Tuesday, December 6, 2011

ala..macam sistem barter tu...

Nak citer, hari tu lepas balik dr kampung kat melaka sebab pak sedara kawin, sampai je kat rumah, dengan penat dok heret beg besar ngan berat pulak, sampai je kat depan pintu, hubby tanya, "kasut sape ni?" berderau darah! since kes my sis punya rumah masuk perompak last week, aku memang suspen je dok umah. Orang ketuk pintu pon suspen, tinggal umah lama2 lagi suspen! aku tanya hubby balik "sape ada dlm umah?" then hubby cakap ni mest kes org curi selipar ni..pastu tinggalkan kasut buruk dia kat sini. ala...macam sistem barter tu. cet! nak wat lawak lak. aku tengah takut ni.



ni lah rupa kasutnya! dah la buruk, besar cam kapal jek!

Pastu, kaji punya kaji, selidik dan siasat macam Mac Taylor dalam CSI tu, aku pun ckp kat hubby 
"abang punya kasut keje mana?"
Hubby pandang keliling, bukak rak kasut, cari kat balcony
confirm!!
Kasut keje dia xde 
maknanya
kasut dia la yang kene buat sistem barter tu
kakakakakaka
padan muka 
main-main lagi

Nasib baik kasut keje lagi satu ada. Tapi yg ni biasanya dia bawak pegi meeting sebab sesuai pakai dgn slack je. So, memang nampak buruk la bila dia pakai dgn seluar khakis. Bayangkan kasut yg muncung panjang dan bertumit tu dia pakai dgn khakis!
kakakakaka
aku gelak lagi...

Thursday, December 1, 2011

My 1st time as a sponsorship

Sebulan sebelum 19/11/2011, kawan aku masa kat uitm, called nak minta tajaan dari Butik Pengantin Belangkas untuk metanarias model2 yg akan buat catwalk kat Majlis Tautan Kasih 1 Malaysia di Crystal Crown Hotel. Aku pun tanpa byk cekadak, terus setuju. Lagipun, member aku sorang ni, dah banyak sangat tolong aku dalam hal2 mempromote butik aku tu. Ye la, butik aku yg xseberapa tu manalah mampu nak buat iklan2 mahal untuk promote ni..Dan, selang beberapa hari lepas tu, dia mintak aku menaja 2-3 hadiah untuk dibuat lucky draw. Ini untuk dia promote diri aku sendri kat atas pentas! Tapi bab yg ni aku byk cekadak sket..giler! mana pernah aku buat keje mcm ni. Malu seh! Nak bayangkan aku kat pentas tu pun aku malu. Tapi, bila dia pujuk untuk kebaikan butik aku tu, aku pun setuju dalam terpaksa..ecececeh, padahal suka tu!

So, pikir punya pikir, akhirnya aku decided to bagi 3 set mekap dari jenama Miss Rose. Kenapa aku pilih jenama ni? sebab dia sangat2 berkualiti dan harganya sangat2 berpatutan. senang sangat nak guna walaupun pada yg xberapa pandai mekap..so aku rasa, sapa2 pon yg dapat lucky draw nanti, akan puas hati. Aku je yang xpuas hati sebab lupa nak amik gambar set mekap tu..ishh!!!

Pada yg berminat dgn mekap tu, klik kat SINI atau pun untuk lebih pilihan, klik kat SINI pulak.

Dan pada hari tu, aku kena mekapkan 4 orang model. Sepatutnya ada 8 orang, tp disebabkan aku akan terkangkang dan terkengkang kalau kena mekap semua 8 orang tu, diorang pun cut jd 4 orang je. Lagipun, ada 8 outfits je. So sorang model pakai 2 outfits. Tapi salin kat dalam bilik hotel. xde spesel space. alaaa..xkisahlah, bukan kena naik tangga pon. Pakai lif kan..

Mula2 tu, aku ajak bff aku si Masz untuk tolong aku tambah2 mekap yg mana dia bole. Tup tup, kakak aku si Diana kata dia nak join tolong sekali. Hmm..bagus jugak, so, sorang mekap 2 model. Lagipon minah ni mmg jarang sangat nak tahu pasal hal2 butik kitorang ni. Padahal dia ni salah sorang partner. Biar dia buat kerja sikit.

Ni model2 yg dimekapkan. Memang cun2 r budak2 ni. teringat zaman kegemilangan aku dolu2









Dan dah tentulah diorang ni bukan jalan buat catwalk tu untuk memperagkan mekap aku..Tajaan dari butik Abaya Hurul Ain melengkapkan lagi kecantikan diorang hari tu. Cantik2 abaya dari butik ni. Nama owner dia Kak Shaz, eh mcm nama owner butik belangkas jugaklah!. Kakak tu pun, baik sangat..cantik pulak tu.


Dan akhir sekali......

dah

tentulah

gambar

aku

yang

amat 

poyo

sebab

konon2

malu 

nak

naik

pentas

tapi....


tetap sibuk mencari baju, siap nak ikut tema..kaftan la, jubah la bagai..Nasib baik bff aku yg gojes tu bagi pinjam jubah dia..cantik x?

well..mestilah cantik woo..riyadh mari..

3 dalam 1

Ya sangat lama aku x update blog..selain drpd mcm xde mood nak menulis, xde ilham nak mereka-reka ayat, busy pon iye jugak. Bila dah busy tu, mestilah penat kan? walaupun hubby aku selalu cakap "apalah yg awak busy sangat tu" jawapannya, aku pon xtau. Sekarang ni, 1 hari, selesaikan 1 hal pun, aku dah melepek bila sampai rumah. Macam kan orang pegi keje pagi  balik malam gayanya. Padahal pegi masukkan duit kat bank je. Poyo!

