalan citer, kadang2 sebab pengarah, kadang2 sebab tajuk citer yg buat aku tertarik, dan kadang2 pelakonnya. (tang ni rasanya bukan kadang2 kot. Lagi2 pelakon lelaki) hehe


TOM CRUISE
Mamat yg sorang ni memang aku lemah lutut bila tengok dia..X kisahlah citer apa pun yg dia berlakon, aku akan tengok dengan penuh kusyuk! Kalau kat channel Astro tu, walaupun tengok time citer dia lagi 2 minit nak habis, aku akan tetap ngadap mcm dah tengok dari awal dan macam paham je citer tu!

kenapalah aku bukan katie holmes??


NICHOLAS CAGE
 Yang dia ni, aku akan tonton apa saja citer yg dia berlakon. Kompem best wooo!! walaupun dia x hensem mana tapi citer yg dia ada mesti best! mestu punyalah!!



ANTONIO BANDERAS
Ni lagi sorang buat lutut cheq ketaq! Tapi aku akan tonton citer dia kalau aku rasa citer tu best. Kalau boring, xdelah masa aku nak ngadap. Mungkin dia bukan tahap Tom Cruise lagi kot. Oh! jauh lagik!



EDDIE CAHILL
Saper yang rajin tengok citer CSY NY kat astro 701 tu? Kalau korang ikut citer tu mesti korang kenal saper dia nih. Bolehlah buat cuci mata bila tengok citer tu. Hensem gak lah..kalau x, Xkan aku siap berebut lg dgn bff aku si Maszlavita tu. Tapi mak cik markonah tetap xnak mengalah!



JOHNNY DEPP
Walaupun dia lanun, mak cik markonah tetap suka kat dia uols! Ada sape2 kat sini yg x minat kat dia?? kalau ada, apa kata korang pegi planet lain sebab tahap taste korang ada masalah la tu..

alalala...tengok saper tu? i kat sini la...



JASON STATHAM
Dia ni, memang x berapa nak hensemlah..tapi beb, dia macho woo! Cuma aku lagi suka tengok watak dia yg X brp nak berdialog sangat. Kalau dia banyak cakap, hilang plak macho dia. 



SHAH RUKH KHAN
Aku memang sanggup dok menyakitkan bontot selama 3 jam kalau dia yg berlakon! Cuma aku tetap x sokong bab dia dapat Dato' tuh! banyak lagi warga Malaysia yg layak kan?



ANGELINA JOLIE
Minah ni sorang je yg aku boleh terima bawa watak hero versi pempuan!

gorgesnya lah ko nih!!!!


Banyak lagi star-star baru yg muncul sekarang ni dan boleh dipilih. Tapi diorang pada aku susah nak di ganti.

p/s - Kenapa Brad Pitt xde??

Jawapannya senang je, aku x minat pon kat dia..dia je yg minat kat aku. rimas mak cik markonah tau!

Friday, September 16, 2011

MY AIM BEFORE I TURN 30

Macam-macam bentuk azam yang ada sekarang ni. 

Azam tahun ni.... Azam bulan ni...... azam minggu depan.... besok aku azam nak.....

Aku pulak, selain drpd azam nak kurus yg belum tercapai-capai tuh, aku ada azam yg agak besar. Yang aku berazam untuk mendapatkan mende-mende tu sebelum umur aku mencecah 30. Semoga aku panjang umur.



Aku aim...


Nak ada rumah atas tanah.     

Uh! Tolonglah! X tahan sgt dah rasanya nak menapak naik tangga sampai tingkat 3. Lagi2 bila beli barang2 dapur!! Kalau anak tido kena dukung lg, mana nak bawak barang2 tu lg..ohhhh!! harap2 tercapailah. Xkisahlah aku beli ke, hubby beli ke.

Nak beli kereta

Nak hadiahkan kat hubby!. Tgk, sayang ina kat abang tau. Kereta yg aku pakai skrg hubby yg hadiahkan masa 2nd anniversary kitorang. Kesian pulak aku tgk dia dok ulang-alik pergi kerja pakai keta yg umurnya dah masuk 8 tahun.

