Sunday, February 19, 2012

Kemerahan selepas 10 tahun

Akhirnya!!!!

Berjaya jugak aku mengupload gambar-gambar time reunion hari tu. Kira jelah dari 11h Feb sampai ke hari ni, baru aku dapat upload. Bayangkanlah berapa hari aku nak kena ambil. So, disebabkan alasan yang aku rasa amat munasabah tu, 35 keping gambar tak dapatlah aku upload. Kalau tak sure tahun 2013 baru uploaded semua gambar dan bermakna tahun depanlah aku boleh update blog aku ni.

dan tajuk kat atas tu bukan bermaksud menda ni akan jadi 10 tahun lagi, tapi ia dah terjadi hari tu.hee hee.
Reunion dengan kawan-kawan sekolah selepas 10 tahun zaman persekolahan kami berlalu. Ahh! sangat lama waktu itu. How time flies.... ala... dalam bahasa kasarnya, kami dah tua! sob..sob...

Malas nak bercerita tentang keadaan aku dan bff Masz semasa nak merealisasikan reunion ni, baik aku strait to the story and pictures! Baru naik semangat dan hilang rasa penat..ye dak?

Bertemakan merah menyala, kengkonon ala-ala semangat kitorang yang berkobar-kobar nak jumpa kawan-kawan lama, masing-masing menuju ke Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Reunion start around 7.30 malam. tapi makcik-pakcik ni datang lebih kurang pukul 8 malam.

On the way to Restaurant Nelayan.. Masa ni tengah excited giler. Kepala keras je sbb nak jaga rambut. Sepanjang perjalanan aku x sandar kepala. Nak jaga sanggul yg sejemput kat belakang tu punya pasal!

Kak long punya touch, puas hati gilerzz!! Nasib baik dapat rembat dia untuk mekapkan aku walaupun aku inform dia last minute sangat

YAB Abanglong kalau bab-bab poyo ni , memang bagi kat dia

 Sampai-sampai je, aku tengok meja yg kitorang request untuk letak barang-barang dah ada.  Aku terus susun door gift, hadiah untuk lucky draw and goodies bag untuk bebudak tu nanti sementara tunggu Puan Chairman, Masz

Lepas rindu. Dah lama nak jumpa diorang. Asyik dok borak manja-manja kat FB je selama ni.

 Sebahagian dari hero-heronya

 Aksi untuk posing manja-manja mestilah kena ada. Sayang tau kat mamat nih! banyak nau yang dia tolong masa aku nak buat preparation

 feeling artis!

Photographer ni kitorang bayar dia duit kesian je. 

Lepas tu, bila perut semua dah kenyang, lepas borak-borak pastu ketawa dah macam mak lampir yang kebuluran tak dapat buah anggur, kitorang teruskan pulak dengan lucky draw! Syok wooo...hehe..memanglah syok. Hubby aku terlucky gak malam tu. Mana-mana yang tak dapat tu cuba lagi tahun depan ek. Tapi part yang paling best, grand price untuk lucky draw ni adalah kepunyaan Shammila. Kenapa best? sebab kebetulan hari tu adalah hari jadi dia. Syok besarlah minah tu! 

 Amirah ayu pun antara yang terlucky malam tu

 Cerita pasal Botak, masa aku bagi dia plague untuk lucky draw ni, dia request no 29. Dia kata tu no bertuah dialah konon. Aku mencebik sambil gelak-gelak. Last-last no 29 tu naik! haha! tu lah dia. 29 memang no bertuah kau lah botak! Nyesal ejek.

 Intan yang agak frust sebab Si A tak datang, terubat sket hati sebab dapat naib juara. Okey what?

Nilah dia birthday women yang aku cakap. Shammila memang bertuah malam tu. Penat aku jampi grand prize ni dapat kat aku. Salah jampi ke ek?

Partner aku di waktu susah dan senang...kekeke. Hubby cakap berbayar jugak penat tahan mata sebab dok habiskan bungkus door gift..

Lepas habis lucky draw, kitorang dok berborak sampailah Restoran Nelayan nak tutup. Sampai akak yang kerja kat situ siap datang tanya kitorang samada diorang boleh kemas atau tak. Hahaha! agaknya tak sanggup nak tunggu kot sebab tengok dari gaya macam takde rupa nak blah pun kan..So, sebelum blah tu kitorang lah snap picture reramai..

Gambar rembat kat album FB Masz sebab gambar kat kamera aku macam musibat. Tak clear langsung! 


Memang happening gilerlah malam tu. Malam kenangan yang tak dapat dilupakan. Ada antara diorang memang dah 10 tahun aku tak jumpa. Banyak yang dah berubah. Kalau dulu masing-masing sibuk bercerita pasal pakwe/makwelah, cikgu tu tak boleh blah lah, sekarang dok sibuk bercerita pasal keluarga dan anak-anak pulak. Seronok sangat! Macam-macam kenangan kitorang kenang balik dan terasa nostalgik sangat!

Hopefully ikatan kami sebagai kawan takkan terputus. Selalu aku dengar FB melalaikan. Well, aku setuju gak. Tapi dalam masa yang sama, ada jugak kebaikannya. Contohnya macam kitorang ni. Kalau takde FB, dah tentu-tentu malam tu takkan terjadi...



FRIENDSHIP NEVER END

No comments: