Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
JANGAN MAIN MERCUN
HATI-HATI MEMANDU

AMPUN MAAF DIPINTA
MENSUCI HENING DOSA...

(mcm lagu la plak)



Sebenarnya nak reka pantun, tapi susahlah pulak nak cari bunyi hujung yg sama  yang related dgn apa yg saya nak cakap. Kira boleh la tu...

Friday, August 26, 2011

Dating

Halllooo...mood yang baik hari ini (damn good! kalau x, xkan saya ok je bila bangun-bangun je pagi tadi, tgk wallet saya telah diselongkar dan dibersepahkan oleh Mya. Tanpa banyak cekadakaya saya dengan rilexnya g kutip kad-kad tu semua pastu susun balik tanpa rasa marah pun) Mya amat bertuah ye hari ini. Kalau x..siap kau, ibu x nak kawan, doklah umah sengsorang. Ibu nak pegi batu belah batu bertangkup!

So mood yang baik ni ada sebabnya... sebabnya, saya nak pegi dating. Dengan siapakah? Nantilah citer.

So, mood mcm ni haruslah disertakan dgn acara gedik-gedik.

Nak mekap tebal-tebal biar nampak gorgeous tapi sebenarnya dah macam hantu kak limah balik rumah!

Nak pakai baju yg seksi meksi tapi body layak sangat masuk the biggest looser!

Pape pon, ada makcik markonah kesah? makcik markonah tetap nak pegi dating.

Babai!!

Giliran Siapa Yer??

Cakap pasal balik kampung time raya ni, saya rasa sayalah manusia bertuah! nak tau nape? hehe.. sebabnya, saya x payah bergilir-gilir dgn Mr Hubby raya kampung sape sebab kami akan sentiasa beraya di rumah mak abah saya dulu. Yippiee!

no no no! bukan queen control ha....

Ni adalah keputusan beliau sendiri  tau.. ikhlas dari hatinya yg suci murni atau kesian kot tgk saya mencebik kalau xdpt nak raya dgn mak abah. ish! memandai je.

Actually, cuti  Mr Hubby yg hanya akan start either 1st day or the day before raya yg membuatkan kami sekeluarga akan sentiasa beraya di Ampang pada hari raya pertama. (type sambil senyum sampai telinga) pastu, on 2nd day raya tu, haruslah bedezup balik kampung Mr hubby yang nun.... jauh di sana. nanana! Ganu kiter! So saya hanya dpt 1 hari sahaja coz balance cuti Mr Hubby akan diselesaikan di sana. Kira adil la tu kan. Dah la jarang balik. Sekali balik tu mestilah nak lama-lama. Cuba kalau the other way around, xkan 1 hari je kat Terengganu?? pastu dok Ampang sampai hubby habis cuti?? huh! ntah pape ntah! x best langsung!

Dan yg time nak balik kampung Mr hubby ni actually adalah waktu yg sangat-sangat dinantikan! Saya sangat suka balik T'ganu. Paling saya suka is the journey. Menyinggah je keje kitorang. R&R utk sarapan, lunch kat kedai kat  muara kat Bandar Kemaman. (ush..byk nye kat. mcm director filem) Pastu, mende paling wajib dibuat ialah beli lemang/sata kat Kijal. Lemang + sata kat situ, pergghhh...sedap giler!! x tau nak digambarkan dgn kata-kata. Kali ni plan nak beli serunding awal-awal pastu bila sampai sana nanti boleh makan serunding tu dgn lemang..Ya Allah time tulis ni pun dah kecur air liur. Apa lagi? telan je lah. Buruk perangai betul kan?. Bukan nak plan bagi serunding tu kat mentua ke.

Bila nak balik KL pulak, hukumnya adakah harus utk melencong ke bandar Kuantan utk sesi makan ikan bakar! = sesi menempel lemak-lemak tepu di badan. Ala..kan hukumnya harus, so kenalah buat. Yolah! ceciter mazhab mana tu? So kitorang akan adjust time balik biar bila sampai Kuantan, elok-elok kul 8/9 malam.

Pastu barulah balik. Kalau xlarat nak drive (op kos la ma..dah melantak memalam buta, perut kenyang mata pon sama mengantuk lor....) biasanya kitorang akan check in hotel dulu dan membuta kekenyangan mcm ular sawa baru telan kambing pastu balik besok je. Tapi kalau larat drive, sure singgah R&R utk supper pulak. Kopi panas? wajib order!

Pastu Mr hubby selalu suruh saya drive dulu sebab dia nak tidur 'kejap'

" sayang bawak la kete. Lepas 2 R&R nanti abang sambung drive"

Dan karena sayang punya pasal, ku ikutkan jua.. Tapi selalunya sampai rumah terus!

Saya selalu kena kencing dgn dia tau!

Wednesday, August 24, 2011

Adam Daneal

Kan ibu dah ckp, nnt ibu post abng long punya citer pulak, hah! sekarang ibu nak citer la ni..

Adam Daneal.. what a lovely name. saya nak Adam n hubby pulak nak Daneal. dedua nama nabi. harap sgt dah besar nnt perangai pun ikut sunnah2 nabi. InsyaAllah.

Almost 2 months since our marriage, i am pregnant!.. huhuu malu! ingat lagi bila bagitau mak, mak cakap " habis apa lagi, dah bagi laki, mengandung lah!" perghh..merah muka beb tahan malu!

Tapi malu tu kejap jek. sebab elok je dpt tau pregnant, saya mengalami alahan yg sgt2 terok! morning sickness ler ckp omputih. hampeh betol kan? masa x tau, xde pulak kena. bila dpt tau jek, xlame..2 hari lepas tu jek, ia menyerang kaw-kaw punyer.

Pening jgn ckp ckplah, 24/7! dah tu xbole bau minyak angin pulak. habis tu nak sapu apa utk kurangkan pening? nak x nak layan je la sakit tu.
pastu saya mengalami sakit belakang, area tulang belikat tuh a.k.a saya panggil kepak! fuh..sakit dia x tahan ooo..nak nangis pun ada. org kata tu sebab badan saya terlampau2 byk angin
x boleh bau masak-masak. kompem muntah
Asal makan je muntah. minum je muntah, x makan apa2 pun muntah. seksa!
ni yg paling xbest. saya xboleh tgk muka hubby. dgr suara pun x boleh. bayangkan muka dia pun xboleh. saya akan pening dan loya! kesian dia..nasib baik lepas a month kitorang kawin, dia kene transfer ke johor. xdelah saya kene jumpa dia hari2. paling kelakar, bila dia call up utk bagitau dia akan turun KL, alamak! masalah besar ooo. loya2 pun mulalah. dan nasib baik jugak dia banyak bersabar.

Itu semua saya kena lalui selama hampir 6 bulan!! tanpa cuti hokey!. TAPI xpe...demi anak ku tabahkan juga. cewahhh!

Lepas masuk bulan ke-6 tu, xde dah morning ke night sickness nih. saya jadi amat2 ligat. nak bejalan jek kejenya. ingat lg mlm raya, masa tu dah masuk 7 bulan, saya ikut akak2 saya pergi jalan TAR sampai pukul 4 pagi.habis 1 tempat tu kitorg pulun. siap g beli carpet lagi. hubby pun pelik. pastu besok bila org lain beraya, kitorang membuta.

Masuk 9 bulan n as usual, xingat berapa hari sebab Daneal pon lahir early. 2 weeks early.
Actually i went to hospital to do my final check up. that was 2nd january 2008 n also to visit my cousin who had delivered her baby a day before. parents pun ikutlah sekali. sementara saya buat check up dgn hubby, saya suruh mak n abah naik 3rd floor jumpa my cousin dulu. lepas habis check up nnt saya naik. konon-konon la..

Last-last, saya kene admitted sebab pintu rahim dah buka 2cm n contraction pun agak kuat. masa tu pukul 12 tengah hari
lebih. tp saya xde rasa apa pun. yg kelakarnya, my cousin pulak yg turun 2nd floor to see me. eh, sape visit sape ni? then around 3pm, pintu rahim dah bukak 6cm n water bag pun pecah, kakak nurse pun bawakla saya masuk labor room tapi x saya masih x rasa apa2 lagi. xde rasa sakit langsung. saya siap bersms n jawab phone calls lagik. i busy you masa tuh. sebijik mcm ismith ulam raja dlm citer 3 abdul.

