Monday, March 12, 2012

APA LA PERASAAN OWNER DIA

Rasanya tak perlulah aku dok bercerita dan upload gambar masa banjir teruk kat Ampang dan Hulu Langat hari tu. Rasanya dah banyak paper dan blog-blog kat internet ni dah paparkan. tak nak lah sedih-sedih kat sini. Tapi aku memang tak boleh tahan sedih bila tengok gambar ni....


picto snap sendiri tau

Gambar ni diambil kat sungai depan rumah mak aku lepas tragedi banjir dekat Lembah Jaya Utara, Ampang. Ni sungai yang menghala dari Bukit Belacan. Kesiannya...tak dapat aku nak bayangkan macam mana perasaan owner dia tengok kereta dia dalam keadaan macam tuh...Bagai jatuh ditimpa tangga, kalau tak silap aku, insurans tak boleh claim kalau melibatkan bencana alam! nyampah.

Aku tak tahulah kalau chenta hatiku yang hitam manis ni dalam keadaan macam tuh..arghhh!! nak fikir pon tak sanggup beb!

Saturday, March 10, 2012

Menggapai impian

Dari tahun lepas lagi sebenarnya, aku dan hubby menunggu je kalau-kalau ada projek rumah teres kat kawasan Hulu Langat ni. Sebab? kitorang percaya harganya jauh lagi murah dari harga-harga rumah dekat area Ampang. So, bila dapat tahu ada projek terbaru berdekatan dengan area rumah kitorang dan untuk tempah unit rumah tu, setakat kena bagi nama dan IC je dulu, kitorang pun gatal menempah. Kira gatal la tu sebab kitorang tak tahu lagi harga rumah tu. Macam gamble je la ni. Manalah tau tiba-tiba harganya dalam budget kan..Lagipun tak rugi pun bagi nama kitorang yg sedap didengar tu..kalau di luar budget, buat-buat diam je la.

Akhirnya, awal tahun hari tu, developer tu call bagi tahu harga rumah tu pastu suruh kitorang bayar booking kalau still berminat. RM288,000.00 untuk keluasan 20x60 sf. Telan air liur kejap jugaklah aku ni.. Ingatkan bawah RM250K. Bila tanya hubby, dia suruh proceed je sebab dah sangat tak larat mendaki 3 tingkat tangga tiap-tiap hari. Dan macam biasa, aku tanya gak pendapat mak. Mak pun cakap ambik jelah..bukan senang nak dapat rumah teres harga macam tu sekarang ni. Kalau kat Ampang ni, dah tentu-tentu paling murah pun RM400K. Intermidiate ye! Corner tak yah cerita lah.

So, semalam aku dengan bertemankan Mya, berdua-duan menghala ke pejabat pemaju tu kat Bangi. Adoiii, jauh gak! Aku nak try ikut LEKAS, tapi tak berani pulak. Terpaksa ikut jalan biasa..Sungai Besi. On the way dari Bulatan Kampung Pandan aku tengok kereta yang menhala ke Jalan Tun Razak langsung tak bergerak sampailah ke tol Sungai Besi. Mak aihhh! giler jem! Dalam kepala otak aku ni dok berfikir, jalan mana pulak aku nak ikut balik nanti nih???

Sampai je kat sana, hmmm..not bad gak office diorang. Cantik. Dinding semua kaca. Patutlah masa aku call tanya ofis diorang kat mana, diorang suruh aku cari bangunan kaca hijau..Masuk je, officer kat situ terus melayan aku dengan ramah. Sorang pekerja lelaki tu siap jaga Mya lagi sementara aku dok isi form pastu dok ralit tengok pelan rumah.. owhh..makin kuat angan-angan aku! Ni pelan rumahnya..


Pandangan dari atas - hadapan

\
Pandangan atas - sisi

Pandangan dari luar hadapan


Ni pandangan dari keseluruhan kawasan rumah tu. Ni first time aku tengk pelan rumah ni. Sebelum ni berhubung thru phone je. Nampak sangat yang penting aku dapat rumah teres kan? apa rupa pelannya, tu cerita nanti-nanti. Tapi, so far, aku puas hati sangat dengan apa yang ada. Cuma sekarang tengah seriau nak apply loan pulak. ntah berapa agaknya yang approve. Doa-doakanlah loan approve 90% ye. Ni, aku tengah bergolok-gadai nak siapkan 10% down payment. haha! drama sungguh! last date 24hb ni. Masalahnya duitnya ada 28hb..adoiiyaii..

Kena kerja keras!

Sunday, March 4, 2012

Meraikannya

Speacial untuk anniversary yang ke-5 ni, aku dan hubby saja menggatal nak celebrate! ala..sempoi je. Setakat pergi dinner je. Tapi yang bestnya, kali ni kira datinglah. Mak dengan baik hatinya tolong jagakan Daneal and Mya. Last kitorang celebrate menda-menda ni masa 2nd anniversary dan masa tu hubby sayang makcik markonah ni hadiahkan kereta yang makcik dok sorong ke hulu-hilir ni. Tapi mungkin disebabkab tu jugak, sampai sekarang ni ha, makcik markonah tak dapat-dapat hadiah lagik! Tu hadiah untuk anniversary seumur hidup gamaknya. Disebabkan aku ada job mekap semalam plus gatal mulut pergi berjanji dengan client jumpa kat butik belah malamnya, dating malam tu tak menjadi. Hari ni barulah kitorang dapat dating.

Torn between restoran Ayutthaya kat Wangsa Maju or Ole-Ole Barli kat Solaris. At first hubby nak pekena Thai cuisine. So decided menyemak kat Ayutthaya. Lagipun time tu, kitorang memang dah agak lambat. So, menghalalah kitorang ke Wangsa maju..Tapi, time on the way tu, aku tiba-tiba rasa macam boring pulak masakan thailand ni, dah selalu sangat makan. Kat warung biasa pun boleh dapat. Apa salahnya makan lain sikit ye dak? Tapi hubby berat sikit sebab mamat ni dah lapar bebanor. Nak ke solaris tu kan jauh sikit. Tapi disebabkab bini yang disayangi, dia mengalah..hehe. Jangan nak muntah lak ae.

Sampai Solaris, aku tanyalah hubby, kat mana restoran Ole-Ole Barli tu. Wahh..dia pun dengan berlagaknya kata "awak ikut je abang..kan tempat abang ni.." Aku pun macam budak kecik kena pimpin dengan bapak dia menurut je langkah mamat tuh. Then bila sampai je kat restoran yang ada patung gajah, menonong je dia masuk. Aku? aku dah rasa lain je sebenarnya. Time order pun aku macam sure tak sure. Tapi aku order jugaklah. Takkanlah salah, ni kan tempat dia... Habis je order aku cakap dengan hubby
"Macam salah kedai je"
"Eh. takdelah. Betullah ni" Bangga giler!
"Kenapa banyak patung gajah. Gajah kan Thailand?"
Muka dia dah berkerut..Terus keluar usha depan restoran..
Datang dengan muka tersengih-sengih + malu-malu kucing + merah padam sambil berkata "baby, salahlah..kedai Bali tu kat sebelah!"
Keh! keh! aku gelak je. Tapi tak bolehlah kuat sangat sebab dalam restoran tu aku dengan hubby je yang ada. Cakap pun slow-slow. Muka hubby memang serba-salah. Boleh pulak dia ajak blah. Aku pun cakap takpelah. At least dapat jugak dia makanan thai yang dia nak...Malam tu dia memang jadi bahan jek dengan aku.. 

muka mamat konfiden
muka mamat yang dah sedar akan kesilapannya!
aku tak kisah pun. mood memang baik sangat. mood bahagia!
gemokkkkssszzzz!! tapi aku tetap akan melantak malam ni

ni la nama restoran ni. haha! memang rezeki koranglah ada customer yang tersalah masuk kedai
Apapun, kitorang orderlah jugak menu-menu yang pada aku kat kedai biasa pun boleh dapat rasa masakan yang setakat macam tu. Tapi hubby sukalah kan..memang dia nak menu tu.


Aku tetap happy..salah kedai pun tarak hal lah. Asalkan dapat together-gether macam ni. Bukan senang wo! Dan yang paling best, staff kat situ macam tahu-tahu je kitorang memang sedang dalam mood romantik. Lagu-lagu yang diorang mainkan pun lagu cinta-cinta.. Tengah dok berborak tu, tiba-tiba aku dengar lagu cinta kitorang dari zaman cinta-cintun dolu...How Do I Live by Trisha Yearwood.. Lagilah aku jiwang malam tu!

Time ni memang ngah jiwang dengar lagu
serius! kitorang tengah jiwang time nih!





Actually, not bad jugaklah restoran ni. Deco pun cantik. Memang sesuailah kalau nak makan untuk dating dibawah kawalan macam ni. haha! dating under control okey. Maknanya tak dapatlah aku nak gelak macam mak lampir.. gelak-gelak manja jeww.. dan haruslah control cun..


Thank you sayang.. Just a small celebration but its so meaningful.
Hungs and Kisses for you!
And as usual, this song is always and forever for you...

How do I 

Get through one night without you 

If I had to live without you 
What kind of life would that be? 
Oh I need you in my arms 
Need you to hold 
Your my world my heart my soul 
If you ever leave 
Baby you'd take away everything good in my Life. 



And tell me now 

How do I live without you 
I want to know 
How do I breathe without you 
If you ever go 
How do I ever, ever survive? 
How do I 
How do I 
O how do I live?. 



Without you 

There'd be no sun in my sky 
There would be no love in my life 
There would be no world left for me 
And I 
Baby I don't know what I would do 
I would be lost if I lost you 
If you ever leave 
Baby you would take away everything real in My life 



And tell me now 

How do I live without you 
I want to know 
How do I breathe without you 
If you ever go 
How do I ever ever survive? 
How do I 
How do I 
O how do I live?... 



Please tell me baby.. 



How do I go on? 

If you ever leave 
Well baby you would take away everything 
Need you with me 
Baby don't you know your everything good in My life 



And tell me now 

How do I live without you 
I want to know 
How do I breathe without you 
If you ever go 
How do I ever, ever survive? 
How do I 
How do I 
O how do I live 



How do I live without you 

How do I live without you baby....... 
How do I live.... 

Friday, March 2, 2012

5 TAHUN YANG BAHAGIA



My DEAREST Abang,


Terima kasih kerana sudi bersama ina dalam susah dan senang dan dalam terang dan gelap. 5 tahun yang indah dalam hidup ina dan ia kerana bersama abang. Terima kasih kerana mencintai ina seadanya dan menyayangi ina setulusnya. Semoga kasih kita akan kekal abadi dan sayang kita akan terus begini. Ina sangat bersyukur kerana ina yang tiada apa dikurniakan insan sebaik abang. Semoga ikatan cinta kita diberkati sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta abang kekal buat ina seorang kerana demi Allah ina sangat mencintai Abang!


I LOVE YOU SO MUCH!!!

Sunday, February 19, 2012

Kemerahan selepas 10 tahun

Akhirnya!!!!

Berjaya jugak aku mengupload gambar-gambar time reunion hari tu. Kira jelah dari 11h Feb sampai ke hari ni, baru aku dapat upload. Bayangkanlah berapa hari aku nak kena ambil. So, disebabkan alasan yang aku rasa amat munasabah tu, 35 keping gambar tak dapatlah aku upload. Kalau tak sure tahun 2013 baru uploaded semua gambar dan bermakna tahun depanlah aku boleh update blog aku ni.

dan tajuk kat atas tu bukan bermaksud menda ni akan jadi 10 tahun lagi, tapi ia dah terjadi hari tu.hee hee.
Reunion dengan kawan-kawan sekolah selepas 10 tahun zaman persekolahan kami berlalu. Ahh! sangat lama waktu itu. How time flies.... ala... dalam bahasa kasarnya, kami dah tua! sob..sob...

Malas nak bercerita tentang keadaan aku dan bff Masz semasa nak merealisasikan reunion ni, baik aku strait to the story and pictures! Baru naik semangat dan hilang rasa penat..ye dak?

Bertemakan merah menyala, kengkonon ala-ala semangat kitorang yang berkobar-kobar nak jumpa kawan-kawan lama, masing-masing menuju ke Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Reunion start around 7.30 malam. tapi makcik-pakcik ni datang lebih kurang pukul 8 malam.

