Monday, March 12, 2012

APA LA PERASAAN OWNER DIA

Rasanya tak perlulah aku dok bercerita dan upload gambar masa banjir teruk kat Ampang dan Hulu Langat hari tu. Rasanya dah banyak paper dan blog-blog kat internet ni dah paparkan. tak nak lah sedih-sedih kat sini. Tapi aku memang tak boleh tahan sedih bila tengok gambar ni....


picto snap sendiri tau

Gambar ni diambil kat sungai depan rumah mak aku lepas tragedi banjir dekat Lembah Jaya Utara, Ampang. Ni sungai yang menghala dari Bukit Belacan. Kesiannya...tak dapat aku nak bayangkan macam mana perasaan owner dia tengok kereta dia dalam keadaan macam tuh...Bagai jatuh ditimpa tangga, kalau tak silap aku, insurans tak boleh claim kalau melibatkan bencana alam! nyampah.

Aku tak tahulah kalau chenta hatiku yang hitam manis ni dalam keadaan macam tuh..arghhh!! nak fikir pon tak sanggup beb!

Saturday, March 10, 2012

Menggapai impian

Dari tahun lepas lagi sebenarnya, aku dan hubby menunggu je kalau-kalau ada projek rumah teres kat kawasan Hulu Langat ni. Sebab? kitorang percaya harganya jauh lagi murah dari harga-harga rumah dekat area Ampang. So, bila dapat tahu ada projek terbaru berdekatan dengan area rumah kitorang dan untuk tempah unit rumah tu, setakat kena bagi nama dan IC je dulu, kitorang pun gatal menempah. Kira gatal la tu sebab kitorang tak tahu lagi harga rumah tu. Macam gamble je la ni. Manalah tau tiba-tiba harganya dalam budget kan..Lagipun tak rugi pun bagi nama kitorang yg sedap didengar tu..kalau di luar budget, buat-buat diam je la.

Akhirnya, awal tahun hari tu, developer tu call bagi tahu harga rumah tu pastu suruh kitorang bayar booking kalau still berminat. RM288,000.00 untuk keluasan 20x60 sf. Telan air liur kejap jugaklah aku ni.. Ingatkan bawah RM250K. Bila tanya hubby, dia suruh proceed je sebab dah sangat tak larat mendaki 3 tingkat tangga tiap-tiap hari. Dan macam biasa, aku tanya gak pendapat mak. Mak pun cakap ambik jelah..bukan senang nak dapat rumah teres harga macam tu sekarang ni. Kalau kat Ampang ni, dah tentu-tentu paling murah pun RM400K. Intermidiate ye! Corner tak yah cerita lah.

So, semalam aku dengan bertemankan Mya, berdua-duan menghala ke pejabat pemaju tu kat Bangi. Adoiii, jauh gak! Aku nak try ikut LEKAS, tapi tak berani pulak. Terpaksa ikut jalan biasa..Sungai Besi. On the way dari Bulatan Kampung Pandan aku tengok kereta yang menhala ke Jalan Tun Razak langsung tak bergerak sampailah ke tol Sungai Besi. Mak aihhh! giler jem! Dalam kepala otak aku ni dok berfikir, jalan mana pulak aku nak ikut balik nanti nih???

Sampai je kat sana, hmmm..not bad gak office diorang. Cantik. Dinding semua kaca. Patutlah masa aku call tanya ofis diorang kat mana, diorang suruh aku cari bangunan kaca hijau..Masuk je, officer kat situ terus melayan aku dengan ramah. Sorang pekerja lelaki tu siap jaga Mya lagi sementara aku dok isi form pastu dok ralit tengok pelan rumah.. owhh..makin kuat angan-angan aku! Ni pelan rumahnya..


Pandangan dari atas - hadapan

\
Pandangan atas - sisi

Pandangan dari luar hadapan


Ni pandangan dari keseluruhan kawasan rumah tu. Ni first time aku tengk pelan rumah ni. Sebelum ni berhubung thru phone je. Nampak sangat yang penting aku dapat rumah teres kan? apa rupa pelannya, tu cerita nanti-nanti. Tapi, so far, aku puas hati sangat dengan apa yang ada. Cuma sekarang tengah seriau nak apply loan pulak. ntah berapa agaknya yang approve. Doa-doakanlah loan approve 90% ye. Ni, aku tengah bergolok-gadai nak siapkan 10% down payment. haha! drama sungguh! last date 24hb ni. Masalahnya duitnya ada 28hb..adoiiyaii..

Kena kerja keras!

Sunday, March 4, 2012

Meraikannya

Speacial untuk anniversary yang ke-5 ni, aku dan hubby saja menggatal nak celebrate! ala..sempoi je. Setakat pergi dinner je. Tapi yang bestnya, kali ni kira datinglah. Mak dengan baik hatinya tolong jagakan Daneal and Mya. Last kitorang celebrate menda-menda ni masa 2nd anniversary dan masa tu hubby sayang makcik markonah ni hadiahkan kereta yang makcik dok sorong ke hulu-hilir ni. Tapi mungkin disebabkab tu jugak, sampai sekarang ni ha, makcik markonah tak dapat-dapat hadiah lagik! Tu hadiah untuk anniversary seumur hidup gamaknya. Disebabkan aku ada job mekap semalam plus gatal mulut pergi berjanji dengan client jumpa kat butik belah malamnya, dating malam tu tak menjadi. Hari ni barulah kitorang dapat dating.