Sampai dah bukak 9cm pun, saya masih x rasa apa2. masih menjawab calls n sms. doc dtg check pun, pelik. tpi bila dah almost 10cm, saya dah rasa sakit..jeling kat jam, pukul 4.30pm. dok fikir agaknya pukul brp lah aku nak bersalin ni. sakit dtg sekejap2, tapi lama2 makin kerap..fuhhh..sgttttt sakit. betul la cakap sepah dlm maharaja lawak, 'macam nak kopak wooo...' tapi x lama. 10 minit lepas tuh, saya delivered baby boy. time masa tu pukul 4.40pm..paling saya xbole lupa, masa doc tunjuk baby kat saya, dia senyum!! damn serious, he is smiling. saya ingat lagi, saya ckp dgn hubby "abang, dia senyum!" Ya Allah indahnya ciptaan MU

1st time @ home
Daneal senang jaga.xmeragam
ala..sedihnye....





8 months. xde gigi lagik
ni tgh tengok tv ni

masa umur ni, daneal sgt suka menari. ni dia tgh menari  ni

salah gender  ni

saya suka titun

Malaysia's next PM

mmg sgt gumbira bila dibawa kat area mainan ni
# Hmm..baru saya ingat, orang kata kalau kita kena alahan teruk, insyaAllah masa bersalin nnt akan mudah.. Alhamdulilah...mmg saya xde masalah lgsg masa bersalinkan Adam Daneal a.k.a abng long

Saturday, August 20, 2011

More careful, More alert

wah!! what a 'lovely morning!' menulis sambil menguap! huuuaargggh....besar lagi, besar lg! hish dah la tu, kang kene kancing gigi mcm mana nak raya?? tido kul 7 pagi n bangun kol 9 pagi! ala..anak nak susu pulakkkkk.

huuu...ngantuk lagi sebenarnya. semalam g jalan2 kat jalan TAR cari kelengkapan raya yg side2 tu. ush! giler ramai punya org kat sana. oh yelah, kan mlm minggu.

Actually nak cerita horror story semalam sebenarnya (apa kebende saya punya ayat ni?) ngantokla....
me n hubby went there @ 1am. plan utk naik motor je sbb senang nak cari parking. nak pinjam motor sape ye? adik saya, hairul / abg lang / abg saya yg no 5 tu, fadzlie diberi nama. atau nama manja2, Pali. diorang ni je yg ada motor. tanya punya tanya, semua xde hal nak bagi pinjam tapi...........................
motor semua roadtax mati! hukaloh, tepuk dahi kitorang. tp last2 kitorang pinjam jugak motor Hairul. xde roadtax, xdela! shopping punya pasal ko.

Sampai sana, acara shopping2 pon bermula. more to anak2 punya keperluan. hmm..best pulak tahun ni punya pilihan. paling best, baju budak2 byk yg comel-comel. then around 3am, mata pon dah kuyu-kuyu, kaki pon rasa nak tercabut, kitorang memblahkan diri.

Okey, ni barulah start citer seram....

Otw back home, hubby singgah g kedai mamak. bukan minum air, buang air ye. dan saya kenelah tunggu dia kat motor kat tepi jalan tuh. tok termenong-menong tetiba teringat kes2 yg org simbah asid suka suki tu. pergghhh....tetiba rasa seram sejuk. ish, mana mamat ni? lama tak hengat-hengat membuang. gua dah nak dekat menggelupur ni. tapi, saya cakap betol ni, serious lama!
finally dia dtg juga..sambil cakap " ramai giler org. panjang giler kene beratur!" ye ye, xkisah. saya dah takot ni.

So, kitorang pon teruskan perjalanan....bila sampai kat houses area yg sunyi lagi menyunyikan tu (actually, saya dah perasan ada motor dok follow kitorang exactly lepas keluar dr AKLEH. tp saya senyap je.x bagitau hubby) tetiba motor tu potong kitorang n asked us to stop! apahal lak???
hubby terkejut gak sampai bergoyang la jugak motor tu. bila dia tgk kitorang x stop, dia kejar balik. hubby pon apa lagik, terus pecut ala-ala mat rempit V3 tuh! dan nasib baik kitorang dapat menghilangkan diri dan nasib baik jugak, masa tu dah nak sampai rumah mak dah..fuhhhh...!!! lega bila sampai rumah! betul la org selalu cakap 'rumahku syurgaku'

