~ Selamat hari ulang tahun buat mak yang disayangi ~
Ya Allah, sesungguhnya aku amat bertuah kerana dipilih oleh-Mu untuk dikurniakan insan seperti dia. Sesungguhnya aku amat bertuah dapat menikmati segala kasih sayang yg melimpah ruah dan tiada tolok bandingnya dari dia. Ya Allah Ya tuhanku, Kau berikanlah kekuatan yang paling kuat dalam dirinya untuk menempuh segala dugaan yang datang. Sesungguhnya Kau lebih tahu apa yg terbaik buat dia. Kurniakanlah dia segala nikmat dunia akhirat. Sekiranya aku perlu bersedih untuk dia memperolehi semua itu, demi-Mu Ya Allah, aku rela...
No comments:
Post a Comment