Torn between restoran Ayutthaya kat Wangsa Maju or Ole-Ole Barli kat Solaris. At first hubby nak pekena Thai cuisine. So decided menyemak kat Ayutthaya. Lagipun time tu, kitorang memang dah agak lambat. So, menghalalah kitorang ke Wangsa maju..Tapi, time on the way tu, aku tiba-tiba rasa macam boring pulak masakan thailand ni, dah selalu sangat makan. Kat warung biasa pun boleh dapat. Apa salahnya makan lain sikit ye dak? Tapi hubby berat sikit sebab mamat ni dah lapar bebanor. Nak ke solaris tu kan jauh sikit. Tapi disebabkab bini yang disayangi, dia mengalah..hehe. Jangan nak muntah lak ae.

Sampai Solaris, aku tanyalah hubby, kat mana restoran Ole-Ole Barli tu. Wahh..dia pun dengan berlagaknya kata "awak ikut je abang..kan tempat abang ni.." Aku pun macam budak kecik kena pimpin dengan bapak dia menurut je langkah mamat tuh. Then bila sampai je kat restoran yang ada patung gajah, menonong je dia masuk. Aku? aku dah rasa lain je sebenarnya. Time order pun aku macam sure tak sure. Tapi aku order jugaklah. Takkanlah salah, ni kan tempat dia... Habis je order aku cakap dengan hubby
"Macam salah kedai je"
"Eh. takdelah. Betullah ni" Bangga giler!
"Kenapa banyak patung gajah. Gajah kan Thailand?"
Muka dia dah berkerut..Terus keluar usha depan restoran..
Datang dengan muka tersengih-sengih + malu-malu kucing + merah padam sambil berkata "baby, salahlah..kedai Bali tu kat sebelah!"
Keh! keh! aku gelak je. Tapi tak bolehlah kuat sangat sebab dalam restoran tu aku dengan hubby je yang ada. Cakap pun slow-slow. Muka hubby memang serba-salah. Boleh pulak dia ajak blah. Aku pun cakap takpelah. At least dapat jugak dia makanan thai yang dia nak...Malam tu dia memang jadi bahan jek dengan aku.. 

muka mamat konfiden
muka mamat yang dah sedar akan kesilapannya!
aku tak kisah pun. mood memang baik sangat. mood bahagia!
gemokkkkssszzzz!! tapi aku tetap akan melantak malam ni

ni la nama restoran ni. haha! memang rezeki koranglah ada customer yang tersalah masuk kedai
Apapun, kitorang orderlah jugak menu-menu yang pada aku kat kedai biasa pun boleh dapat rasa masakan yang setakat macam tu. Tapi hubby sukalah kan..memang dia nak menu tu.


Aku tetap happy..salah kedai pun tarak hal lah. Asalkan dapat together-gether macam ni. Bukan senang wo! Dan yang paling best, staff kat situ macam tahu-tahu je kitorang memang sedang dalam mood romantik. Lagu-lagu yang diorang mainkan pun lagu cinta-cinta.. Tengah dok berborak tu, tiba-tiba aku dengar lagu cinta kitorang dari zaman cinta-cintun dolu...How Do I Live by Trisha Yearwood.. Lagilah aku jiwang malam tu!

Time ni memang ngah jiwang dengar lagu
serius! kitorang tengah jiwang time nih!





Actually, not bad jugaklah restoran ni. Deco pun cantik. Memang sesuailah kalau nak makan untuk dating dibawah kawalan macam ni. haha! dating under control okey. Maknanya tak dapatlah aku nak gelak macam mak lampir.. gelak-gelak manja jeww.. dan haruslah control cun..


Thank you sayang.. Just a small celebration but its so meaningful.
Hungs and Kisses for you!
And as usual, this song is always and forever for you...

How do I 

Get through one night without you 

If I had to live without you 
What kind of life would that be? 
Oh I need you in my arms 
Need you to hold 
Your my world my heart my soul 
If you ever leave 
Baby you'd take away everything good in my Life. 



And tell me now 

How do I live without you 
I want to know 
How do I breathe without you 
If you ever go 
How do I ever, ever survive? 
How do I 
How do I 
O how do I live?. 



Without you 

There'd be no sun in my sky 
There would be no love in my life 
There would be no world left for me 
And I 
Baby I don't know what I would do 
I would be lost if I lost you 
If you ever leave 
Baby you would take away everything real in My life 



And tell me now 

How do I live without you 
I want to know 
How do I breathe without you 
If you ever go 
How do I ever ever survive? 
How do I 
How do I 
O how do I live?... 



Please tell me baby.. 



How do I go on? 

If you ever leave 
Well baby you would take away everything 
Need you with me 
Baby don't you know your everything good in My life 



And tell me now 

How do I live without you 
I want to know 
How do I breathe without you 
If you ever go 
How do I ever, ever survive? 
How do I 
How do I 
O how do I live 



How do I live without you 

How do I live without you baby....... 
How do I live.... 

Friday, March 2, 2012

5 TAHUN YANG BAHAGIA



My DEAREST Abang,


Terima kasih kerana sudi bersama ina dalam susah dan senang dan dalam terang dan gelap. 5 tahun yang indah dalam hidup ina dan ia kerana bersama abang. Terima kasih kerana mencintai ina seadanya dan menyayangi ina setulusnya. Semoga kasih kita akan kekal abadi dan sayang kita akan terus begini. Ina sangat bersyukur kerana ina yang tiada apa dikurniakan insan sebaik abang. Semoga ikatan cinta kita diberkati sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta abang kekal buat ina seorang kerana demi Allah ina sangat mencintai Abang!


I LOVE YOU SO MUCH!!!