Cakap pasal balik kampung time raya ni, saya rasa sayalah manusia bertuah! nak tau nape? hehe.. sebabnya, saya x payah bergilir-gilir dgn Mr Hubby raya kampung sape sebab kami akan sentiasa beraya di rumah mak abah saya dulu. Yippiee!
no no no! bukan queen control ha....
Ni adalah keputusan beliau sendiri tau.. ikhlas dari hatinya yg suci murni atau kesian kot tgk saya mencebik kalau xdpt nak raya dgn mak abah. ish! memandai je.
Actually, cuti Mr Hubby yg hanya akan start either 1st day or the day before raya yg membuatkan kami sekeluarga akan sentiasa beraya di Ampang pada hari raya pertama. (type sambil senyum sampai telinga) pastu, on 2nd day raya tu, haruslah bedezup balik kampung Mr hubby yang nun.... jauh di sana. nanana! Ganu kiter! So saya hanya dpt 1 hari sahaja coz balance cuti Mr Hubby akan diselesaikan di sana. Kira adil la tu kan. Dah la jarang balik. Sekali balik tu mestilah nak lama-lama. Cuba kalau the other way around, xkan 1 hari je kat Terengganu?? pastu dok Ampang sampai hubby habis cuti?? huh! ntah pape ntah! x best langsung!
Dan yg time nak balik kampung Mr hubby ni actually adalah waktu yg sangat-sangat dinantikan! Saya sangat suka balik T'ganu. Paling saya suka is the journey. Menyinggah je keje kitorang. R&R utk sarapan, lunch kat kedai kat muara kat Bandar Kemaman. (ush..byk nye kat. mcm director filem) Pastu, mende paling wajib dibuat ialah beli lemang/sata kat Kijal. Lemang + sata kat situ, pergghhh...sedap giler!! x tau nak digambarkan dgn kata-kata. Kali ni plan nak beli serunding awal-awal pastu bila sampai sana nanti boleh makan serunding tu dgn lemang..Ya Allah time tulis ni pun dah kecur air liur. Apa lagi? telan je lah. Buruk perangai betul kan?. Bukan nak plan bagi serunding tu kat mentua ke.
Bila nak balik KL pulak, hukumnya adakah harus utk melencong ke bandar Kuantan utk sesi makan ikan bakar! = sesi menempel lemak-lemak tepu di badan. Ala..kan hukumnya harus, so kenalah buat. Yolah! ceciter mazhab mana tu? So kitorang akan adjust time balik biar bila sampai Kuantan, elok-elok kul 8/9 malam.
Pastu barulah balik. Kalau xlarat nak drive (op kos la ma..dah melantak memalam buta, perut kenyang mata pon sama mengantuk lor....) biasanya kitorang akan check in hotel dulu dan membuta kekenyangan mcm ular sawa baru telan kambing pastu balik besok je. Tapi kalau larat drive, sure singgah R&R utk supper pulak. Kopi panas? wajib order!
Pastu Mr hubby selalu suruh saya drive dulu sebab dia nak tidur 'kejap'
" sayang bawak la kete. Lepas 2 R&R nanti abang sambung drive"
Dan karena sayang punya pasal, ku ikutkan jua.. Tapi selalunya sampai rumah terus!
Saya selalu kena kencing dgn dia tau!
No comments:
Post a Comment