Saturday, January 21, 2012

Planning for Reunion

Bukan senang sebenarnya plan sesuatu yang melibatkan ramai orang. Perasaan sakit hati, kecil hati, marah, bengang memanglah terpaksa letak tepi, erkk..ataupun buang terus kot. Ni semua aku buat untuk menjayakan satu benda ni, Reunion dengan budak-budak sekolah dulu. Tahan je lah perangai takde respond diorang, banyak tanya benda mengarut, membebel tak tentu pasal. Last-last bukannya nak join. Fine!
Awal tahun hari tu, Masz datang kat aku dengan 1 plan yg awesome. Jom reunion secara besar-besaran! Aku pun tak banyak fikir terus setuju. Banyak jugak plan yg dirancang untuk merealisasikan reunion ni.

So, start bulan Februari je, aku dengan Masz dah start survey venue yang sesuai. Kitorang plan nak outdoor venue dan dah tentulah makanan yang lazat. Kalau ada entertainment macam karaoke ke, DJ ke lagi bagus! Bermulalah jelajah kitorang dalam mencari venue yg menjadi impian hati. Mula-mula kitorang list down dulu restoran yang menepati citarasa...

1# Kelab Darul Ehsan (KDE)



Macam best tapi agak mahal. Lepas tu rasanya jumlah bilangan kengkawan kitorang ni, rasanya macam susah untuk dapat 1 hall untuk group yang kecil. eh kitorang nak outdoor lah

So, this out!





2# Bora Ombak, Ampang

God! tempat yang paling sesuai rasanya. siap ada gazebo untuk outdoor event. Buffet pun nampak mcm menyelerakan dan affordable. Diorang boleh sedikan karaoke with DJ lagi. Marketing manager dia dah la sporting sangat. Kanak-kanak dengan baik hatinya dia bagi free! Tapi minimum booking ialah 50 pax. Masalahnya kitorang ada lebih kurang 40 orang je.

So, this out too


3# Intai-Intai Restaurants


Restoran ni memang sangat sesuai in terms of venue. Memang menepati semua yang kitorang nak. Tapi yang x best setakat 40 orang, diorang malas nak layan buatkan buffet. Kena order ala carte. Karaoke pun tarak. Orang marketingnya pun lembab reply apa yang ditanya. Janji nal call back, tapi harammm..

ok, this one throw out far-far




Sekarang ni kitorang tengah survey Restoran Nelayan. So far, venue macam sesuai, ada karaoke, food pun agak merbeles, price pun best. Cuma tak tahu lagi kanak-kanak pun diorang kira atau tak. Hopefully marketing manager dia pun baik macam kat bora ombak. doa.. doa...


Tengok gambar pun air liur dah meleleh-leleh ni. Nyum! nyum! Harap-haraplah yang ni jadik!

mode# rindu giler kat kawan-kawan aku tu. Walaupun ajak dekat 80 orang, tapi yang joinnya separuh je, tu pun kalau diorang tak tukar fikiran sebab budak-budak lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Tapi tak kisahlah. Asalkan dapat berkumpul mana yang dapat. Sure happening nanti. See you beybeh!

Friday, January 20, 2012

Yang Mahal Tak Semestinya Elok


Dulu aku pernah terkena dengan produk muka berjenama estee lauder, kenal tak? pernah dengar kan? Niat hati nak try skin care product dia dengan harapan kulit muka aku bersinar-sinar dari jauh. Senang orang nak cari. Niat baik kan. Beli siap 1 set lengkap terus. Memang tak agak-agak. Aku kan supportive. Orang offer trial set pun tak mahu. Kononnya malas nak datang balik kaunter kedai tu. wahh! sangat baik sangka dan yakin! Balik rumah, siap susun satu persatu produk tu. ikut turutan cara pemakaian lagi. Tak sabar nau nak dapatkan kulit gebu macam erra fazira. Tapi bila dah seminggu pakai produk tu, kulit aku yang memang kulit muda remaja, dah start muncul macam-macam benda. Kulit start kering, tang zone T berminyak, jerawat and the worst part is hidung aku mula ada blackheads!!!!! ok, tu x berapa worst lagi kan? sebab yang paling teruk balckheads tu maintain je ada sampai sekarang. Siap beranak pinak! S(&*#T

That was those days. Masa aku form 3. Tapi masa raya hari tu, time balik kampung hubby, aku terlupa bawa cleanser, so, aku main tibai je sabun muka Tia Amelia adik ipar aku, Fatihah. Dalam masa 4 hari tu, aku terperasan yang blackheads aku tu dah semakin kurang. Fikir punya fikir, baru aku teringat aku guna sabun tu. Balik KL, terus takde buang masa aku minta kakak aku yang memang tokey jamu tu, belikan sabun tu. Yes! its really works bebeh! hilang semua biji-biji hitam kat hidung aku yang tak berapa mancung tu. Murah dan pembelian yang sangat berbaloi gila babun. Pastu aku suruh hubby pon try as problem kitorang sama. 3 hari lepas tu dia cakap blackheads dia pun makin kurang. ha..see!

Okey, habis cerita tu tapi aku masih lagi tak learn from lesson. Hari tu masa abang aku fly ke US, aku ada kirim satu produk dari brand yang sangatlah terkenal. Malas nak sebut brand tu, cuba tengak gambar kat bawah ni ha...


Kononnya kalau pakai ni as a make up base, nanti mekap kita tu nampak flawless giteww..berkobar-kobar aku tunggu abang aku balik dari sana. Sampai je, aku simpan dulu. Boleh pulak sayang nak pakai. Tapi semalam, masa aku nak keluar beli stok kedai, gatal pulak tangan ni nak pakai.. Rasanya kengkonon dah bersinar sangat la tu. Tak payah nak tunggu lama sangat sebab lepas 2 jam, aku tengok kulit aku dah macam ada bintat kecik-kecik. Aku ingat biasalah kot, mungkin kena habuk. Malamnya tu, kulit aku asyik gatal je. Kejap-kejap aku dok meraba kulit muka, rasa macam tak rata, macam menggerutu je. Aku terus pergi belek kat cermin muka. Ya Allah, apasal ni? teruknya. Patutlah tadi hubby tanya kenapa dengan muka aku. Aku ingat dia tanya sebab dok tengok aku tergaru-garu.




Kulit aku memanglah tak licin macam Siti Nurhaliza tu, tapi takdelah sampai teruk macam ni! Sumpah lepas ni aku taknaklah main semberono je. Tak semstinya barang mahal elok untuk kita. Tengok macam aku, punyalah try macam-macam wellknown brand, pantang orang cakap tu brand ni elok terus nak pakai, orang kata brand ni bagus terus nak beli. Last-last sabun yang harga RM12 tu jugak yang sesuai dengan kulit aku.

Okey tak nak membebl lagik. Aku nak makan limau ni, ada vitamin C kan? baik untuk kulit kan? Nasib baik raya cina sekarang ni, boleh tambah vitamin.

#gambar tu aku ambil tadi, kira dah kurang sikitlah. Semalam lagi teruk!

Memoirs of 2011

1* Dapat kiosk kat Jusco au2. Start jadi peniaga selipar :-)
2* Abanglong turn 3. tapi kesian dia, x celebrate beriya birthday dia sebab ibu kena jaga kiosk. Belum ada pekerja lagi. Semoga abanglong jadi anak solehah.amin
2* Dapat BB as birthday present from hubby. Thanks sayang!
3* Abah turn 64! Alhamdulillah masih kuat. Ya Allah panjangkan umur abah!
4* Celebrate 4th anniversary!
5* Went to Jakarta utk kali ke-3
6* Went for holiday at Cherating! 1st time holiday w/out shopping! 100% untuk rilex kan minda. Hubby sukalah teww!
7* Ambil keputusan untuk tidak ambil tempahan jahitan manik untuk tahun ni. Jangan kau rayu!
8* Tetiba minat tersangkut kat bidang membuat kek, biskut
9* Got my own oven and mixer. yeaahh!
10* Mya turn 2! Semoga panjang umur sayang!
11* Start mendera diri kat gym sebab terkejut beruk berat naik sampai 69kg!!! shit!! selama ni ingat naik- naik manja jew.. :-0
12* Decided theme for raya this year is grey dengan niat nak nampak elegan. uwekkk!
13* As usual, kena tolong mak buat kuih batang buruk. ni kerja tetap
14* My hubby turn 33. oppsss! ter reveal la pulak
15* Cuba sedaya mampu untuk belikan hubby present idaman dia. Tissot watch!
16* Alhamdulillah hubby got promoted to level tier 2. new benefits, new work place and etc..
17* 1st time baju raya aku siap 5am! pagi raya and result sucks! kesian hubby dok menunggu kat umah tu
18* Kali ni raya kat Terenggau lama sikit. 5 hari tu. Seronok abanglong ada orang boleh manjakan dia lebih- lebih. Sape lagi, tok mie dia la..
19* Hasil dari mendera diri kat gym, i've lost 8kg. yippppiee! boleh raya sakan
20* Perkara yang tertunggak dengan mak sejak sekian lama - settled! ;-)
21* Mak turn 59. Ya Allah, panjangkan umur mak dan berikan mak kesihatan yg terbaik. amin
22* Holiday hujung tahun terpaksa di tangguh..kempunan den!
23* Sangat tak best rasanya bila hubby dapat pergi company visit to Seoul, Korea tapi tak boleh bawak aku huh! nyampah
24* Terubat rasanya bila hubby balik dengan sling bag, boots and earings for me from Korea tu. Okey dimaafkan.
25* Dapat durian runtuh - Hubby belikan handbag Coach! idaman kalbu dari dulu..
26* Dapat tapak kat depan MBO, Galaxy untuk jual selipar. alhamdulillah again God

#Kesimpulannya, banyak perkara baik jadi kat aku last year. Rezeki pun murah dan banyak masalah yang dapat diselesaikan.
#Hubungan dengan bff pun semakin akrab! i love this relationship so much Masz!

And the best part is

#Hubby makin loving. I love you so much Abang. Thank you Allah atas kurnian ini..

Jom tutup tirai 2011 dengan senyuman lebau-lebau

Tutup juga tahun ni dengan ucapan Alhamdulillah..


Jom mulakan tahun baru 2012 dengan Bismillahirrahmanirrahim..

Happy Birthday SON!!

Abanglong dah berumur 4 tahun hari ni. Eh, lupa yang ni backdated update. Disebabkan menunggu gambar yg tak sampai-sampai, terpaksalah aku update entry ni hari ni.


Nilah wajah terbaru abanglong. Dah besar kan? Birthday party kali ni, abanglong yang pilih sendiri temanya. Angry Birds! Bak kata member aku, burung marah ni memang tengah hot giler sekarang ni. So, impian si kecil ni aku cuba realisasikan sebaik mungkin! Ni actually first time abanglong celebrate birthday dia kat rumah yang kitorang duduk sekarang ni. Since last year tak celebrate beriya birthday dia, kali aku dan hubby macam bayar hutang baliklah! berhabis jugak. Takpelah..untuk anak jantan sorang aku ni, aku rela burst the pocket.



Sangat, sangat, sangat terserlah kehappyan abanglong dalam gambar ni. Mahu tak nya, most of his friends pon support party ni dengan melaram baju angry bird! Apalagi dengan kek angry birds yang ibu tempah khas sampai dia tak bagi orang lain potong langsung selagi dia x potong! even Mya pun tak dapat nak blow candles


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Adam Daneal
Happy Birthday to you...


Party memang happening sangat. Kids paling happylah. Excited betul diorang dengan angry bird tu yang selama ni aku ingatkan cartoon siries, sampailah time nak set the party baru aku tahu rupanya angry bird tu game!



Menu yang dipilih memang bertujuan untuk tetamu-tetamu yang datang berasa kenyang sambil tolong diorang tambahkan beberapa kilo lemak kat badan. alaaa beberapa jewww....

 orang kuat yang bakal pengsan lepas party
VVIP ni memang sangat wajib untuk hadir!


Daneal risau betul kek angry birds dia rosak. tengoklah muka over concern dia tu


Semua angkat tangan bila aku jerit ala-ala orang berniaga pasar malam 'sape nak kek!!!'


Den dah dapat den punyo!! ekau pandai-pandai la yo!



Kalau berniaga dapat sambutan macam ni, fuhh..kayo den!!


The Top Chef. Terima kasih mak sebab tolong adik masakkan menu hari tu. Ramai puji!! Karipap makcik pon sodapppp!!






Kawan Abanglong yg hadir supportive gilerlah!!





 Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun aku macam nak patah pingagng lepas party tu but its really worth! foods pun habis, xde membazir. My family pun tolong kemas mana yang dapat lepas party tu. Fun gilerzzz! Party burung marah memang akan dikenang! Terima kasih bebanyak la pada semua yang hadir dari kecil sampailah besar.


Wednesday, January 18, 2012

Perkara yang tidak diundang

Aku tengah pening ni. Sangat pening dengan macam-macam hal. Bila dah pening dengan 1001 masalah, aku macam ni lah. Diam je. Temenung je. Hubby pandang pun aku buat tak layan je. Hubby tanya, aku buat tak dengar je. Sebab tu hubby selalu cakap, "Kalau boleh transfer problem awak tu kat abang, abang sanggup sebab awak ni bila ada masalah, mulalah diam je, xboleh salah sikit, nanti nak marah je" ayat pertama tu memang aku cair dengar. masuk yg kedua tu, huh!

Tapi memang betul pun..Aku tak tahu macam mana hubby aku tu boleh rilex je walaupun ada problem. Kadang-kadang problem kat tempat kerja dia, aku dengar pun tak sanggup. Tapi dia rilex je. Balik je rumah boleh lagi ajak aku pergi carrefour pulak..Kadang-kadang pergi lepak minum. Tapi bila dapat tahu dia ada problem kat tempat kerja, aku akan adjust time tidur anak-anak. Aku akan tidurkan anak-anak elok-elok timing dia balik. So, dia balik nanti takdelah makin tension dengan perangai bebudak tu. Dapatlah dia rest kejap. Mithali tak aku? ngeh!

Kadang-kadang aku tertanya, kenapa masalah ni kalau dia nak datang, sekali segebukk ambekk ko! Pastu mesti yang jenis susah tahap bagero nak selesaikan. Aku pulak jenis yang suka pendam dulu, atau kalau nak luahkan pun, cerita sikit-sikit je dulu..Sebab kalau boleh aku elakkan, aku akan elakkan dari mengadap masalah ni. Tapi, sampai takat mana pun nak lupakan.. besok-besok kena hadap jugak kan..

Tapi dalam hati aku tetap cakap, ala..takpelah. Fikir besok jelah. Baik aku layan beautifulnara!

K.

Monday, January 16, 2012

Idaman kalbu



























Thank you sooooo muchhhhh  Abang! sayang abang! Terimalah pantun kasih sayang dari ina,

Terima kasih daun keladi
Lain kali bagi lagi...

Berakhir sudah sumpahan

Yessssssss!!! akhirnya, berjaya jugak aku buat header!. ya aku tahu korang mesti cakap 'ala...apa yg susah buat header macam ni?????' memang, untuk aku yg 'sangaaatttt' pandai godek laptop ni, ni dah cukup bagus la ni. Dengan ingatan tulus ikhlas yang sangat tumpul, serius kalau asah pon belum tentu tajam, sangatlah terkial-kial aku mengedit gambar tu, terhegeh-hegeh nak masukkan wording tu lagi..fuhhh, menyumpah, maki hamun dah x tahu barapa byk. dan inilah hasilnya...weeee!

Comel gak aku in pink! larikkkk!

Thursday, January 12, 2012

Aishiteru!!! *part 2*


ambeekkk koo!!

tengah snow kat sana

visit ladang epal

epal fresh. baru petik






sumpah aku gelak tgk gambar ni

Tambah kapsyen


cuba tgk betul2, mamat ni pakai mask kat mulut mcm yg kita pakai time jerebu tu. tapi  mask kat sana see thru so customer boleh nampak diorang senyum! customer service, bak kata hubby memang sangatt bagus. Sangat jauh kalau nak dibandingkan dgn kat sini.

flying back to ME!!!

Wednesday, January 11, 2012

Meh mencekik!






Welcome 5 kg!!!

Ingatan dari kota Aishiteru....


Thank you sayangggggg!!!!!

Aishiteru!!! *part 1*

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan
A a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan
A a ai
Aishiteru

Lirik lagu oleh band zivilia ni memang best la!.. lagu ni la yang aku dok layan masa hubby dok terbang ke Seoul, Korea hujung bulan 11 hari tu. Tapi yang ada kena mengena dengan kitorang, time corus ni jela. yang lain xde kena-mengena sangat dan ada yang langsung xde kena-mengena! Contohnya time line ni

hidup dalam kesendirian 
sepi tanpamu
kadang ku berfikir cari penggantimu
saat kau jauh di sana

Cet! xdelah aku sampai dok pikirkan mende tuh!

5 hari hubby pergi, memang gila bayang jugaklah aku kat mamat nih!. Hari selasa dia pergi, aku rasa bertahun-tahun aku nak tunggu hari sabtu tu sampai... cis! control, control.. huh! 

alamak! lagu menhdi lag ke raghna la pulak... *iklan jap*

29th November, malam tu aku bertolak ke KLIA untuk hantar hubby ditemani my BFF, Maszlavista.

Senyum je nampak lebar, tp syedih tu dalam hati. Tapi rasanya sedih xdapat ikut lagi kuat
kenapa aku post pic ni? sebab hubby cakap menyesal giler dia xnak bawak bekal  sambal ikan  bilis yg aku offer  bila nampak  dapur kat apartment tempat dia stay. kalau x, boleh panaskan balik. padan muka!

sekali pandang macam  ada 3 teddy bear je! 
KOREA!!!!

nak jalan kat sini!!!!!!

Seronok kan mamat tu berjalan-jalan? Tanpa memikirkan yang dia dah terbawak I/C dan lesen aku sekali! dia tahu x betapa bersusah-payahnya aku hidup macam pendatang haram kat Malaysia selama 5 hari tu???

p/s: masa hantar hubby kat airport, drama 'Tentang Dhia' tengah tersangatlah hot. hubby aku siap pesan kirim salam kat Dhia lagi sebab dia akan miss 2 episod bila pergi sana. Tup tup, masa nak check in tu, si 'Dhia' aka Nora Danish tu ada gak kat situ sebab ada shooting kat Paris..ironic ha???