On the way to Restaurant Nelayan.. Masa ni tengah excited giler. Kepala keras je sbb nak jaga rambut. Sepanjang perjalanan aku x sandar kepala. Nak jaga sanggul yg sejemput kat belakang tu punya pasal!

Kak long punya touch, puas hati gilerzz!! Nasib baik dapat rembat dia untuk mekapkan aku walaupun aku inform dia last minute sangat

YAB Abanglong kalau bab-bab poyo ni , memang bagi kat dia

 Sampai-sampai je, aku tengok meja yg kitorang request untuk letak barang-barang dah ada.  Aku terus susun door gift, hadiah untuk lucky draw and goodies bag untuk bebudak tu nanti sementara tunggu Puan Chairman, Masz

Lepas rindu. Dah lama nak jumpa diorang. Asyik dok borak manja-manja kat FB je selama ni.

 Sebahagian dari hero-heronya

 Aksi untuk posing manja-manja mestilah kena ada. Sayang tau kat mamat nih! banyak nau yang dia tolong masa aku nak buat preparation

 feeling artis!

Photographer ni kitorang bayar dia duit kesian je. 

Lepas tu, bila perut semua dah kenyang, lepas borak-borak pastu ketawa dah macam mak lampir yang kebuluran tak dapat buah anggur, kitorang teruskan pulak dengan lucky draw! Syok wooo...hehe..memanglah syok. Hubby aku terlucky gak malam tu. Mana-mana yang tak dapat tu cuba lagi tahun depan ek. Tapi part yang paling best, grand price untuk lucky draw ni adalah kepunyaan Shammila. Kenapa best? sebab kebetulan hari tu adalah hari jadi dia. Syok besarlah minah tu! 

 Amirah ayu pun antara yang terlucky malam tu

 Cerita pasal Botak, masa aku bagi dia plague untuk lucky draw ni, dia request no 29. Dia kata tu no bertuah dialah konon. Aku mencebik sambil gelak-gelak. Last-last no 29 tu naik! haha! tu lah dia. 29 memang no bertuah kau lah botak! Nyesal ejek.

 Intan yang agak frust sebab Si A tak datang, terubat sket hati sebab dapat naib juara. Okey what?

Nilah dia birthday women yang aku cakap. Shammila memang bertuah malam tu. Penat aku jampi grand prize ni dapat kat aku. Salah jampi ke ek?

Partner aku di waktu susah dan senang...kekeke. Hubby cakap berbayar jugak penat tahan mata sebab dok habiskan bungkus door gift..

Lepas habis lucky draw, kitorang dok berborak sampailah Restoran Nelayan nak tutup. Sampai akak yang kerja kat situ siap datang tanya kitorang samada diorang boleh kemas atau tak. Hahaha! agaknya tak sanggup nak tunggu kot sebab tengok dari gaya macam takde rupa nak blah pun kan..So, sebelum blah tu kitorang lah snap picture reramai..

Gambar rembat kat album FB Masz sebab gambar kat kamera aku macam musibat. Tak clear langsung! 


Memang happening gilerlah malam tu. Malam kenangan yang tak dapat dilupakan. Ada antara diorang memang dah 10 tahun aku tak jumpa. Banyak yang dah berubah. Kalau dulu masing-masing sibuk bercerita pasal pakwe/makwelah, cikgu tu tak boleh blah lah, sekarang dok sibuk bercerita pasal keluarga dan anak-anak pulak. Seronok sangat! Macam-macam kenangan kitorang kenang balik dan terasa nostalgik sangat!

Hopefully ikatan kami sebagai kawan takkan terputus. Selalu aku dengar FB melalaikan. Well, aku setuju gak. Tapi dalam masa yang sama, ada jugak kebaikannya. Contohnya macam kitorang ni. Kalau takde FB, dah tentu-tentu malam tu takkan terjadi...