Sekarang ni mmg byk sgt kes2 menakutkan ni. so to all ladies..(eh, lelaki pon sama jugak) be careful and alert! skrg ni byk sgt cara2 yg digunakan utk nak samun la, simbah asid la, bunuh la..nauzubillah!! mcm2 cara tau. ni antara yg saya tau :-

  • Orang jahat (OJ) akan langgar kete kita dr belakang n bila kita turun, dia akan samun
  • OJ akan buat2 minta derma n bila kita amik purse/wallet, dia terus grab n lari
  • OJ akan letak kertas ke, pemplet ke /apa2 je la kat wiper kete time kita parking. so bila kita masuk je kete, bila tgk ada mende2 tu kat cermin, op kos la kite keluar balik utk amik. masa nilah OJ akan rompak/samun. so, ignore je mende2tu n drive sampai kt tempat yg kita rasa betul2 safe
  • OJ akan baling telur kat cermin kete. DONT WIPE!! drive je dgn apa yg nampak. coz telur + air + wipe = habis putihla satu cermin kete tu. nnt langsung xnmpk. then bila kita stop n turun, masa ni la OJ jalankan tugas xbermoral tu. (rompak/samun/bunuh/rogol) nauzubillah!
Part simbah asid ni, hmm..xtaulah mcm mana nak agak. coz most of the victims x tau sebab musabab diorang disimbah asid tu. so, be double triple fortle fiftle careful n alert la ya!

'Ya Allah, kau lindungilah kami dari segala musibah. Amin"
.

Friday, August 19, 2011

Mya Danealya

Tanggal 24h july, 2009
setelah 9 bulan, hmm..berapa hari ntah (coz she was born 3 weeks earlier!!)
penantian kitorg anak beranak berakhir....
its baby girl!! yeeahh!! (actually, masa scan pon dah tau, tp manalah tau kan, time doc scan tu dia main sorok2)
so selepas perbincangan yg macam meeting utk negara dgn terlampau ramai lah pulak ahli lembaga pengarah, we decided to named her, Mya Danealya....oh! akhirnya!
cerita pasal nama ni, i was insisted to name her Mya Sophielya. simpan nama tu selama 3 bulan.x bagitau sape2 pon. kengkonon nak surprise them with the gempak name. Tapi.... terlalu byk tentangan la pulok!!!. antaranya

  •  mak kata mcm bunyi supir la (driver dlm bhs indonesia) 
  • akak ipar kata mcm bunyi soflan la..arghh! 
  • abg kata x pernah dengau pon nama tu (kitorg org melaka)
  • kakak pulak berkerut kening dgr nama tu sambil tanya 'erk..nama apa tuh?'

Last2 mak suruh letak Danealya. amik berkat nama abang long nye Daneal. jadi dengarlah cakap mak ye.

 lahir dgn berat 2.65kg je..sangattt... kecik
husshh...jgn kacau saya tgh titun ni

lain giler muka dia

ni lagi lain!

si botak! lepas cukur jambul

marah ke konpius?

oh...tu gambar dia masa kecik2.. masa budak hingusan lagik. sekarang cik kak ni dah besar..dah boleh la kalau nak masuk meminang..

                                                                  ~

                                                                  ~

                                                                  ~

                                                                  ~

bababa cak!!

dah agak gedik sket

dan comel......................

ibu sayanggg sangat kat adik tau..

nnt ibu citer pasal abang long Daneal pulak ye...

So new...So young...So green...


Hooolaaa!! today is my 1st time berbelog.. lots of things to learn..pening gak sebab terkial2 sebenarnya as my boutique blog sudah sgt2 lama tidak disentuh. so mcm belajar from A balik la ni. byk step yg dah xingat. tapi xpelah kan, man man kayuh org cina + melayu cakap..
This is my personal blog ye. so xde intention to berlumba2 collect follower nor to advertise mcm2 mende. just to share my happy life and nak jadikan belog ni as my life diary. at least boleh ingat semua perkara penting yg terjadi dlm hidup saya. so if wanna story mory to my grandkids, kalau2 lupa (maklumla..masa tu mesti dah tua kan...) suruh je diorg baca! hah kau! kan ke senang... :)
u r most welcome to drop ur comments here as i can improve my writing! (eh! ada ke org yg baca ek??)
lol