Nak tambah Kiosk

Xdelah nak banyak2. kang aku jugak yg tungang-terbalik nak uruskan nanti. Aku bukan suka hidup dalam kebusyan ni. Biar x banyak asalkan berjalan dgn bagus dan kualiti masa aku bersama family terjamin! Plus, aku nak jaga anak aku sendiri. I want to be the 1st to see every single things they did for the 1st time!

Monthly income rm10,000

Wah! Wah! Bapak berangan sampai atas pokok ke??  Tapi akan aku usahakan!

Semua nak Apple

Hah! Bukan epal yg buat makan tu. Aku nak semua gadget aku berbrandkan Apple. Aku memang peminat brand ni. Tapi aku x minat betul dgn harganya. Tertelan air liur bila tengok. Hari tu, aku bagai nak gila dgn I phone. Eh! Tapi nape sekarang kadang2 aku terjeling2 kat Samsung galaxy???

Nak pergi Umrah

Kata orang pergilah masa muda sebab kita masih bertenaga. Ibadah pun berjalan lancar. Semoga aku dijemput dan ziarah aku diterima baik. Amin..









6 je udah ler.. bukannya lama. Kurang 3 tahun je. Aim banyak-banyak, x tercapai karang, dok dalam bilik campak muka kat bantal nangis-nangis frust sengsorang...kalah orang yang mak bapak x nak terima pinangan dari pakwe sendiri..huhu
  

AKHIRNYA AKU BELIKAN JUGAK

Semalam masa pergi Low Yatt Plaza yang kengkonon nak ada 'crazy sale' yang hampeh tu, Punyalah frust sampai decided xnak beli apa-apa.

Tapi......

The moment aku nak naik escalator untuk cari tempat makan dengan dak Masz, aku terpandang pulak sesuatu....

Sesuatu yang dah lama diidamkan oleh Abelong.

Dan dah lama jugaklah aku buat x tau je dgn permintaan dia.




Ye! mende ni lah yang abelong dok mengecek aku dari dulu. Tapi aku sentiasa cakap x boleh sebab takut nanti dia addicted pastu x nak belajar.

Tapi bila fikir-fikir balik, hmm... apa salahnya. Kesian abelong aku tu..Macam-macam dia janji bila dia nak suruh aku belikan..

Nanti abelng duduk diam-diam la
Nanti abelong makan banyak-banyak la
Nanti abelong nak dengar ckap ibu la

Dok terkenangkan tu, aku pun belilah. Xdelah mahal mana pun..rm169. Godek-godek dapat rm135. Godek punya godek, dapatlah rm130. Kira berbaloilah kalau nak dibangdingkan dgn penantian abelong. Penantian tu kan satu penyiksaan! ececeh..

abelong memang excite x hengat-hengat masa ni

nanti dulu ye. biar abelong main dulu. dah lama abelong tunggu mende ni!



Tengok muka abelong. Happy sangat! aku pun happy sangat bila tengok anak-anak happy. Tapi jangan lupa pesan ibu ye. Nanti jangan pulak x nak belajar.

* ekelehhh.. macamlah budak tu dah darjah 6 tengah sibuk giler nak ngadap UPSR!


Erkk...nilah barang yang aku beli yang bukan dari participating outlets tuh.

Thursday, September 15, 2011

TERTIPU DEK CRAZY SALE

Semalam dalam pukul 1 pagi, diulangi pagi ye! BFF aku yg sorang ni, Maszlavista atau aku biasa panggil Masz je, call up. Aku tau kalau dah call time-time cenggini, gerenti penting ni. So aku berlari jugaklah nak mencapai telefon aku tuh. (sebenarnya nak elakkan missed call sebab nanti aku mesti tertanya-tanya apa yg dia nak? pastu aku mesti kena jugak call balik. Tips utk berjimat cermat...)

Masz kata ada sale kat Low Yatt Plaza (ni kira penting gak nih).
Crazy Sale! (lagilah penting!!)
Punyalah excited aku dengar suara dia. 

So, hasut punya hasut, aku pun terhasut sama...
Pagi-pagi besok rancangan menyerbu akan bermula

Kepala dah bayangkan, mesti mcm PC fair ke, MATTA fair ke. Huh! gerenti giler!

11 pagi kitorang dah terpacak kat low Yatt. Nasib baik mak aku xder hal aku tinggalkan Daneal & Mya dgn dia. Aku memang plan xnak bawa diorang sebab aku bayangkan tempat tu akan sesak giler!

Tapi....

X sesak pun. 
X ramai pun.
X kecoh-kecoh pun.

Rupanya....

Kita kena spend minimum RM50, baru entitled untuk beli sale item tu dgn harga 'crazy murah"

Tapi...

Tapi resit rm50 yg kita spend tu HARUSLAH dari participating outlets. Around 30 outlets rasanya.

Ber'tiket'kan resit tu, barulah kita boleh isi form untuk join the lucky draw!! Nak isi form pulak bukan senang. Q panjang giler! sampai kat luar building.

See...lucky draw ye tuan2 dan puan2..start only after 1pm. kalau no. resit kita tu naik or kena, barulah kita boleh beli barang tu dengan harga 'crazy sale' 

1 barang je pulak tuh. Dan barang tu, pihak penganjur yg akan tentukan. Kita x boleh pilih sendiri. Misalnya, kalau kita datang dengan niat yg baik nak beli kamera DSLR (mcm kenal je niat tu) tapi kalau pihak penganjur tunjuk gambar casing handphone, so kita hanya boleh beli casing handphone..

Tapi tu kalau no resit kita terpilih la ye. Kalau x, jom balik dengan rasa hangin dan sakit hati yang terlampau!

Tu sebab pertama yang buat aku bengang. Sebab kedua yg buat aku bertambah bengang....

Barang aku beli bukan dari paticipating outlets!!!

Bageroooo!!!


Wednesday, September 14, 2011

AKSESORI

X yah la aku nak tanya korang ada ke x aksesori. Nanti korang cakap aku tanya soalan bodoh. Mestilah ada kan.... saper yg xde?? Cuba cakap perempuan mana yg xder mende ni?? Bezanya banyak dgn sikit je.

Aku ni memang giler mende ni. Cukup rajin beli. Tapi masalahnya xde bekas yang sesuai utk letak mende-mende ni. Biasanya aku letak kat wood box yg aku dapat as a present masa kahwin dulu. Bila nak pakai je, hah kau! berselirat-selirat. Kadang-kadang tu sampai bersimpul-simpul. Tapi nak jugak pakai. Bersimpuhlah aku cuba meleraikan mende-mende tuh. Bila x dapat nak leraikan, jadi mengamuk pulak!

So, hari tu, lepas hantar stok selipar kat kiosk aku kat jusco AU2 (promote-promote) aku jenjalan la kat kedai feveret  aku kat sini. MR DIY. Bukan Do It Yourself, tapi ntah stand utk nama cina apa ntah. aku pun x tau. Ahh! tu x penting. Yang penting aku jumpa mende ni....

miniture alal-ala miniqueen. Boleh main sangkut-sangkut je  la lepas ni.

Perasan aksesori byk nau! Siap beli 2. Last-last.......

Sangat-sangat memudahkan aku yang pemalas ni untuk letak aksesori-aksesori aku tu. Ala...sangkut je. Tapi bila nak menyangkut mende-mende tu, baru aku sedar, banyak yg dah hilang, tinggal sebelah la! isshh!! Sebab tu la yg lagi 1 tu kosong. Alasan


Pandangan dari atas - nampak penuh sikit

juling mata aku tengok banyak tempat kosong



Dan bila aku letak kat atas almari solek aku.....






Wallaweiii...!!

Nampak macam good-good je!
Macam orang yg byk betul function yg nak di attend

So, misi terbaru, nak penuhkan lagi aksesori lah

Nak jugak!

Errkk..Walaupun aku selalu lupa pakai..hehehe....selalu sangat!

Errkk..Tapi bila hubby aku tengok dia cakap

"hah! Baik punya letak kat sini saje nak bergaduh dgn anak-anak la ni kan? Bila diorang nampak nanti, diorang punggah, awak jugak yg marah-marah"

Aku pun melopong...

AIRCOND PUNYA HAL!

Aircond bilik aku dah 2 bulan rosak. Ntah apa yg x kena tetiba je rosak. Padahal baru beli setahun. Eh! x sampai pun lah! Brand pulak bukan cikai-cikai punyer brand. YORK hokeyy.

