Friday, January 20, 2012

Happy Birthday SON!!

Abanglong dah berumur 4 tahun hari ni. Eh, lupa yang ni backdated update. Disebabkan menunggu gambar yg tak sampai-sampai, terpaksalah aku update entry ni hari ni.


Nilah wajah terbaru abanglong. Dah besar kan? Birthday party kali ni, abanglong yang pilih sendiri temanya. Angry Birds! Bak kata member aku, burung marah ni memang tengah hot giler sekarang ni. So, impian si kecil ni aku cuba realisasikan sebaik mungkin! Ni actually first time abanglong celebrate birthday dia kat rumah yang kitorang duduk sekarang ni. Since last year tak celebrate beriya birthday dia, kali aku dan hubby macam bayar hutang baliklah! berhabis jugak. Takpelah..untuk anak jantan sorang aku ni, aku rela burst the pocket.



Sangat, sangat, sangat terserlah kehappyan abanglong dalam gambar ni. Mahu tak nya, most of his friends pon support party ni dengan melaram baju angry bird! Apalagi dengan kek angry birds yang ibu tempah khas sampai dia tak bagi orang lain potong langsung selagi dia x potong! even Mya pun tak dapat nak blow candles


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Adam Daneal
Happy Birthday to you...


Party memang happening sangat. Kids paling happylah. Excited betul diorang dengan angry bird tu yang selama ni aku ingatkan cartoon siries, sampailah time nak set the party baru aku tahu rupanya angry bird tu game!



Menu yang dipilih memang bertujuan untuk tetamu-tetamu yang datang berasa kenyang sambil tolong diorang tambahkan beberapa kilo lemak kat badan. alaaa beberapa jewww....

 orang kuat yang bakal pengsan lepas party
VVIP ni memang sangat wajib untuk hadir!


Daneal risau betul kek angry birds dia rosak. tengoklah muka over concern dia tu


Semua angkat tangan bila aku jerit ala-ala orang berniaga pasar malam 'sape nak kek!!!'


Den dah dapat den punyo!! ekau pandai-pandai la yo!



Kalau berniaga dapat sambutan macam ni, fuhh..kayo den!!


The Top Chef. Terima kasih mak sebab tolong adik masakkan menu hari tu. Ramai puji!! Karipap makcik pon sodapppp!!






Kawan Abanglong yg hadir supportive gilerlah!!





 Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun aku macam nak patah pingagng lepas party tu but its really worth! foods pun habis, xde membazir. My family pun tolong kemas mana yang dapat lepas party tu. Fun gilerzzz! Party burung marah memang akan dikenang! Terima kasih bebanyak la pada semua yang hadir dari kecil sampailah besar.


No comments: