Monday, November 21, 2011

Wa caya sama lu Harimau Muda Malaya!!

Wallaweiii!! Malaysia menang lagi. 2 kali berturut-turut dapat pingat emas Sukan Sea. Cayalah!! So proud to be Malaysian. To all the players, u guys did a very good job!!



Apek - ko memang best gilerzzz.. memang terer la malam ni. X kisah la sape yg jd motivasi tok mlm ni sebab ko mmg did owesome job. Walaupun aku mmg bengang je tgk ko sebelum ni (sbb makcik markonah x suka lelaki yg mempermainkan hati wanita..owhhh!) tapi x kisah la sbb ko memang dah buat aku sakit tekak menjerit time ko save bola td.

Bakhtiar- Cayalah kapten! wa salute sama lu. walaupun bole tu hampir2 x masuk td, tp seb baik masuk jugak!

Fakri - Ko mmg bengong tahap ular sawa baru telan kerbau raya haji la. x de function langsung time main. pastu x pass penalty lak tuh. lain kali ko pegi wakilkan rumah sukan je la

Ong Kim Swee- gak slow sket malam ni. agaknya sebab takut kena dok kat  belakang tu lagi kot. tapi tarak hal. asalkan menang! Agaknya nama dia pun memainkan peranan kot..sebab Malaysia ada ong je kat setiap game..

Saturday, November 19, 2011

20-11-2011


~ Selamat hari ulang tahun buat mak yang disayangi ~


 Ya Allah, sesungguhnya aku amat bertuah kerana dipilih oleh-Mu untuk dikurniakan insan seperti dia. Sesungguhnya aku amat bertuah dapat menikmati segala kasih sayang yg melimpah ruah dan tiada tolok bandingnya dari dia. Ya Allah Ya tuhanku, Kau berikanlah kekuatan yang paling kuat dalam dirinya untuk menempuh segala dugaan yang datang. Sesungguhnya Kau lebih tahu apa yg terbaik buat dia. Kurniakanlah dia segala nikmat dunia akhirat. Sekiranya aku perlu bersedih untuk dia memperolehi semua itu, demi-Mu Ya Allah, aku rela...



Friday, November 18, 2011

kenapa ek aku ber go BLOg

Dulu sangat asing aku dgn blog ni. sangat bengong pasal blog ni. sangat toing nak bukak blog orang ni. Apa kebende blog tu pon aku xtau...Time member2 opis masa keje dulu, time diorang dok bercerita pasal blog ni, aku senyap je. sengih x, masam x, xde apa2 respon pon sebab haram xtau blog tu apa.batu blok tu aku tau ler. Sebelum facebook menerjah dan menyemakkan hidup orang, sampai ada org cerai berai pasal dia, blog aku rasa cara terbaik buat online bisnez. Tapi disebabkan bengang tahap gunung everest, aku mmg x tau kita bole shopping pakai online bagai ni.

Hanyalah lepas aku terbaca pasal blog Hanis Zalikha kat sok kabar, yg buat aku tertanya2 apa pasal dia ni sampai masuk paper hanya sebab ada blog?? So, aku pon try la google nama dia. Buka blog dia, memang bestla blog cik kak oppppss, cik adik ni. Sangat kagum aku kat dia. Dia bole tarik orang tok baca tentang life dia just thru her writing!! walaupun dia bukan artis. Yela..orang kita ni, kalau bukan artis popular nyer citer, mana nak amik tau kan..

So, dari situ aku belajar buat blog sendiri. malu nak tanya orang. seb baik buat blog ni dia ajar step by step. senang la sket keje tu kan. Niat aku memang xde lain, hanya nak promotekan butik pengantin aku tu je. Butik Pengantin Belangkas. Alhamdulillah, respon mmg baguihhh..banyak gak customer yg sangkut dr situ. Memang seronoklah. Sampai sekarang pon, aku masih bergantung pada mende2 macam ni tok promote butik aku. Nak harapkan orang datang semata2 memang payah ler.

Tapi x pernah lak aku terpikir tok ada personal blog. Byk gak member2 aku yg hasut tok berblog ni. Tapi mcm x minat plak. Malas nak menulis. Lagipon kompem punya aku x konsisten. orang kata hangat2 taik ayam. Kejapnya beriyanya nanti.

Tapi tu citer 2 tahun dulu...

Sekarang ni, lepas mula bergoblog, aku rasa seronok la pulak, Macam2 boleh dikongsi. Tapi aku xdelah berangan nak jadi mcm Hanis Zalikha tu.. sangatlah x padan kan.. Pada aku, aku anggap blog ni tempat aku nak mencurahkan rasa hati, tempat aku nak letakkan gambar2 yg penting sambil2 tu bole citer pasal gambar tu, so at least xdelah aku dok memikir nak ingatkan kenapa muka aku dlm gambar tu mcm tu kan, sebab aku dah siap tulis citer lagi time aku nak post entry tu.

Contohnya macam gambar ni


so, dgn berblog aku leh citer, kenapa la plak kitorang wat muka beruk ni!

Di samping tu jugak, aku memang nak wat blog aku ni sebagai diari online aku. Apa aku buat, apa aku shopping, kat sapa yg aku bengang, sapa family aku, sape kengkawan aku...Kalau macam dulu2 tu tulis kat diari, tiap2 hujung tahun menggagau la aku nak mencari diari baru. Pastu, kalau tulis, tulisan x cantik pulak tu. Aku sorang je yg boleh paham apa aku tulis. Bila tulisan x cantik, dah malas nak sambung menulis. Kalau kat blog ni, pilih je apa jenis tulisan. tinggal nak klik je! Hari ni tulisan lain, besok lain, lusa lain, minggu depan lain pon bole. Kalau kat buku diary aku tu, tulisan buruk tu jugak aku nak ngadap.

Pastu, kat diari, mana bole ko nak letak gambar2 ni. Kalau nak jugak letak gambar, kenala tampal kat kertas pastu kenalah menulis pulak tentang gambar2 tu dengan tangan yg penuh dengan gam sebab malas nak bangun pegi basuh.
Nak cari resipi pon senang.. cari je blog2 yg berlambak2 tu, pastu follow la blog tu pastu minta izin kogsi resipi..xyah nak gaduh2. Takyah nak kena buat muka seposen kat orang sebab nak minta resipi masakan dia Siap ada gambar bila resipi siap. So, senang nak jadikan panduan bila resipi yg kita try tu siap kan? 

Kesimpulannya, memanglah menyenangkan bila berblog ni. Boleh tambah kawan (walaupun kawan aku baru 2..sobsob) Tapi aku masih lagi menggunakan diari untuk manage booking dr para pelanggan, pengantin, org nak book mekap, nak list down apa2 ke... sebab kadang2 manual lebih menyenangkan!

Sunday, November 13, 2011

Jangan Ada Curiga

Sukar sungguh untuk dimengertikan maksud sesuatu
Tiada niat di hati untuk berperasaan begitu
Tiada apa untuk dibahaskan
Sebenarnya.....
Percaya pada itu
Cahaya yang sentiasa terang di hujung
Sudah cukup untuk percaya
Bahasan hanya untuk dimengertikan
Tiada curiga di situ
Sebenarnya.....

Jangan ada curiga...

Thursday, November 10, 2011

Mekap Pengantin @ Melaka

Ni Mekap untuk Puan Munirah, ceh..dah puanlah dia..Muni ambik pakej mekap terus - nikah + bersanding + bertandang. Mekap ni by Shaz. Kakakku yang merangkap biznez partner...layankan pics!

Nikah




Bersanding @ Melaka






Bertandang @ Putrajaya









Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa..



nak call tok mekap? hah, amik nombor ni - 0122919265 (Zaryn) / 0192506703 (Shaz)

Salam belated Eidul Adha



Tak sempat hari tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sibuk berpacking sebab excited sangat nak balik beraya ke Terengganu. Maklumlah...nilah tahun pertama aku nak beraya kat sana + raya jauh dari mak ngan abah. huhuhu...dalam suka2 pun terselit gaklah syedihhh.. Tapi tu kejap je. Sampai kat sana, ok pulak. Mak gelak je bila aku call pagi raya tu nak wish raya sebab x pernah dapat call mcm tu dari aku. Yelah tiap2 tahun kitorang raya KL kan..Sebab? aku dah citer dah kat entry sebelum ni. cek sendiri la ye..