So, selama 2 bulan ni berpanas-panasanlah aku bila nak tido. Dah mengada selama ni tido pakai aircond (sejak dr bujang) so memang berpeluh-peluh jugaklah aku masa mula-mula xde aircond. Letak muka kat depan kipas pun masih panas!

Hubby pulak nak orang yg betulkan aircond tu datang time dia cuti je. Tapi bila dia cuti, dia ajak aku berjalan la pulak!

Tapi...............


Tu dulu.............


2 bulan lepas...............

Sekarang ni aku dah terbiasalah pulak. Ok je tido dengan kipas. Membuta sampai tengah hari jugak. Khusyuk sungguh!

Tapi.................

Tiba-tiba................

Hubby balik dari kerja terus cakap pasal bil elektrik rumah aku bulan ni. 

Hubby : Baby tau x bulan ni berapa bil api rumah (kitorang panggil bil elekrik tu, bil api)
Aku     : Huh..berapa? (xminat nak tau pun)
Hubby : Kalau masa pakai aircond dulu, rm120-rm130 mesti x lari kan?
Aku     : Sekarang berapa?
Hubby : RM50 je. (sambil senyum lebau giler)
Aku     : Hah! 50 henget je?? giler bapak jauh beza. Kuat giler makan api aircond ni ek?
Hubby : Ha..........................So................(senyum sambil angkat-angkat kening)
Aku     : Ha! jangan nak cakap x payah betulkan aircond tu pulak
Hubby : Oh! Yes! 

Pastu hubby terus blah. nampak sangat x nak discuss further

HUH!!

Friday, September 9, 2011

CIK TIEYHAH TUNANG!

Raya ke-6 cik Tieyhah kita ni bertunang. Awal-awal lagi dah book aku selaku tukang mekap. Book yang free hokeyy..haha! xpelah, adik ipar punya pasal. Asalkan ahkak ada time utk mekap diri sendiri jugak, udah ler. At least i can be a part of her big day!

Tips-background yg berterabur akan membuatkan mekap anda nampak menyerlah. (kalau nk comparelah) hehe



Untuk Tieyhah, Selamat Bertunang. Semoga kekal jodohnya. Sentiasa tabahkan hati sewaktu menghadapi ranjau pertunangan. Kami sekeluarga doakan yang terbaik buat Tieyhah. Semoga Allah SWT merahmati kalian berdua. Muahh!

HILANGKAN BATUK

Ni tips aku dapat dr mak aku tapi xtaulah pulak mak aku dapat dari siapa. Apa-apa pun, mekasihlah kat orang yg mencipta tips ni sebab memang super mujarab!

Okey, jangan nak membebel sebab batuk makin teruk. Pada korang yg nak hilangkan batuk (xkira yg biasa ke atau yg berat tahap haru. Contohnya-sampai tangkap pinggang) Cuba korang try petua ni. InsyaAllah memang berkesan.

Ambil beberapa biji limau kasturi. (limau yg kecik tu) Utk orang besar, amik dalam 10 biji. Utk kanak-kanak pula, dalam 3-4 biji.

belah 2 bahagian
Pastu perahkan limau-limau tu


Asingkan bijinya. Jangan tapis ye.


 Jangan campurkan dgn air putih. Biarkan pekat


Pastu terus di minum.

memang masam giler! nampak x kening abang long yg berkerut tu?  tp nak wat mcm mana . kena minum gak sebab masa ni dia mmg batuk teruk. sampai dah mcm bunyi semput

InsyaAllah mujarab! my experience, boleh nampak kesan keesokan harinya. Batuk akan semakin berkurangan dgn lebih cepat! Utk batuk yg teruk tu, minumlah belah siang n malam.

Try lah!

Thursday, September 8, 2011

IPAR X JADI

Sedih sebenarnya bila aku terfikir balik perkara ni. Raya ke-3 hari tu, aku menghadirkan diri ke perkahwinan bekas tunang adik bongsu aku di Kelantan. Alang-alang dah ada kat Terengganu, aku gagahkan diri jugak hadir. X sanggup jugak rasanya melihat Noha yg sepatutnya jadi adik ipar aku bulan 10 tahun lepas kini di atas pelamin dgn orang lain. (ayat x bole blah mcm tgk x balak sendiri kahwin).

