Saturday, February 18, 2012

Line Internet yang menyakitkan hati

Dari hari tu lagi niat hati aku nak upload gambar time pergi reunion hari tu. ingatkan dapatlah aku bercerita sehari selepas reunion tu, disebabkan pinjam kamera kak long aku, sebab gambar kat kamera dia lagi cantik dari kat kamera aku, time nak upload tu la, baru aku sedar yang aku tak bawak sekali USB cablenya...huishh! tergendala la hasrat hati aku yang suci murni tu. Jadi draft terhormatlah entry aku tu..
Besoknya dengan berkobar-kobar aku pergi rumah kak long untuk pinjam cable tu sekali dengan charger. Bukan main tak sabau aku menunggu hubby balik untuk aku gerak sekali balik rumah. Sampai je home sweet home aku terus la nak cucuk cable tu kat kamera. alaaaaa! kak long bagi USB cable yang salah pulak!! ggrrrrrr...Dengan hati yang tabah aku pun tunggu keesokan harinya...
Esoknya, terus aku pergi serang kak long, hehe takdelah, cik markonah gurau je. Giler hape nak serang cik kak singa betina tuh.haha! tu gelaran yang kitorang bagi kat kak long sebab masa dia belum kahwin, sumpah giler minah ni garang nak mampos. Tapi tak tau ntah apa hidayah dia dapat, lepas kahwin, terus ok je..siap boleh gelak-gelak lagi dengan dia..Those were the days.....

Rupa-rupanya, kak long punya kamera tu memang tak de cable, dah hilang. Selama ni diorang dok pakai card reader.. ohww ok..dengan tak banyak tanya, aku rembat je. Malamnya, bila sampai rumah, sambil menyengih sebab sangat confident dan sure sangat blog aku akan berupdate hari ni..

Sebanyak 35 keping gambar yang aku upload.. disebabkan internet yang slow, so aku biarkan laptop aku sendirian sambil bergelimpangan atas katil...sampailah aku ter zzzzZZZzzzzZZZZ

Bila aku sedar je, jam masa tu dah pukul 5 pagi lebih.. Terus aku terjah laptop aku.. gambar mesti dah uploaded. Bolehlah aku save so besok siang aku leh update blog yang ku centai ni..

Tapi.........

Ia masih 'uploading' semua gambar-gambar tu tanpa satu pun berjaya uploaded...

Line internet, ko memang macam cibai!!

No comments: