Dulu aku pernah terkena dengan produk muka berjenama estee lauder, kenal tak? pernah dengar kan? Niat hati nak try skin care product dia dengan harapan kulit muka aku bersinar-sinar dari jauh. Senang orang nak cari. Niat baik kan. Beli siap 1 set lengkap terus. Memang tak agak-agak. Aku kan supportive. Orang offer trial set pun tak mahu. Kononnya malas nak datang balik kaunter kedai tu. wahh! sangat baik sangka dan yakin! Balik rumah, siap susun satu persatu produk tu. ikut turutan cara pemakaian lagi. Tak sabar nau nak dapatkan kulit gebu macam erra fazira. Tapi bila dah seminggu pakai produk tu, kulit aku yang memang kulit muda remaja, dah start muncul macam-macam benda. Kulit start kering, tang zone T berminyak, jerawat and the worst part is hidung aku mula ada blackheads!!!!! ok, tu x berapa worst lagi kan? sebab yang paling teruk balckheads tu maintain je ada sampai sekarang. Siap beranak pinak! S(&*#T
That was those days. Masa aku form 3. Tapi masa raya hari tu, time balik kampung hubby, aku terlupa bawa cleanser, so, aku main tibai je sabun muka Tia Amelia adik ipar aku, Fatihah. Dalam masa 4 hari tu, aku terperasan yang blackheads aku tu dah semakin kurang. Fikir punya fikir, baru aku teringat aku guna sabun tu. Balik KL, terus takde buang masa aku minta kakak aku yang memang tokey jamu tu, belikan sabun tu. Yes! its really works bebeh! hilang semua biji-biji hitam kat hidung aku yang tak berapa mancung tu. Murah dan pembelian yang sangat berbaloi gila babun. Pastu aku suruh hubby pon try as problem kitorang sama. 3 hari lepas tu dia cakap blackheads dia pun makin kurang. ha..see!
Okey, habis cerita tu tapi aku masih lagi tak learn from lesson. Hari tu masa abang aku fly ke US, aku ada kirim satu produk dari brand yang sangatlah terkenal. Malas nak sebut brand tu, cuba tengak gambar kat bawah ni ha...
Kononnya kalau pakai ni as a make up base, nanti mekap kita tu nampak flawless giteww..berkobar-kobar aku tunggu abang aku balik dari sana. Sampai je, aku simpan dulu. Boleh pulak sayang nak pakai. Tapi semalam, masa aku nak keluar beli stok kedai, gatal pulak tangan ni nak pakai.. Rasanya kengkonon dah bersinar sangat la tu. Tak payah nak tunggu lama sangat sebab lepas 2 jam, aku tengok kulit aku dah macam ada bintat kecik-kecik. Aku ingat biasalah kot, mungkin kena habuk. Malamnya tu, kulit aku asyik gatal je. Kejap-kejap aku dok meraba kulit muka, rasa macam tak rata, macam menggerutu je. Aku terus pergi belek kat cermin muka. Ya Allah, apasal ni? teruknya. Patutlah tadi hubby tanya kenapa dengan muka aku. Aku ingat dia tanya sebab dok tengok aku tergaru-garu.
Kulit aku memanglah tak licin macam Siti Nurhaliza tu, tapi takdelah sampai teruk macam ni! Sumpah lepas ni aku taknaklah main semberono je. Tak semstinya barang mahal elok untuk kita. Tengok macam aku, punyalah try macam-macam wellknown brand, pantang orang cakap tu brand ni elok terus nak pakai, orang kata brand ni bagus terus nak beli. Last-last sabun yang harga RM12 tu jugak yang sesuai dengan kulit aku.
Okey tak nak membebl lagik. Aku nak makan limau ni, ada vitamin C kan? baik untuk kulit kan? Nasib baik raya cina sekarang ni, boleh tambah vitamin.
#gambar tu aku ambil tadi, kira dah kurang sikitlah. Semalam lagi teruk!
No comments:
Post a Comment