Tapi aku rasa sbb aku xde mood je lately ni, mungkin agaknya pasal berat aku dah naik kot. Memanglah aku x timbang, tp bila aku pakai seluar aku yg dulu ada rasa longgar2 sket tu ketat, aku tension la pulak! nak pegi gym, seluar gym aku ntah mana hilang pon aku xtau. Hari tu dah pegi danau kota dah nak beli seluar baru tp apa punya nasib x baik agaknya, danau kota mlm tu ramai yg x meniaga sbb DBKL x bagi. Seh! banyak gila lori diorang malam tu. Agaknya sebab dapat byk komplen kot dr orang yg dok kat situ. Ye lah kan, mau x tension, tiap2 malam, nak kena bersesak2 bila nak balik rumah. Langsung xde privacy tempat tu. Kalau aku pun, kompem aku bengang. Sedangkan pasar malam seminggu sekali pun, kita dah malas nak mengadap, nikan pulak tiap2 malam!

Lupakanlah pasal berat aku tuh, lagi di bawak bercerita lagi hangin aku nanti. Disebabkan dah lama x update, maka aku akan memekak lebih sket kat sini. Apa yg aku cakap aku busy tu? xdelah apa pun, tapi alhamdulillah , aku ada job mekap sket. Mekap tunang, nikah, pengiring pengantin..layanlah pic ni kejap..malas nak citer lelebih..


Ni Cik Nurdiana kita. Still cik ae..sebab ni mekap tunang

Gambar kat bawah ni pulak, aku mekap untuk bridesmaids..ala, pengiring pengantin tu. Ingat pengantin je ke nak cantik, pengiring pun nak jugak..




Ada 1 lagi gambar client aku mekap untuk nikah, tp x bole nak upload skrg sbb gambar tu dalam kamera dan kamera tu pulak ada kat hubby aku yg tembam tu..Nanti kalau dah ada, aku update balik..

Monday, November 21, 2011

Wa caya sama lu Harimau Muda Malaya!!

Wallaweiii!! Malaysia menang lagi. 2 kali berturut-turut dapat pingat emas Sukan Sea. Cayalah!! So proud to be Malaysian. To all the players, u guys did a very good job!!



Apek - ko memang best gilerzzz.. memang terer la malam ni. X kisah la sape yg jd motivasi tok mlm ni sebab ko mmg did owesome job. Walaupun aku mmg bengang je tgk ko sebelum ni (sbb makcik markonah x suka lelaki yg mempermainkan hati wanita..owhhh!) tapi x kisah la sbb ko memang dah buat aku sakit tekak menjerit time ko save bola td.

Bakhtiar- Cayalah kapten! wa salute sama lu. walaupun bole tu hampir2 x masuk td, tp seb baik masuk jugak!

Fakri - Ko mmg bengong tahap ular sawa baru telan kerbau raya haji la. x de function langsung time main. pastu x pass penalty lak tuh. lain kali ko pegi wakilkan rumah sukan je la

Ong Kim Swee- gak slow sket malam ni. agaknya sebab takut kena dok kat  belakang tu lagi kot. tapi tarak hal. asalkan menang! Agaknya nama dia pun memainkan peranan kot..sebab Malaysia ada ong je kat setiap game..

Saturday, November 19, 2011

20-11-2011


~ Selamat hari ulang tahun buat mak yang disayangi ~


 Ya Allah, sesungguhnya aku amat bertuah kerana dipilih oleh-Mu untuk dikurniakan insan seperti dia. Sesungguhnya aku amat bertuah dapat menikmati segala kasih sayang yg melimpah ruah dan tiada tolok bandingnya dari dia. Ya Allah Ya tuhanku, Kau berikanlah kekuatan yang paling kuat dalam dirinya untuk menempuh segala dugaan yang datang. Sesungguhnya Kau lebih tahu apa yg terbaik buat dia. Kurniakanlah dia segala nikmat dunia akhirat. Sekiranya aku perlu bersedih untuk dia memperolehi semua itu, demi-Mu Ya Allah, aku rela...



Friday, November 18, 2011

kenapa ek aku ber go BLOg

Dulu sangat asing aku dgn blog ni. sangat bengong pasal blog ni. sangat toing nak bukak blog orang ni. Apa kebende blog tu pon aku xtau...Time member2 opis masa keje dulu, time diorang dok bercerita pasal blog ni, aku senyap je. sengih x, masam x, xde apa2 respon pon sebab haram xtau blog tu apa.batu blok tu aku tau ler. Sebelum facebook menerjah dan menyemakkan hidup orang, sampai ada org cerai berai pasal dia, blog aku rasa cara terbaik buat online bisnez. Tapi disebabkan bengang tahap gunung everest, aku mmg x tau kita bole shopping pakai online bagai ni.

Hanyalah lepas aku terbaca pasal blog Hanis Zalikha kat sok kabar, yg buat aku tertanya2 apa pasal dia ni sampai masuk paper hanya sebab ada blog?? So, aku pon try la google nama dia. Buka blog dia, memang bestla blog cik kak oppppss, cik adik ni. Sangat kagum aku kat dia. Dia bole tarik orang tok baca tentang life dia just thru her writing!! walaupun dia bukan artis. Yela..orang kita ni, kalau bukan artis popular nyer citer, mana nak amik tau kan..

So, dari situ aku belajar buat blog sendiri. malu nak tanya orang. seb baik buat blog ni dia ajar step by step. senang la sket keje tu kan. Niat aku memang xde lain, hanya nak promotekan butik pengantin aku tu je. Butik Pengantin Belangkas. Alhamdulillah, respon mmg baguihhh..banyak gak customer yg sangkut dr situ. Memang seronoklah. Sampai sekarang pon, aku masih bergantung pada mende2 macam ni tok promote butik aku. Nak harapkan orang datang semata2 memang payah ler.

Tapi x pernah lak aku terpikir tok ada personal blog. Byk gak member2 aku yg hasut tok berblog ni. Tapi mcm x minat plak. Malas nak menulis. Lagipon kompem punya aku x konsisten. orang kata hangat2 taik ayam. Kejapnya beriyanya nanti.

Tapi tu citer 2 tahun dulu...

Sekarang ni, lepas mula bergoblog, aku rasa seronok la pulak, Macam2 boleh dikongsi. Tapi aku xdelah berangan nak jadi mcm Hanis Zalikha tu.. sangatlah x padan kan.. Pada aku, aku anggap blog ni tempat aku nak mencurahkan rasa hati, tempat aku nak letakkan gambar2 yg penting sambil2 tu bole citer pasal gambar tu, so at least xdelah aku dok memikir nak ingatkan kenapa muka aku dlm gambar tu mcm tu kan, sebab aku dah siap tulis citer lagi time aku nak post entry tu.

Contohnya macam gambar ni


so, dgn berblog aku leh citer, kenapa la plak kitorang wat muka beruk ni!

Di samping tu jugak, aku memang nak wat blog aku ni sebagai diari online aku. Apa aku buat, apa aku shopping, kat sapa yg aku bengang, sapa family aku, sape kengkawan aku...Kalau macam dulu2 tu tulis kat diari, tiap2 hujung tahun menggagau la aku nak mencari diari baru. Pastu, kalau tulis, tulisan x cantik pulak tu. Aku sorang je yg boleh paham apa aku tulis. Bila tulisan x cantik, dah malas nak sambung menulis. Kalau kat blog ni, pilih je apa jenis tulisan. tinggal nak klik je! Hari ni tulisan lain, besok lain, lusa lain, minggu depan lain pon bole. Kalau kat buku diary aku tu, tulisan buruk tu jugak aku nak ngadap.

Pastu, kat diari, mana bole ko nak letak gambar2 ni. Kalau nak jugak letak gambar, kenala tampal kat kertas pastu kenalah menulis pulak tentang gambar2 tu dengan tangan yg penuh dengan gam sebab malas nak bangun pegi basuh.
Nak cari resipi pon senang.. cari je blog2 yg berlambak2 tu, pastu follow la blog tu pastu minta izin kogsi resipi..xyah nak gaduh2. Takyah nak kena buat muka seposen kat orang sebab nak minta resipi masakan dia Siap ada gambar bila resipi siap. So, senang nak jadikan panduan bila resipi yg kita try tu siap kan? 

Kesimpulannya, memanglah menyenangkan bila berblog ni. Boleh tambah kawan (walaupun kawan aku baru 2..sobsob) Tapi aku masih lagi menggunakan diari untuk manage booking dr para pelanggan, pengantin, org nak book mekap, nak list down apa2 ke... sebab kadang2 manual lebih menyenangkan!

Sunday, November 13, 2011

Jangan Ada Curiga

Sukar sungguh untuk dimengertikan maksud sesuatu
Tiada niat di hati untuk berperasaan begitu
Tiada apa untuk dibahaskan
Sebenarnya.....
Percaya pada itu
Cahaya yang sentiasa terang di hujung
Sudah cukup untuk percaya
Bahasan hanya untuk dimengertikan
Tiada curiga di situ
Sebenarnya.....

Jangan ada curiga...

Thursday, November 10, 2011

Mekap Pengantin @ Melaka

Ni Mekap untuk Puan Munirah, ceh..dah puanlah dia..Muni ambik pakej mekap terus - nikah + bersanding + bertandang. Mekap ni by Shaz. Kakakku yang merangkap biznez partner...layankan pics!

Nikah




Bersanding @ Melaka






Bertandang @ Putrajaya









Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa..



nak call tok mekap? hah, amik nombor ni - 0122919265 (Zaryn) / 0192506703 (Shaz)

Salam belated Eidul Adha



Tak sempat hari tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sibuk berpacking sebab excited sangat nak balik beraya ke Terengganu. Maklumlah...nilah tahun pertama aku nak beraya kat sana + raya jauh dari mak ngan abah. huhuhu...dalam suka2 pun terselit gaklah syedihhh.. Tapi tu kejap je. Sampai kat sana, ok pulak. Mak gelak je bila aku call pagi raya tu nak wish raya sebab x pernah dapat call mcm tu dari aku. Yelah tiap2 tahun kitorang raya KL kan..Sebab? aku dah citer dah kat entry sebelum ni. cek sendiri la ye..

Erkk..ni xde kene mengena tapi aku nak cakap gak.. sempena hari raya ni aku dah korbankan duit tok beli kamera. ala..kamera conit2 je.. test2 dulu canon kecik ni sebab berangan bapak nak beli canon bagok..(padahal tarak duit nak beli sebenarnya)

Friday, November 4, 2011

aku yang kopak

Abeyus pergi US!!! walllah!!!
Aku ni, bila mamat tu kena ke sana je, mulalah kitorag seisi keluarga dok kira2 budget, sebab nak mengirim barang dari sana. Branded punya barang jauh lagi murah kat sana.

Ku seluk2 poket seluarku
Ku godek2 beg tanganku
Ku selak2 buku akaunku

Memang x cukup!!


Duit yang ada setakat nak beli handbag Sembonia bolehla..tu pun nak kena tunggu sale. tu pun kalau ada discount. tu pun kalau boleh nak discount 70%...

So???

Apa gunanya mamat ni??

ciss!! belum cakap apa2 dah wat muka camni!



Apa guna kata2 sayang
Apa guna kata2 cinta
Apa guna kata2 u jump i jump
Apa guna kata2 i can't live without u
Apa guna rindu2

Kalau ina nak tu pun x bole....

So, inilah masanya abang buktikan kata-kata abang...




Love u!

xoxo




Thursday, November 3, 2011

Coretan Khas Buat Engkau

Susah kalau ada orang tikam belakang ni
Susah kalau ada orang suka potong jalan ni
Susah kalau ada orang muka bertalam-talam ni
Susah kalau ada orang yang pentingkan diri ni
Susah kalau ada orang yg suka tutup periuk nasi orang lain ni
Susah kalau ada orang cakap tak serupa bikin ni
Susah kalau ada orang berlagak tak kena tempat ni
Susah kalau ada orang suka cakap putar-belit ni
Susah kalau ada orang bangang tapi perasan pandai ni
Susah kalau ada orang perasan cantik sangat ni
Susah kalau ada orang yg x boleh tengok orang lain lebih ni
Susah kalau ada orang nak berlagak orang kaya ni

Lagi susah kalau ada orang macam ni di keliling aku!

