Saturday, March 10, 2012

Menggapai impian

Dari tahun lepas lagi sebenarnya, aku dan hubby menunggu je kalau-kalau ada projek rumah teres kat kawasan Hulu Langat ni. Sebab? kitorang percaya harganya jauh lagi murah dari harga-harga rumah dekat area Ampang. So, bila dapat tahu ada projek terbaru berdekatan dengan area rumah kitorang dan untuk tempah unit rumah tu, setakat kena bagi nama dan IC je dulu, kitorang pun gatal menempah. Kira gatal la tu sebab kitorang tak tahu lagi harga rumah tu. Macam gamble je la ni. Manalah tau tiba-tiba harganya dalam budget kan..Lagipun tak rugi pun bagi nama kitorang yg sedap didengar tu..kalau di luar budget, buat-buat diam je la.

Akhirnya, awal tahun hari tu, developer tu call bagi tahu harga rumah tu pastu suruh kitorang bayar booking kalau still berminat. RM288,000.00 untuk keluasan 20x60 sf. Telan air liur kejap jugaklah aku ni.. Ingatkan bawah RM250K. Bila tanya hubby, dia suruh proceed je sebab dah sangat tak larat mendaki 3 tingkat tangga tiap-tiap hari. Dan macam biasa, aku tanya gak pendapat mak. Mak pun cakap ambik jelah..bukan senang nak dapat rumah teres harga macam tu sekarang ni. Kalau kat Ampang ni, dah tentu-tentu paling murah pun RM400K. Intermidiate ye! Corner tak yah cerita lah.

So, semalam aku dengan bertemankan Mya, berdua-duan menghala ke pejabat pemaju tu kat Bangi. Adoiii, jauh gak! Aku nak try ikut LEKAS, tapi tak berani pulak. Terpaksa ikut jalan biasa..Sungai Besi. On the way dari Bulatan Kampung Pandan aku tengok kereta yang menhala ke Jalan Tun Razak langsung tak bergerak sampailah ke tol Sungai Besi. Mak aihhh! giler jem! Dalam kepala otak aku ni dok berfikir, jalan mana pulak aku nak ikut balik nanti nih???

Sampai je kat sana, hmmm..not bad gak office diorang. Cantik. Dinding semua kaca. Patutlah masa aku call tanya ofis diorang kat mana, diorang suruh aku cari bangunan kaca hijau..Masuk je, officer kat situ terus melayan aku dengan ramah. Sorang pekerja lelaki tu siap jaga Mya lagi sementara aku dok isi form pastu dok ralit tengok pelan rumah.. owhh..makin kuat angan-angan aku! Ni pelan rumahnya..


Pandangan dari atas - hadapan

\
Pandangan atas - sisi

Pandangan dari luar hadapan


Ni pandangan dari keseluruhan kawasan rumah tu. Ni first time aku tengk pelan rumah ni. Sebelum ni berhubung thru phone je. Nampak sangat yang penting aku dapat rumah teres kan? apa rupa pelannya, tu cerita nanti-nanti. Tapi, so far, aku puas hati sangat dengan apa yang ada. Cuma sekarang tengah seriau nak apply loan pulak. ntah berapa agaknya yang approve. Doa-doakanlah loan approve 90% ye. Ni, aku tengah bergolok-gadai nak siapkan 10% down payment. haha! drama sungguh! last date 24hb ni. Masalahnya duitnya ada 28hb..adoiiyaii..

Kena kerja keras!

No comments: