Bukan senang sebenarnya plan sesuatu yang melibatkan ramai orang. Perasaan sakit hati, kecil hati, marah, bengang memanglah terpaksa letak tepi, erkk..ataupun buang terus kot. Ni semua aku buat untuk menjayakan satu benda ni, Reunion dengan budak-budak sekolah dulu. Tahan je lah perangai takde respond diorang, banyak tanya benda mengarut, membebel tak tentu pasal. Last-last bukannya nak join. Fine!
Awal tahun hari tu, Masz datang kat aku dengan 1 plan yg awesome. Jom reunion secara besar-besaran! Aku pun tak banyak fikir terus setuju. Banyak jugak plan yg dirancang untuk merealisasikan reunion ni.
So, start bulan Februari je, aku dengan Masz dah start survey venue yang sesuai. Kitorang plan nak outdoor venue dan dah tentulah makanan yang lazat. Kalau ada entertainment macam karaoke ke, DJ ke lagi bagus! Bermulalah jelajah kitorang dalam mencari venue yg menjadi impian hati. Mula-mula kitorang list down dulu restoran yang menepati citarasa...
1# Kelab Darul Ehsan (KDE)
Macam best tapi agak mahal. Lepas tu rasanya jumlah bilangan kengkawan kitorang ni, rasanya macam susah untuk dapat 1 hall untuk group yang kecil. eh kitorang nak outdoor lah
So, this out!
2# Bora Ombak, Ampang
God! tempat yang paling sesuai rasanya. siap ada gazebo untuk outdoor event. Buffet pun nampak mcm menyelerakan dan affordable. Diorang boleh sedikan karaoke with DJ lagi. Marketing manager dia dah la sporting sangat. Kanak-kanak dengan baik hatinya dia bagi free! Tapi minimum booking ialah 50 pax. Masalahnya kitorang ada lebih kurang 40 orang je.
So, this out too
3# Intai-Intai Restaurants
Restoran ni memang sangat sesuai in terms of venue. Memang menepati semua yang kitorang nak. Tapi yang x best setakat 40 orang, diorang malas nak layan buatkan buffet. Kena order ala carte. Karaoke pun tarak. Orang marketingnya pun lembab reply apa yang ditanya. Janji nal call back, tapi harammm..
ok, this one throw out far-far
Sekarang ni kitorang tengah survey Restoran Nelayan. So far, venue macam sesuai, ada karaoke, food pun agak merbeles, price pun best. Cuma tak tahu lagi kanak-kanak pun diorang kira atau tak. Hopefully marketing manager dia pun baik macam kat bora ombak. doa.. doa...
Tengok gambar pun air liur dah meleleh-leleh ni. Nyum! nyum! Harap-haraplah yang ni jadik!
mode# rindu giler kat kawan-kawan aku tu. Walaupun ajak dekat 80 orang, tapi yang joinnya separuh je, tu pun kalau diorang tak tukar fikiran sebab budak-budak lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Tapi tak kisahlah. Asalkan dapat berkumpul mana yang dapat. Sure happening nanti. See you beybeh!
No comments:
Post a Comment