Cerita Cinta # 2

Huaaarrrgggh!!! huh, ngantuknya. Nilah natijah dok terperap kat rumah sampai 6 bulan pastu tiba-tiba kena bangun pagi pergi kerja. ngomelku sendirian. Nasib baik besok aku cuti.

"Hai Ina, dah sarapan ke? kalau belum, jom saya belanja" Terdengar suara garau dari luar kaunter. Aku mendongakkan kepala. Ah! mamat ni lagi. Menyampah aku. Tengok muka dia yang ala-ala rashid sidek ni pun dah hilang selera aku dibuatnya. Melihatkan Firdaus yang tersengih menampakkan giginya yang jarang membuatkan dia mengeluh bosan. Dia ni hari-hari ajak makan. Tiada kerja lainkah?

"Takpelah. Ina dah makan kat rumah tadi" Bohongku cuba untuk mengelak walaupun perut sudah lama menyanyikan lagu-lagu sedih minta diisi.
"Ala awak ni, asyik dah makan je bila saya ajak. Tapi lepas tu elok je saya tengok awak pergi makan dengan kak Linda"
"Ala..tu kak Linda. Lagipun kita orang bukan makan kat kedai. Makan kat sini je. Kalau customer datang senang" Aku mula membuat acuh tak acuh. Bosan tiap hari melayan benda yang sama. "Dah la Firdaus, saya nak buat kerja ni. Nanti Sam sampai, marah pula dia nanti kaunter tak bersih"
"Okey.." Firdaus berlalu dengan perasan hampa untuk kali yang entah ke berapa.

Dari jauh kelihatan Kajol berjalan berlenggang-lenggok sambil membimbit beg tangan ala-ala mak datin. Aku tersenyum..Mamat lembut ni memnag beriya nak jadi perempuan. Nasib baik polisi di sini memerlukan pekerjanya memakai uniform, kalau tidak, pasti Kajol meraih perhatian pelanggan dek penangan bajunya yang dah tentu vogue memanjang! Aku masih ingat waktu pertama kali berjumpanya, awal-awal lagi dipesan supaya aku memanggilnya dengan panggilan Kajol, walaupun di tag namanya jelas tertera Ajoy. Semua staff di sini menggelarnya begitu.

"Hai Na....hei, kau dah makan ke pempuan? aku lapar la. Tapi aku on diet ni. Mak nak kecikkan perut mak ni ha..." Kajol menghalakan perutnya yang agak berisi tu ke arahku.
"Ala..rilex la, ada isilah orang geram" Sakatku sambil tegelak
"Ah, banyaklah kau.Habis tu, baju-baju mak yang vogue tu, kalau dah tak muat, mana mak nak campak nyah...!" Terbeliak mata Kajol sambil mencucuk jari telunjuknya ke bahu aku.
"Sudahlah kau, malas nak la....." Perbualan kami tergendala tatkala aku terpandangkan sekujur tubuh berjalan ke arah kami. Mac! mamat yang aku tercampurkan air ke bekas airnya tempoh hari. Aku tersenyum. Mana dia ni? Lama tak nampak. Huh! hilang rindu aku!!!!

Melonjak girang aku di dalam hati. Ah! dia semakin kacak. Ah! dia semakin segak!

"Hai!" Sapa Mac sambil tersenyum. Oh! manisnya senyumanmu!
"Hai. Lama tak nampak awak. Pergi mana?" Aku cuba untuk membuat dia berada lebih lama di sini.
"Saya balik kampung. Kat Sarawak. Itu yang lama tu. Kenapa? rindu nak pekena saya lagi ke? Kata Mac sambil ketawa kecil.
Aku senyum. Malu. "takdelah. awak ni saja je" Cuba bermanja. Arghhh!! kenapa aku begini?
"Okeylah. Saya nak pergi breakfast dulu. Nanti kita sambung borak lagi ye" Mac pun terus berlalu. Kenapalah dia tak pelawa aku makan sekali. Yang tak diundang, sibuk nak mengajak. Yang dialu-alukan, sikit pun tak teringin mempelawa. Ajak-ajak ayam pun tiada.

Aku memandang Mac yang semakin jauh dan semakin menghilang. Segak betul gaya dia berjalan. Hmm..gila bayang betul aku dibuatnya. Malas ingin melayan sang hati lebih-lebih, lalu aku menyambung semula kerja yang tergendala. Nanti si cina gemuk tu datang, membebel je.

Tuesday, November 1, 2011

Teka Teki #1

* Binatang apa kepala besar belakang kecik?
- ikan bilis pakai helmet.

* Kenapa kura kura jalan lepas tu masukkan kepala dalam cengkerang?
- Sebab dia minum 100plus. (Rasa nak goreng orang tak?)

* Dalam satu aquarium, ada 10 ekor ikan. Seekor ikan mati. Isipadu air bertambah ke berkurang?
- Bertambah, sebab lagi 9 ekor tu menangis, so banyak air mata keluar. =.="

* Dalam banyak banyak ikan, ikan apa paling besar?
- Ikan paus goreng tepung. (Sebab lagi tebal daripada ikan paus biasa)

* Kuali apa yang baling besar dalam dunia ni?
- Kuali yang digunakan untuk goreng ikan paus goreng tepung.

* Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
- LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik

*Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
- Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

*Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
- Tahi hidung

*Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
- Masukkan benang dalam jarum

*Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
- Lilin masa sambut EPI BESDAY






# info & credit to Walkway from facebook

Sunday, October 30, 2011

Aku Hanya Mampu Berserah

Apa akan jadi kat aku 30 tahun akan datang????? ( ni citer kalau panjang umur ) selalu sangat pertanyaan tu melintas kat kepala aku. Sampai ke aku ke umur itu? sihat lagi ke aku di umur itu? Bahagiakah aku di waktu itu? dapat ke anak2 jaga aku sebaiknya? dapat ke anak menantu terima aku setulusnya? Masihkah suami bersamaku? Dikala aku berusia 57 tahun. Tiada pencen kerajaan, tiada pekerjaan. Ada hartakah? ada duit simpanankah?

Ada sedara aku sorang ni, sewaktu dia masih bekerja, dia adalah seorang yang amat penting di tempat dia bekerja. General Manager beb! Bayangkanlah gaji dia berapa kan.. Dia antara sadera-mara aku yg dihormati sebab? of koslah, orang besar kan... cthnya- kalau dijemput datang makan kat rumah dia, xde sape berani kata 'tak'. Orang terhormat kan.. Dia mengamalkan hidup mewah. Kalau aku keluar jenjalan dengan anak dia, 10 sen pun aku xyah keluarkan sebab everything is on her! Karaoke? genting? shopping? transport? no worries...swap je card...apa susah kan. Semua tu bapak dia yg akan bayar. heavennnnn. Orang lain kaya, kita tumpang sekaki. Ala..kita kan sedara!

Tapi, lepas bersara, dia xdelah pencen sebab bukan keje gomen pon. Tapi dia dapatlah elaun persaraan sedebuk. Nak dekat rm1 juta!! appreciation from the company. So, keje xde, monthly income dah tentu tarak. Disebabkan dah terbiasa bermewah2, duit tu habis dalm masa kurang dr setahun. Then jual rumah sebab xde saving. dapatlah setengah juta. Time tu rumah setengah juta kira mahal gilor la. Balik kampung dan menetap di sana. Nasib baik masa keje, dia terfikir nak buat rumah kat kampung. Dan sekarang, untuk menyara hidup, dia membantu orang menjual ikan di pasar pagi tepi laut kat kampung aku.

Tak berniat nak mengejek. Sumpah lillahitaala! Cuma, aku terfikir, apa pula nasib aku? orang kaya mcm tu pun boleh jadi macam tu, apatah lagi aku ni. Apa harta yg akan menjamin aku dikala itu? Jawapannya = 0. Aku tiada apa. Cuma suami dan anak2lah tempat aku bergantung harap dan itu saja harta aku. Itu saja yang aku ada. Okey, aku adalah bisnes yg cinonet tu (alhamdulillah) sampai bila dapat bertahan? sampai aku tua kah? sampai matikah? atau lagi 4-5 tahun?

Aku risau..sangat takut untuk fikirkannya. Bila fikir, memang sampai x bole tido.


Ya Allah Ya Tuhanku, aku berserah kepadaMu. Sesungguhnya Kau lebih tahu apa yg terbaik buat hambaMu. Aku redha..

Wednesday, October 26, 2011

Nak cantik? Nak murah? Nak berkualiti?

Orite ni nak post entry biznes sket. Since raamai yg tanya mekap yg selalu aku pakai, aku nak share sikit la. Mana yang kenal aku sebagai mak andam, diorang selalu tanya mekap apa aku pakai. Pengantin pun selalu tanya mekap apa yg selalu aku pakai sebelum diorang book aku. And of course la aku pakai brand2 mekap yg selalunya mak andam pakai such as Kryolan, Mac, Dior, Estee Lauder, etc...Standard la tu..brand2 tu memang brand wajib untuk mereka2 yg berkecimpung dlm dunia tatarias ni.

Namun..disamping tu, aku ada guna 1 jenis eyeshadow brand dari Dubai. Cantik, Murah dan sangatt berkualiti!! Memang tahan lama. Sangat2 sesuai for day and night out. Those yg suka mekap ala2 smokey eyes, nak nampak mata galak ke, nilah rahsianya. Sangat mudah blend dan melekat dekat kelopak mata dgn mudah. Ada sesetengah eyeshadow, dekat palette nampak cantik sangat warnanya, tapi bila apply warnanya xsama dgn kat palette. Mungkin range colornya cair sedikit atau powdery. Ni perkara biasa bila kita nak apply mekap kat muka. Percayalah, even yg well known brand pun ada yg mempunyai masalah yg sama. I've tried them!

Tapi brand yang 1 ni, memang best. Colornya memang sibijik sebijon macam kat dalam palette. X payah nak tonyoh kat mata banyak2 kali. Time untuk mekap pun singkat sebab senang giler nak blendkan color dia. Pengantin pun xdelah tersenggok2 tunggu aku habis mekap sambil cakap dalam hati "apakebendelah yg minah ni buat xhabis2 nih??" aku tau, dah masak dah dgn mende2 tu. Masa aku kawin pun aku dok pikir mende tu jugak. Bayangkan, time nikah 3 jam mekap. Sanding, amik ko! 4 jam! serius sakit tengkuk beb. Mak/Pak andam pun sampai sakit pingang membongkok dok tonyoh muka pengantin. Sebab tu kalau preggy aku xnak amik job2 mekap ni. Memang xlarat.

So sekarang memang mudah sangatlah keje aku. Pinggang pon xdelah sakit sebab waktu mekap x memakan masa yg lama mcm dulu2. Savelah time dlm 1/2 jam. Ni semua sebab eyeshadow MISS ROSE!! Thanks to abang aku yg belikan kat Dubai time dia fly ke sana.

Oleh kerana kualitinya yang bagus dan harganya yang murah, aku nak share dengan sape-sape yg berminat dan ingin mencubanya. Dengan harga serendah RM80, Korang boleh dapatkan palette yang ada 120 colors! Berbaloi-baloi beb!

cakap je nak mekap theme apa, vouge? comel? gothic? casual?  cakap je. suma boleh

Miss Ross memang banyak jenis palette tp yg ni ala cluth

For professional make up.Tapi beginners pun boleh pakai

Those interested, kindly text / call me @ 0122919265 (Zaryn) or 0173999147 (Masz)

Copy that?

Kalau copy

Roger la...

AKU DAH MENYAMPAH JADIK TONG SAMPAH

Beriya2 aku masak petang td bila dok memikirkan hubby ada beli ikan gelama semalam. Untuk anak2 kalau boleh memang aku elakkan bg makan ikan ni sebab takut terlepas pandang tulang temulang tu. Lagi 1 ikan yg sangat tipis harapannya untuk derang jamah ialah ikan parang. Oh tidak! tidak! tidak!. Memang ikan tu sedap la tersangat, tp tulang dia yg berlambak2 tu yg x sedap. Belum pernah lg ikan tu dapat jejak rumah aku ni. Belum tercipta lagi sejarah tu.

Lupakan pasal ikan, aku nak citer mende yg 1 nih. Bila hubby balik, aku tanya dia nak makan x? Dia jawab "karanglah. Kenyang lagi" Ok..aku pun buatkan air teh je lah untuk dia. Tadinya aku ada menjengah bolg2 masak2 ni. Terpandang pulak resipi buat puding karamel. So nak try la. Sebelum hubby balik aku ada pesan mende2 berkaitan termasuklah loyang nak bakar tu nanti! So sementara tu, aku pun mencubalah resipi puding karamel nih. Hubby adalah keluar masuk dapur. Aku ingat dia amik nasi nak makan.

Sudahnya, sampai tido dia x jamah pun nasi tu. Setitik sup pon dia x jamah. Cet! Jadi tong sampah lagi la aku.  Macam dah jadik tugas pulak aku kena peghabihkan suma lauk tu. Aku memang pantang bila tengok lauk x habis nih. Mulalah rasa sayang je nak buang besoknya. Baik aku telan kan. So aktiviti menggata lauk pun bermula.

Well, karamel aku pon menerima nasib yang sama. Tadi beriya dia kata "x sabar nak tunggu karamel awak" pastu cakap dgn anak2 "ok, mlm ni kita makan karamel ibu" Wah!! aku pon bersemangat waja la nak menyiapkan mende tu. Last2 gula hangus tu pahit sikit. Tapi still boleh di makan. Tapi, mamat ni cuba sesudu je, pastu xnak! Terpaksalah lagi aku jadi tong sampah makan lebih sikit karamel tu.

Dah selalu sangat jadik macam tu. Kalau dia makan pun lauk yg aku masak, bukannya dia habiskan pun pon. Malam2 time xbole tido, aku selalu saje je nak cek periuk, confirm berlambak lagi lauk. Kalau cakap dgn hubby, dia cakap "kenapa awak masak semua ikan/udang/ayam tu?" Ha! yelah tu, abis xkan nak masak ikan sekor je/udang 4 ekor je/ayam 3 ketul je Kang bila masak sikit, masa tulah xcukup. Aku yang ralat. Untuk elak ralat jugaklah, aku telan lauk2 lebih tu. Kalau x fikirkan body, confirm aku telan dengan nasik sekali. Wah! macam lunch pulak makcik markonah ooiii!!

Tu belum lagi campur dengan nasi yang aku suapkan kat Mya & Daneal. Sambil suapkan anak, suapkan mak dia sekai. Kadang2 jumlah suapan lg banyak kat aku. Mana tidak, derang makan 4-5 suap je, pastu dah xnak makan lagi. So, korang ingat macam mana makanan tu bole habis? dah tentulah si tong sampah ni jugak yg punya keje.

So, kalau asik jadik tong sampah je, bilanya ina nak kurusssss cik abang????????

Mencik!

Monday, October 24, 2011

Peranakan Jatuh

Ni citer untuk pempuan-pempuan je ye. Yang lelaki boleh gak baca / amik tahu, dengan syarat - dah kawen..

Peranakan jatuh atau dalam bahasa doktor2, rolaps uterus (UV prolapse) atau rahim turun, boleh berlaku jika ada kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun. 


Kenapa tetiba aku post entry ni? Kerana aku baru lepas berurut naikkan peranakan. Dalam sebulan lepas aku terasa sakit di bahagian bawah perut. Mak cakap peranakan turun agaknya. Tapi aku wat tak reti je sebab ia datang sekejap2. Tapi memang sakit setiap kali ia menyerang. Last 2 weeks, abelang, buat court badminton pulak kat depan rumah mak. Apalagi, aku pon join sekali. Memula sebelah kaki. Makin lama makin naik syer pulak, dekat sejam jugaklah aku terlompat-lompat, terkangkang2  mengejar bola badminton tuh. Makin over kau..sampai tetiba.....aku rasa sakit. Sakit yang macam nak beranak tu tau..perghh..sampai x bole nak berjalan. Masa ni lah aku baru nak amik serius kata-kata mak. Prolaps uterus aku jatuh la tew.. cett! ayat poyo tahap kerbau!


So, bergegaslah aku mencari tukang urut aku time aku beranakkan si Mya. Kakak ni urut memang best. Kuat dan selama 5 hari pakej yang aku amik dari dia tu, memang terasa lain sangat badan aku ni. Xde rasa sakit2 langsung. Memang berbaloilah bayar dia lebih sikit. Disebabkan dia datang suka pakai baju kelawar corak kulit harimau bintang, plus dengan badan dia yang besar bagak tu, aku  dengan x sengaja dok gelarkan dia akak rimau. Melekat plak tu. Tapi among family members je la. Depan dia aku dengan sopan dan santun memanggilnya dengan nama Kak Yati...Tapi, sadis..nombor phone dia yg aku simpan tu dah tiada dlm perkhidmatan! Adoiyai!! Mana pulak aku nak cari tukang urut ni? Badan aku dah sakit sampai tangkap bahagian belakang! Sumpah! lepas ni aku xnak wat dek je dgn sakit nih.


Sampailah malam tadi..barulah aku dapat tukang urut! Tukang urut si Diana. Boleh tahan jugakla. Aku ni kalau nak berurut, aku suka yang urut kuat2. Alhamdulilah..kuranglah sikit sakit tu skrg ni. Badan pun dah x berapa sakit lagi. Kalau tidak, nak mengemas rumah pun, malas je.


So, pada korang yang tiba2 terasa sakit kat bahagian ni, cepat2 ambil tindakan. Jangan jadi pemalas macam aku, sudahnya badan sendiri yang seksa. lebih2 lagi to those yg dah pernah melahirkan anak. Ni ada sedikit info tentang sakit ni. Kalau nak lebih2, Klik SINI sebab aku malu la pulak nak terangkan kat blog ni. Maklumlah 18sx sikit. 

Wanita yang berisiko mengalami masalah peranakan jatuh atau prolaps uterus (UV prolapse):

Wanita yang sudah menopause

Wanita yang sudah melahirkan anak, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi     secara instrumental (forceps/ vacuum).