Erkk..ni xde kene mengena tapi aku nak cakap gak.. sempena hari raya ni aku dah korbankan duit tok beli kamera. ala..kamera conit2 je.. test2 dulu canon kecik ni sebab berangan bapak nak beli canon bagok..(padahal tarak duit nak beli sebenarnya)

Friday, November 4, 2011

aku yang kopak

Abeyus pergi US!!! walllah!!!
Aku ni, bila mamat tu kena ke sana je, mulalah kitorag seisi keluarga dok kira2 budget, sebab nak mengirim barang dari sana. Branded punya barang jauh lagi murah kat sana.

Ku seluk2 poket seluarku
Ku godek2 beg tanganku
Ku selak2 buku akaunku

Memang x cukup!!


Duit yang ada setakat nak beli handbag Sembonia bolehla..tu pun nak kena tunggu sale. tu pun kalau ada discount. tu pun kalau boleh nak discount 70%...

So???

Apa gunanya mamat ni??

ciss!! belum cakap apa2 dah wat muka camni!



Apa guna kata2 sayang
Apa guna kata2 cinta
Apa guna kata2 u jump i jump
Apa guna kata2 i can't live without u
Apa guna rindu2

Kalau ina nak tu pun x bole....

So, inilah masanya abang buktikan kata-kata abang...




Love u!

xoxo




Thursday, November 3, 2011

Coretan Khas Buat Engkau

Susah kalau ada orang tikam belakang ni
Susah kalau ada orang suka potong jalan ni
Susah kalau ada orang muka bertalam-talam ni
Susah kalau ada orang yang pentingkan diri ni
Susah kalau ada orang yg suka tutup periuk nasi orang lain ni
Susah kalau ada orang cakap tak serupa bikin ni
Susah kalau ada orang berlagak tak kena tempat ni
Susah kalau ada orang suka cakap putar-belit ni
Susah kalau ada orang bangang tapi perasan pandai ni
Susah kalau ada orang perasan cantik sangat ni
Susah kalau ada orang yg x boleh tengok orang lain lebih ni
Susah kalau ada orang nak berlagak orang kaya ni

Lagi susah kalau ada orang macam ni di keliling aku!

Cerita Cinta # 2

Huaaarrrgggh!!! huh, ngantuknya. Nilah natijah dok terperap kat rumah sampai 6 bulan pastu tiba-tiba kena bangun pagi pergi kerja. ngomelku sendirian. Nasib baik besok aku cuti.

"Hai Ina, dah sarapan ke? kalau belum, jom saya belanja" Terdengar suara garau dari luar kaunter. Aku mendongakkan kepala. Ah! mamat ni lagi. Menyampah aku. Tengok muka dia yang ala-ala rashid sidek ni pun dah hilang selera aku dibuatnya. Melihatkan Firdaus yang tersengih menampakkan giginya yang jarang membuatkan dia mengeluh bosan. Dia ni hari-hari ajak makan. Tiada kerja lainkah?

"Takpelah. Ina dah makan kat rumah tadi" Bohongku cuba untuk mengelak walaupun perut sudah lama menyanyikan lagu-lagu sedih minta diisi.
"Ala awak ni, asyik dah makan je bila saya ajak. Tapi lepas tu elok je saya tengok awak pergi makan dengan kak Linda"
"Ala..tu kak Linda. Lagipun kita orang bukan makan kat kedai. Makan kat sini je. Kalau customer datang senang" Aku mula membuat acuh tak acuh. Bosan tiap hari melayan benda yang sama. "Dah la Firdaus, saya nak buat kerja ni. Nanti Sam sampai, marah pula dia nanti kaunter tak bersih"
"Okey.." Firdaus berlalu dengan perasan hampa untuk kali yang entah ke berapa.