FRIENDSHIP NEVER END

Saturday, February 18, 2012

Cerita Cinta # 3

Aduh panasnya. Keluhku sambil membibit kuey teow goreng bungkus bersama. Bekerja di KLCC ni dengan gaji yang tak seberapa, memang tiada harapanlah untuk bermanja-manja di kedai-kedai berhawa dingin di sini. Terpaksalah aku menyeberang jalan ke Wisma Central yang bersebelahan dengan KLCC ni untuk mendapatkan makanan pada harga yang boleh diterima akal. Berseorangan semasa waktu rehat kali ini, membuatkan aku mengambil keputusan untuk makan di bahagian belakang tempat kerja sahaja.Ahh! memang membosankan bila Kak Linda tak dapat rehat bersama. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang berada di kaunter, terpaksalah aku bergilir-gilir waktu makan dengan dia. Kalau tidak, boleh juga bergosip. Entah kenapa kebanyakan pekerja wanita di sini agak tidak mesra dengan aku. Seperti beberapa hari lepas, ketika aku sedang makan sambil berborak dengan Kajol di bahagian belakang pasaraya, Ita si kerani akaun di sini datang dan menegur Kajol. Siap duduk dan bergelak ketawa. Langsung tidak dihiraukan aku!

Sampai saja aku di bahagian belakang, aku lihat Firdaus sedang ralit menikmati nugget bersama seorang lagi pekerja lelaki yang tidak ku kenali. Ada satu lagi kerusi kosong bersebelahan Firdaus. "Ish! kenapalah dia ni makan masa ni?"
Mahu atau tidak, aku terpaksa duduk di situ. Aku tahu Firdaus akan mula bertanya perkara2 yang membosankan. Semak!

"Hai awak!" argh, sapaan itu saja sudah membosankan aku
"Hai" Balasku tanpa memandangnya. Rakannya tadi pun tidak ku endahkan. Dia tidak pula menyapa.
Firdaus memandang bungkusan kuey teow yang ku buka "hmmm..sedapnya. Boleh bagi sikit?"
Aku hanya senyum. Malas mahu membalas takut terkeluar ayat yang mungkin mengguriskan hati dia
"Awak ni sombng la Ina. Saya ajak makan, tak pernah nak ikut. Tahan makan sorang-sorang. Nasib baik kebetulan saya ada kat sini, kalau tak tentu awak sunyi"
Kata-katanya itu hampir membuatkan aku termuntah! Tolonglah wahai klon Rashid Sidek. Kau boleh tak makan diam-diam macam kawan kau tu. Kataku yang hanya terdengar di dalam hati. Yang mampu didengar hanyalah "Tu lah. bosan gak makan sorang-sorang" Masih lagi aku cuba menjaga kata-kata. Sebagai pekerja baru, rasanya memang sangat perlu untuk aku berbuat begitu.
Baru dua suap, aku sudah kehilangan selera. Firdaus asyik memandang, sudah tidak dihiraukan nugget di depan mata.
"Awak kenapa? saya salah pakai baju kerja ke?" Aku bertanya dengan nada yang agak marah. Memandang tepat ke arahnya.
"Woi, dah la tu. Time rehat kau dah habislah. Pergi masuk kerjalah" Kejutan rakannya menyedarkan aku. Ku lihat firdaus sudah bersiap untuk berlalu hendak memulakan kerja.
"Okey, saya masuk dulu. Kalau ada apa-apa awak panggil je saya dekat sana" Pesan Firdaus sambil jari telunjuknya menunjukkan bahagian Grocery Department. Aku tidak mengendahkannya. Firdaus sengaja mengusik. Tapi kali ni agak melebih-lebih padaku

Tinggallah aku dengan rakannya tadi. Aku memandangnya sambil tersenyum. Senyuman dibalas sambil dia mempelawa aku makan dan menghulurkan mangkuk nugget kepadaku namun ku tolak.

"Awak baru kerja kat sini ke?" Tannyanya yang padaku untuk menutup kesunyian mungkin.
"Aah, baru seminggu. Awak kerja permanent atau part timer kat sini. Tak pernah nampak pun" Seperti biasa, soalan yang ku ulang-ulang  setiap kali jumpa pekerja yang belum aku kenali. Sempat ku jeling di tag namanya

AARIN....Sale Assistant

"Nama awak Aarin ke?"
"Ye. Nama awak ina kan?" Eh, mana dia tahu? "saya dengar Firdaus panggil tadi" Seakan tahu apa yang sedang aku fikirkan. "ooo" Pendek jawabku. Patutlah.
"Nama saya Sabrina"
"Awak kerja department mana?" Tanya Aarin semakin ramah. Bungi percakapannya seperti berasal dari pantai timur.
"Saya kerja dekat Juice Bar."
"Ooo.. air kat situ halal ke? macam air untuk orang cina je" Aarin mengerutkan dahi
Aku sudah biasa dengan pertanyaan tu. Kebanyakan pelanggan melayu akan bertanya dulu tentang kehalalan minuman di situ kerana ia agak baru di sini.
"Halallah. kalau tak takkan saya kerja kat situ" Aku senyum sambil membungkus semula bekas bungkusan kuey teow yang tinggal separuh dan bangun untuk masuk kerja semula. Waktu rehatku sudah hampir tamat. Lagipun waktu rehatku agak bosan hari ni. Sengaja aku mencari alasan untuk pergi.

"Waktu rehat awak tak habis lagi ke?" pelik juga dari tadi dia bersama Firdaus sampailah waktu rehat aku pun habis, takkan waktu rehatnya tak habis-habis.

"Saya bukan rehat. Saya dah habis kerja. Shift pagi. balik pukul 4 tadi" Sambil mengunyah lagi nugget yang hampir habis, dia tersengih.
"oooo.. ye ke?" aku memandang jam tangan elle yang berbentuk D di pergelangan tangan kiriku. Sudah hampir pukul 5.30 petang.

Aku mengangkat dompet dan bungkusan makanan untuk berlalu sambil mengucapkan bye kepada dia.
"next kita borak lagi ye" Terdengar suaranya sidikit menjerit untuk memastikan aku mendengarnya namun aku buat tak endah sahaja.

Line Internet yang menyakitkan hati

Dari hari tu lagi niat hati aku nak upload gambar time pergi reunion hari tu. ingatkan dapatlah aku bercerita sehari selepas reunion tu, disebabkan pinjam kamera kak long aku, sebab gambar kat kamera dia lagi cantik dari kat kamera aku, time nak upload tu la, baru aku sedar yang aku tak bawak sekali USB cablenya...huishh! tergendala la hasrat hati aku yang suci murni tu. Jadi draft terhormatlah entry aku tu..
Besoknya dengan berkobar-kobar aku pergi rumah kak long untuk pinjam cable tu sekali dengan charger. Bukan main tak sabau aku menunggu hubby balik untuk aku gerak sekali balik rumah. Sampai je home sweet home aku terus la nak cucuk cable tu kat kamera. alaaaaa! kak long bagi USB cable yang salah pulak!! ggrrrrrr...Dengan hati yang tabah aku pun tunggu keesokan harinya...
Esoknya, terus aku pergi serang kak long, hehe takdelah, cik markonah gurau je. Giler hape nak serang cik kak singa betina tuh.haha! tu gelaran yang kitorang bagi kat kak long sebab masa dia belum kahwin, sumpah giler minah ni garang nak mampos. Tapi tak tau ntah apa hidayah dia dapat, lepas kahwin, terus ok je..siap boleh gelak-gelak lagi dengan dia..Those were the days.....

Rupa-rupanya, kak long punya kamera tu memang tak de cable, dah hilang. Selama ni diorang dok pakai card reader.. ohww ok..dengan tak banyak tanya, aku rembat je. Malamnya, bila sampai rumah, sambil menyengih sebab sangat confident dan sure sangat blog aku akan berupdate hari ni..

Sebanyak 35 keping gambar yang aku upload.. disebabkan internet yang slow, so aku biarkan laptop aku sendirian sambil bergelimpangan atas katil...sampailah aku ter zzzzZZZzzzzZZZZ

Bila aku sedar je, jam masa tu dah pukul 5 pagi lebih.. Terus aku terjah laptop aku.. gambar mesti dah uploaded. Bolehlah aku save so besok siang aku leh update blog yang ku centai ni..

Tapi.........

Ia masih 'uploading' semua gambar-gambar tu tanpa satu pun berjaya uploaded...

Line internet, ko memang macam cibai!!