Peranakan jatuh atau dalam bahasa doktor2, rolaps uterus (UV prolapse) atau rahim turun, boleh berlaku jika ada kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun.
Kenapa tetiba aku post entry ni? Kerana aku baru lepas berurut naikkan peranakan. Dalam sebulan lepas aku terasa sakit di bahagian bawah perut. Mak cakap peranakan turun agaknya. Tapi aku wat tak reti je sebab ia datang sekejap2. Tapi memang sakit setiap kali ia menyerang. Last 2 weeks, abelang, buat court badminton pulak kat depan rumah mak. Apalagi, aku pon join sekali. Memula sebelah kaki. Makin lama makin naik syer pulak, dekat sejam jugaklah aku terlompat-lompat, terkangkang2 mengejar bola badminton tuh. Makin over kau..sampai tetiba.....aku rasa sakit. Sakit yang macam nak beranak tu tau..perghh..sampai x bole nak berjalan. Masa ni lah aku baru nak amik serius kata-kata mak. Prolaps uterus aku jatuh la tew.. cett! ayat poyo tahap kerbau!
So, bergegaslah aku mencari tukang urut aku time aku beranakkan si Mya. Kakak ni urut memang best. Kuat dan selama 5 hari pakej yang aku amik dari dia tu, memang terasa lain sangat badan aku ni. Xde rasa sakit2 langsung. Memang berbaloilah bayar dia lebih sikit. Disebabkan dia datang suka pakai baju kelawar corak kulit harimau bintang, plus dengan badan dia yang besar bagak tu, aku dengan x sengaja dok gelarkan dia akak rimau. Melekat plak tu. Tapi among family members je la. Depan dia aku dengan sopan dan santun memanggilnya dengan nama Kak Yati...Tapi, sadis..nombor phone dia yg aku simpan tu dah tiada dlm perkhidmatan! Adoiyai!! Mana pulak aku nak cari tukang urut ni? Badan aku dah sakit sampai tangkap bahagian belakang! Sumpah! lepas ni aku xnak wat dek je dgn sakit nih.
Sampailah malam tadi..barulah aku dapat tukang urut! Tukang urut si Diana. Boleh tahan jugakla. Aku ni kalau nak berurut, aku suka yang urut kuat2. Alhamdulilah..kuranglah sikit sakit tu skrg ni. Badan pun dah x berapa sakit lagi. Kalau tidak, nak mengemas rumah pun, malas je.
So, pada korang yang tiba2 terasa sakit kat bahagian ni, cepat2 ambil tindakan. Jangan jadi pemalas macam aku, sudahnya badan sendiri yang seksa. lebih2 lagi to those yg dah pernah melahirkan anak. Ni ada sedikit info tentang sakit ni. Kalau nak lebih2, Klik SINI sebab aku malu la pulak nak terangkan kat blog ni. Maklumlah 18sx sikit.
Wanita yang berisiko mengalami masalah peranakan jatuh atau prolaps uterus (UV prolapse):
Wanita yang sudah menopause
Wanita yang sudah melahirkan anak, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum).
Wanita anak ramai.
Wanita ada masalah perubatan seperti sindrom Marfan atau Ehlers Danlos kerana mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai otot kurang anjal menyebabkan kurangnya sokongan pada kedudukan rahim.
Wanita berat badan berlebihan.
Wanita berdepan masalah batuk atau sembelit kronik atau ada ketumbuhan besar dalam abdomen.
Wanita sering melakukan kerja berat (mengangkat benda berat).
# Thanks to Berita Harian Online for the info
No comments:
Post a Comment