Dari jauh kelihatan Kajol berjalan berlenggang-lenggok sambil membimbit beg tangan ala-ala mak datin. Aku tersenyum..Mamat lembut ni memnag beriya nak jadi perempuan. Nasib baik polisi di sini memerlukan pekerjanya memakai uniform, kalau tidak, pasti Kajol meraih perhatian pelanggan dek penangan bajunya yang dah tentu vogue memanjang! Aku masih ingat waktu pertama kali berjumpanya, awal-awal lagi dipesan supaya aku memanggilnya dengan panggilan Kajol, walaupun di tag namanya jelas tertera Ajoy. Semua staff di sini menggelarnya begitu.

"Hai Na....hei, kau dah makan ke pempuan? aku lapar la. Tapi aku on diet ni. Mak nak kecikkan perut mak ni ha..." Kajol menghalakan perutnya yang agak berisi tu ke arahku.
"Ala..rilex la, ada isilah orang geram" Sakatku sambil tegelak
"Ah, banyaklah kau.Habis tu, baju-baju mak yang vogue tu, kalau dah tak muat, mana mak nak campak nyah...!" Terbeliak mata Kajol sambil mencucuk jari telunjuknya ke bahu aku.
"Sudahlah kau, malas nak la....." Perbualan kami tergendala tatkala aku terpandangkan sekujur tubuh berjalan ke arah kami. Mac! mamat yang aku tercampurkan air ke bekas airnya tempoh hari. Aku tersenyum. Mana dia ni? Lama tak nampak. Huh! hilang rindu aku!!!!

Melonjak girang aku di dalam hati. Ah! dia semakin kacak. Ah! dia semakin segak!

"Hai!" Sapa Mac sambil tersenyum. Oh! manisnya senyumanmu!
"Hai. Lama tak nampak awak. Pergi mana?" Aku cuba untuk membuat dia berada lebih lama di sini.
"Saya balik kampung. Kat Sarawak. Itu yang lama tu. Kenapa? rindu nak pekena saya lagi ke? Kata Mac sambil ketawa kecil.
Aku senyum. Malu. "takdelah. awak ni saja je" Cuba bermanja. Arghhh!! kenapa aku begini?
"Okeylah. Saya nak pergi breakfast dulu. Nanti kita sambung borak lagi ye" Mac pun terus berlalu. Kenapalah dia tak pelawa aku makan sekali. Yang tak diundang, sibuk nak mengajak. Yang dialu-alukan, sikit pun tak teringin mempelawa. Ajak-ajak ayam pun tiada.

Aku memandang Mac yang semakin jauh dan semakin menghilang. Segak betul gaya dia berjalan. Hmm..gila bayang betul aku dibuatnya. Malas ingin melayan sang hati lebih-lebih, lalu aku menyambung semula kerja yang tergendala. Nanti si cina gemuk tu datang, membebel je.

Tuesday, November 1, 2011

Teka Teki #1

* Binatang apa kepala besar belakang kecik?
- ikan bilis pakai helmet.

* Kenapa kura kura jalan lepas tu masukkan kepala dalam cengkerang?
- Sebab dia minum 100plus. (Rasa nak goreng orang tak?)

* Dalam satu aquarium, ada 10 ekor ikan. Seekor ikan mati. Isipadu air bertambah ke berkurang?
- Bertambah, sebab lagi 9 ekor tu menangis, so banyak air mata keluar. =.="

* Dalam banyak banyak ikan, ikan apa paling besar?
- Ikan paus goreng tepung. (Sebab lagi tebal daripada ikan paus biasa)

* Kuali apa yang baling besar dalam dunia ni?
- Kuali yang digunakan untuk goreng ikan paus goreng tepung.

* Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
- LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik

*Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
- Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

*Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
- Tahi hidung

*Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
- Masukkan benang dalam jarum

*Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
- Lilin masa sambut EPI BESDAY






# info & credit to Walkway from facebook