Wanita anak ramai.

Wanita ada masalah perubatan seperti sindrom Marfan atau Ehlers Danlos kerana mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai otot kurang anjal menyebabkan kurangnya sokongan pada kedudukan rahim.

Wanita berat badan berlebihan.

Wanita berdepan masalah batuk atau sembelit kronik atau ada ketumbuhan besar dalam abdomen.

Wanita sering melakukan kerja berat (mengangkat benda berat).




# Thanks to Berita Harian Online for the info



Sunday, October 23, 2011

Cerita Cinta # 1

Panjang tengkuknya mencari seseorang. Kata Miss Tan cari staff cina yg gemuk2 nama Sam kat kaunter tu nanti. "Nanti dia akan tolong ajar sama u. kasi training la.." Teringat suara Miss Tan di telefon semalam. Tak sangka dalam ramai-ramai, dia terima aku. Hmm..macam manalah rupa Miss Tan tu. Suara macam cina bukit je.

Keadaan pasaraya pada waktu itu agak lengang. Mungkin kerana bukan hujung minggu. Kaunter minuman yang berbentuk bulatan dan bersambung dengan kaunter pertanyaan agak menarik pandangan kerana hiasannya yang berwarna-warni. Mungkin itu strategi untuk menarik pelanggan. Bisik hatiku. namun kedudukan freezer di tengah-tengah dan sinki di pintu masuk kaunter agak menghadkan ruang.

"You Sam ke?" Tanyaku sebaik ternampak kelibat mamat cina gemuk bertopi merah. Dah agak dah..mesti x handsome.
"Ya. You Sabrina ke?"
"Haah. Semalam Miss Tan call cakap jumpa sama you"
"Ya lor..You kena training 3 hari, lepas tu baru boleh start kerja. Itu 3 hari bos bagi you gaji rm10 sehari. Lepas habis training, baru bagi you gaji macam biasa. 3 months confirmed, gaji naik lagi RM50" Lancar saje penerangan Sam. Macam menghafal pun ada. "Erk..okey"

Hari pertama bekerja agak memenatkan! Semua sangat asing bagi aku. Bekerja di Kaunter menjual pelbagai jenis minuman dan ice blended sangat mencabar. Perlu menghafal semua kod bagi nama-nama minuman yang padaku amat pelik. Lebih memberi tekanan, perlu menghafal kesemua sukatan dan campuran yg diperlukan untuk semua jenis minuman.Semua minuman memerlukan sukatan dan campuran yang berlainan. Itu belum lagi ice blended!  Arghhh!! 


Aku nekad. aku tidak mahu lagi bekerja di situ. Aku sudah tidak tahan. Walaupun rakan-rakan sekerja memang menyeronokkan, tapi aku tidak betah di situ. Aku tidak rasa tempat ini sesuai untuk aku. Aku akan beritahu Sam apabila tamat waktu training nanti. Sambil berfikir-fikir apa alasan yang patut aku gunakan nanti, aku membuang baki ice blended di dalam blender ke sinki.

"oooppp!! cik kak, janganlah buang dalam bekas air saya" Lembut suara lelaki yang berpakaian uniform pasaraya ini padaku. Tentulah dia staff di sini dan aku pandang ke sinki, rupanya dia sedang menadah air dalam bekas spray untuk buah-buahan yang telah disusun di chiller. Dan aku telah membuang semua baki ice blended ke dalamnya. Ku lihat air itu telah pun bertukar kemerahan kesan dari campuran perisa strawberry dari ice blended tadi.
"ops..sorry.." Kataku dengan rasa bersalah.
"Okey..tak pe. Tapi lain kali jangan berangan lagi." Dia tersenyum. Manis

Aku senyum. Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti. Rancangan untuk berhenti dari kerja ini serta-merta ku lupakan. Aku akan terus bekerja di sini. Sementara menunggu keputusan SPM keluar. Apa salahnya aku mencari duit poket sendiri. Dan secara tiba-tiba aku rasa inilah tempat yang paling sesuai untuk aku bekerja.

Hmmm...

Selepas tamat training untuk hari pertama, aku pulang dengan perasaan yang sangat teruja untuk memulakan training pada esok hari sambil tersenyum.........

KLS IS COMING!!!

Kimora Lee Simmons is coming! sape yg x kenal minah ni? xpe, dimaafkan sbb brand dia xla sepopular LV/Armani/Coach/ Dior/etc.. sebab? barang2 yg dia jual xde kat Malaysia tanah airku ni. So sesape yg untung ada family member / kawan yg kejenya dok keluar masuk Malaysia, contohnya; steward/stewardess, memang sangat untung sebab boleh mintak derang tolong belikan barang2 yang brand derang xde kat sini. eg-KLS! Saper x kenal minah ni leh lencong jap kat page fb dia kat ni ha..

Aku memang peminat setia rancangan realiti tv dia ni. She's funny, ambitious, family type, high self confident - cth; dia ttp berfesyen walaupun dah berisi..tapi skrg selim melim wa cakap lu.. aku tgk time dia diundang ke rancangan Fashion Police. Body dia pergghh..bak kata Beyonce, bodylicious!!

Tapi x pulak dinyatakan bila dia nak datang. Rasanya dia wat asia tour la..harap2 dia launch brand dia kat sini kan? bole la gatal2 nak usha..

meh tengok minah ni


pic x clear tp at least dpt tgk kan body dia? aku malas nak padam pastu upload balik. ni masa dia lepas delivered her 3rd baby. tu yg dipam2. tp  dia ttp confident dgn pakaian dia

Ni x sure pic baru/lama sbb kalau nak ikutkan lebih kurang mcm ni lah body dia skrg

belah kiri tu latest kimora





Yang ni antara barangan under her brand - KLS fabulosity

clothing line

perfume

Make up

Dan mcm2 lagilah. Aksesori, barang kemas... Banyak giler barang minah ni. Dia bukan aim kat satu line je. semua dia nak buat as i said, she ambitious! Minah ni memang kaya giler la. Rumah dia besar x hengat2. Dan yg paling aku gerammmm sekali - wardrobe dia!! syoknye!!! kalaulah aku ada mcm tu...