Mana x sedih beb. Diorang berkawan selama 8 tahun tapi masih xdpt mempertahankan ikatan pertunangan yg hanya lgi 2 bulan nak diijabkabulkan. Barang hantaran semua dah dibeli. Ada yg dah dihias lagi. Noha pun aku sekeluarga dah anggap macam keluarga sendiri. 8 tahun beb! dah boleh bergurau yg kasar-kasar dgn dia. Almaklumlah, family aku ni asalnya org Melaka. Cuba korang cakap dgn aku orang Melaka mana yg gurau sopan-sopan, slow-slow motion nih. Mana ada kan? So, kiranya dia ni boleh la dibawa bergurau nih. Tapi nak wat mcm mana. Jodoh bukan di tangan kita.






Sebenarnya aku hampir-hampir menangis bila tengok Noha masa nih. Tapi bila fikirkan aku pakai mascara yg bukan kalis air punye, aku tahan jugak. Dah lah akak dia baru je ckp aku mcm anak dara lagi! so kenalah menten cun. Cakap ikut perasaan. Ramai gak family dia yg tanya mana adik aku? nape x datang? Ahh! malaslah aku ajak dia. Mamat tu dah la poyo suka cakap mcm dlm drama-drama kat tv tuh. Kang kalau dia ala-ala terguris hati kang, mulalah dia reka ayat-mengarut nanti. Saper nak dengar? hah! dah tentulah aku. Lagipun dia memang xdapat datang pun. Cuti kerja yg x panjang.


Walau apapun, buat Noha, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal abadi. Bahagia selalu hendaknya. Kalau-kalau free datanglah rumah. Kita kan masih keluarga!

Sunday, September 4, 2011

AKU JE LAH

Susah sebenarnya aku nak membiasakan diri aku ni 'saya' tiap kali nak menulis. Tapi biasalah kan..orang baru nak masuk dunia blog ni, kenalah bersopan-santun, lemah-gemalai, terliuk lentuk bahasanya.. Tapi sesudah ler tu. Penat aku nak membiasakan mende yg jaranggggg sanggggaaaatt aku gunakan dalam kehidupan harian. Dengan orang baru jumpa pun, aku biasakan diri aku ina je. Xdelah nak ber'saya'  bagai nih.

Lagipun kalau ber 'aku' ni, terasa mesra sikit. Lebih close la cakap omputih. Lebih mudah bersenda gurau dan kalau-kalau rasa nak meramas mesra tu, xdelah segan sangat..

TERTOUCHING

Ni malam terakhir aku di kampung. Rasa mcm maless la pulok balik hok kl nu..(wah, baru 5 hari dok sini, mu doh kecek ganu!) Tapi ni serius aku berat hati sikit nak balik (sikek je hok?) xtau napelah. Agaknya sebab seronok kot...Ya! memang seronok balik kali ni.

Apa yg seronok?

Mcm biasalah.. anak-anak aku dapat tambah pendapatan. Collect duit raya sampai siap mintak lagi kalau diorang bagi (buruk perangai sungguh la..)

Tapi ada sebab lain yg xde kat tahun-tahun sebelumnya.

Aku rasa.....

Happy! sebelum ni xdelah x happy, cuma kali ni rasanya bertambah 3 kali ganda! (wah! mak mentua bagi emas 6.5 tan ke?)

Tapi mungkin sebab ni kot..

Tadi baru selesai kenduri tunang adik ipar aku yg bongsu. Semalam, tgh aku lepak-lepak dgn hubby kat luar rumah, mak mentua aku yg aku panggil umi yg tgh kacau lauk ikan tongkol utk kenduri hari ni tanya aku makan x ayam kampung? (boleh aku melepak time tu) Aku pun jawab dgn jawapan buruk lantak dan tanpa perasaan bersalah sebab x tolong dia kacau lauk " ina makan je"

Pastu umi ckp "hmm..molek ar. Mi masak utk ina lauk kari ayam utk besok. Ada kat dalam periuk tu" (op kos la dia ckp dlm loghat ganu. Aku translet kan lah)

Ya Allah!! sesungguhnya aku amat terharu masa tu! Bukan senang nak dapat mak mentua yg sanggup layan karenah anak menantu yg mengada x makan ikan tongkollah, masak singgang la! bagi slap sket kat aku nih. panngggg!!! So hasil dari itu, xdelah aku merempat cari makan time kenduri tadi. Tambah 2 kali nasi minyak lauk kari ayam.

Terima kasih umi! Walaupun kadang-kadang ina sengih je sebab x paham apa mi cakap sebab mi cakap loghat ganu laju x hengat-hengat tp mi tetap tunjukkan kasih sayang mi.. (siyes aku tgh touching ni)

Teringat kengkawan selalu dok citer diorang asyik ada masalah dgn mentua je, aku plak dok pikir apa masalah aku dgn mentua aku ye?  rasanya aku je kot bg masalah. Ye lah, nak tlg kacaukan lauk pun pemalas! hehe..

ni lah mak mentua saya
Dan x dinafikan, sikap mak mentua aku ni, byk jugak yg mr hubby ikut. Yang paling sejibik, gaya jalan diorang yg berlenggang kangkong tuh. haha! Dan juga sikap hubby yg suka sangat melayan apa yg aku suka. Selagi x mengarut tahap nak bengong, memang dia cuba jugak adakan.. Ni aku rasa ikut perangai mak mentua aku kot.

Thanks ye Mr hubby kerana sentiasa melayan kehendak ina yg kadang-kadang agak x masuk akal walaupun kadang-kadang ina malas nak layan abang sebab abang suka buat lawak bodoh, contohnya - nyani lagu 4U2C pastu joget mcm 4U2C gak!!

GANU LO PULOK!!

Halllooo...

oi! oi! x reti bagi salam ke??

Oppss..! Assalamualaikum na.....

Saya masih beraya sakan. Mau tidak? tu lah untung nya orang yg dah kawin ni. Raya 2 tempat, 2 keadaan, 2 keluarga, dan mcm-mcm lg 2 lah. Tapi pada yg kawin dgn org Somalia ke, Palestin ke, rasanya xyah lah balik kampung, raya kat sini je. hehe

Kali ni nak upload gambar masa raya kat Terengganu..

Ha?? nape Terengganu? La..memangla. Kalau husband saya orang Sepanyol, barulah saya boleh upload gambar masa raya kat Sepanyol...ni member orang Terengganu je..Tapi muka dia langsung xde iras Salem Iklim atau Zizan Raja Lawak hokeyy..dah selalu sgt org tanya soalan yg xde kaitan tu. So, baik saya jawab awal-awal.

Kali ni kitorang balik agak lama..Dari raya ke-2 sampailah raya ke-7..sampai mak mentua saya call byk kali utk reconfirm utk kali yg ke berapa ntah. Dan hubby pun utk kali yg ke berapa ntah dok cakap
"ha...ye la Umi...balik sungguh la ni" Selalunya kitorang memang balik 3H2M je. Tapi kali ni tak tau mana dapat hidayah ntah kitorang bagi spesel sikit. 5H4M...ambekkkkk!

banyk-byk mende, ini yg dia follow ibunya

Abang long yg dah x sabar nak mandi laut. 8 jam perjaanan, 15 kali dia tanya bila nak sampai

Kita ngeteh dulu...baru ada tenaga!

hah! ni lah kedai lemang & sata kat Kijal yg saya ckp tu

baru touch down. terus membutaa

Tempura versi ganu. (udang celup tepung)

raya ke-3 terus bedezup g Kelantan..ada citer ni..nntlah citer

alah! alah! manjanyeeeeee

Kakak ipar & adik ipar

sejibik kan??

Qaseh yg gedobok

bulan puasa kalau tgk pic mcm ni, memang makruh la

daneal kalau amik gambar mmg buat sakit hati je

bila dgn adik dia, boleh je buat muka elok-elok!

bila makanan yg dicari x ketemu, mmg mcm ni lah

boleh lah ni..janji melantak!

ni lagi satu gambar time bulan puasa yg x boleh blah

mentua

eh! mana dtg posh spice nih???

eh!! mana datang S. jibeng nih??

dia buat muka lagi...

Adik-beradik hubby

Raya kat Terengganu walaupun panas, tapi duit raya dia marbeless!!