Wardrobe dia yg aku rasa kedai kasut pon kalah!. Setiap kasut ada gambar tu so senang dia nak pilih masa nak pakai..

rasa2 kalau aku rembat 10 pasang, dia perasan x ek?


Sekian saja kisah manusia yg hidup atas duit...



lega! lega! lega! lega! lega!

Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!! xtau mcm mana nak gambarkan rasa lega aku ni..sangattt lega..ringan kepala otak. 3 tahun punya masalah dah diselesaikan! fuhhh!! lega lega lega! hebat gak aku ni kan?? tanggung 3 tahun, selesaikan dlm masa 10 bulan! lega...aim setahun, tp lagi cepat dpt solved. legaaa..lepas ni nak hadap problem lain plak. satuuuu... je lagik! lepas tu, gerenti 100% legaaaa...bilakah masanya itew???

p/s : utk menyesuaikan dgn tajuk, saja guna banyak perkataan 'lega' utk mengexpresskan keseriusan kelegaan itew...

dada!

Friday, October 21, 2011

Hampeh dan sangat cisss!!

Akhirnyaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Huh dapat gak aku log in balik kat blog yg tersayang nih! x tau nape dekat 2 minggu aku xle nak log in langsung. Kembang kempis aku tahan marah tau tak! dok tanya kat member aku yg dalam IT field pon depa tak tau! ceh, apada........Bila tanya orang, diorang cakap aku xbayar berukband ni la..adoiyaii, kalau aku xbayar xkan lah aku boleh bukak web lain. Facebook non stop. MB aku dah xde ruang la.. berukband aku dah limit..ok..baiklah. aku terima tp nape sekarang aku boleh log in plak??? adakah maxis yg cekik darah tu dgn baik hati bg aku lebih space pulak dlm hidup derang? hak tuihh, boleh bla la.

Tapi xpelah..apa pon sbbnya, yg penting skrg aku dah boleh membebel balik dlm ni. Yes! yes!..Macam2 gak yg jadik kat aku dlm 2 minggu ni, tp xdelah yg dahsyat2. bese je..xla sedahsyat abang aku yg baru menang 'Best Couple & Dress' semalam time Cabin Crew Dinner kat mana ntah. Pagi2 aku dah dpt msg dr dia yg show off sgt nak bagitahu dia menang (jeles le tu kan) ooooo...patutlah menang..dpt sponsor Hatta Dolmat tuh. Btw, Congrats Bro n sista laling!! Happy for u!

Padahal diorang ni baru discharged dr KPJ Kajang....


Hari tu aku tgh syok2 tgk E News, terkejut beruk aku dapat tau sorang dr host derang ada breast cancer!! tau x sape? hah! si Giuliana tu la. Bini si Bill Rancic, yg menang the 1st The Apprentice. Seriously she's strong women!!! Dia yang wat sendiri statemen n of coz with dearest Rancic accompany her la..Giler strong kan? Katanya, untuk wanita lain, dia kena kuat. Adoii..kalau aku, dah lemah lunyai dah sedih2 nangis2 dok mengenang nasib. But she's the other way around..me love her Giuliana & Bill tv show tu... macam nak giler derang cari jalan utk dapatkan anak tp lain pulak yg datang..G, hang in there n get well soon dear!!

Btw, me overheard that Gleneagles Hospital hv the best machine in town for a check up on some decease which can't be trace by a normal machine. Dan mungkin derang ada packages yg bersesuaian tok wat check up ni. Mungkin agak mahal but fully satisfied. Breast cancer is the 1st killer for women!!! seriauuuu mak cik markonah!

Those yg x familiar with her, ni lah Giuliana with her dearest hubby, Bill Rancic. (salah 1 sbb aku dok follow derang nyer rancangan..hehe)

Get well soon dear!

Memula je aku tgk sebab nak usha si Bill tu..tp lelama memang best gak la rancangan tu.. Harmony marriage n very the sweet couple!!

Tu je yg aku nak citer. Btw, jaga keselamatan diri ya!!

p/s: semenjak kamera aku dah gol ni, dok tumpang gambar orang je..pastu beriya rembat gambar kat google..huhu

Friday, October 14, 2011

PUAS

Lagi 6 hari je lagi birthday mak!
Puas aku dok pikir apa hadiah nak bagi kat mak...fening! fening!
Puas aku tanya abang2 n kakak2 aku apa diorang plan nak bagi mak
Puas aku survey kat kedai hadiah apa yg sesuai untuk mak
Puas aku kira budget dari awal2 bulan ni lagi tau
Puas jugakla aku memikir mcm mana nak soh mak balik KL celebrate birthday mak kat sini

Sebab....

Dah x lama dah ni.. tahun ni spesel sikit sebab date birthday mak cantekkk!!

20-11-2011

Dan setelah dekat sebulan aku puas dok memikirkan mende ni, pening kepala pasal ni, risau dan berbagai perasaan yg bercampur baur....

Tiba-tiba...............

Baru aku teringat bahawasanya iaitu....

Bulan ni adalah bulan 10 dan bukan bulan 11 !!

Sekian terima kasih

Thursday, October 13, 2011

SUAMIKU YANG SETIA

Lama...sangat lama!
Selama aku mengenalinya
Dia sungguh setia
Diuji dengan pelbagai ujian yg kadang-kala hampir menggugat kesetiaan...
Kesetiaan yg sangat jarang ditemui
Dan sukar dicari ganti...
Benar katanya, bukan sebarangan orang yg boleh duduk ditempatnya
Ya! aku percaya dan sangat percaya!
Tidak mudah duduk di situ
Tekanan datang dari semua arah
Tapi dia masih di situ
Kerana percaya akan satu
Setiap kepayahan pasti beroleh ganjaran
Berkat kesabaran
Usaha yg tiada kesudahan
Ikhlas dalam kejujuran
Dia menjadi insan berjaya
Dan aku percaya
Dia selayaknya untuk itu...






You really make me proud! From nobody to somebody...