Tuesday, October 11, 2011

WEEKEND

Badan sakit2 x hengat2 ni. Lenguh2 belakang, sakit2 kaki.. Lemahnya. Agaknya sebab duduk je memanjang menjahit manik. Melengkung je badan tu 12jam xbenti2, maunya x sakit. Yang baju ni pon satu, bila agaknya ko ni nak siap ek? aku dah naik menyampah tengok rupa kau ni. Dah naik meluat! Bila agaknya kau rsa2 nak siap dan berambus dari pandangan aku ni. So aku boleh la mengadap lappy aku yg hensem ni utk waktu yg lebih lama. Mesej2 pakwe2 aku kat pesbuk pon aku xdapt reply2 ni..suma sebab ko! (layankan saje kata2 seorang wanita yg dah tokleh terima yg dirinya sudah lama xde orang ngorat)

Dengan kamera aku yg satu2nya tu  pon dah tamat riwayatnya tadi sebab terjatuh masa tengah dok syok mengupload gambar kat fesbuk sampai x perasankan dia time nak alihkan lappy aku ni. Bukan main teruk tercampak sampai tercabut nyawanya aka bateri dari badannya yg nampak sangat lebamnya! (body dia yg color biru tu kengkonon lebam la) Terpikir gak aku nak uploadkan gambar jenazahnya kat blog ni. Bukan main ghairah ingat jap lagi nak amik gambar pastu tepek kat sini. Tiba-tiba aku terdengar suara yg datang entah dari mana lalu menyatakan sesuatu padaku "kenapa ko ni bodoh sangat? kau nak amik gambar kamera tu mcm mana? kan dia yg jahanam. Samalah jugak ko dok depan cermin pastu ko nak tengok bijik mata ko bergerak. Itu antara tindakan bodoh yg agak bengab jugakla"  WAH WAH WAH sesuka hati je ko cakap aku mcm tu! aku kan masih tahap berkabung, so otak pon xberapa nak betul. Ko kenalah paham....

Lepak jap tepi highway tgg diana yg lembab
Mungkin jugak antara sebab badan aku sakit2 ni sebab balik kampung agaknya weekend hari tu. "Alaaaaa..mengadanyelah! bukannya dok dlm keta sampai 10 jam. Setakat 2 jam perjalanan balik Melaka pun nak kecoh." eh, ni suara tu lagi ke? apa yg ko sibuk menyemak kat sini?pegi main jauh2 la!

Hajat hati aku nak buat bbq kat rumah mak malam minggu lepas xmenjadi nampaknya sebab family aku semua balik kampung kecuali abah sebab pak haji tu ada hal. So, rancang punya rancang, discuss punya discuss, kitorang plan wat kat kampung belah mak aku jelah. Kuala Sungai Baru, Melaka.Oh! abang aku si Pali pon x dpt join. Padahal hubby aku dgn dia nak dok plan mende ni. Kak long pon xdpt join sebab ada mekap kat Rawang. Plan dengan abelang naik 1 keta je on sabtu tengah hari tu. Tetiba dia buat giler, malam hari jumaat tu call ajak balik malam tu jugak. Uhh! aku memang maless tol bab2 buat surprise mcm ni. Kalau buat surprise bagi aku hadiah ke, aku sukala. Tapi nak balik2 mengejut ni aku xberapa nak gemar. Tapi layankan jela perangai abang aku tu. kitorang pon bertolak nak dekat pukul 12 malam. Sampai sana dalam pukul 2 lebih pagi. Konvoi dengan kakak aku si diana n family. 

kopek kelapa dan isinya

Kampung kitorang kat sini memang layan gilezzzz....Dah la rumah wan (nenek) kitorang kat tepi laut. Laut yg masih dara tau. Belum dicemari beb! Bila dah ada laut, dah tentulah
mamat harapan
ada pokok kelapa yg lebat buahnya. Ni kalau orang jual air kelapa tahu ni, kompem tiap malam buah kelapa kurang. So aktiviti pertama kitorang lepas puas membuta sebab mak bagi lampu hijau x kejut pun kitorang bangun (Masa anak2 dara kalau macam ni kan best!) ialah membuat air serbat. Air serbat ni air kelapa yg ditambah air gula. Jangan tanya aku kenapa nama dia serbat. Mungkin sebab bila air tu dah siap, kitorang berebut nak sebat kot....

Bila air serbat dah siap, its makan time. Inilah waktu yang ditunggu-tunggu! Walaupun perut aku xlapar sangat sebab tadi masa dok kopek isi kelapa, banyak yg masuk perut aku dari masuk dlm bekas tu sebenarnya. Yang agak2 keras, barulah aku sumbatkan kat dalam bekas air. Tapi, aku tetap nak melantak! Lauk pauk fresh tu...patutlah orang2 kampung ni panjang umur ek. Lagipun inilah masanya aku nak makan tanpa memikirkan badan yg dah semakin memboyak sejak lepas raya ni. alaaa..nanti aku diet la!


peeeeeeeeeeeerrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!


















 Tetiba...kitorang terjumpa nak orang asli! eh! mana datang lak dia ni kat tepi2 laut nih???ni mesti kes nak curi kambing ni! nak kena nih!

Hahaha!! gelak tak hengat2 aku tengok gambar ni. Selamber jek muka abelong. Lagi dia suka rupanya pakai macam tu. OK lah nnt raya nanti ibu buat baju macam ni je lah ye? save budget. Kalau macam ni lah rupa baju, nak sedozen pon xde hal lah! Tengok tu, siap dia wat demo panjat pokok lagi! Dah besar nanti, siaplah abelong, ibu tunjukkan kat awek abelong. Sure tangkap nangis punye!


Perut dah kenyang, agenda seterusnya dah tentulah titun! 1 lagi cara untuk kelihatan gojes! Xpe2 sebab lepas ni kitorang nak pegi berenang2 kat laut. Buang balik la lemak tadi. Bikini i pon dah di gosok agar penampilan i kat tepi laut nampak kemas yet seksi!



nampak nau muka memang baru bangun tidor


ooopppss!!! seb baik xde selulit!!

kitorang tolong paklang habiskan minyak sampan dia

Diana @ dayak dan familynya yg kengkonon happy family

ni maknanya korang kena diet! seb baik aku x naik




MALAM PUN MEMBUKA TIRAINYA


BBQ TIME!





Menu


Ayam perap lada hitam

Ikan cencaru bakar
Sotong bakar
Kerang rebus & bakar

mamat ni balik semata2 nak join bbq. pastu blah blk KL


Pastu malam punya turn pulak nak labuh tirai...Lepas kekenyangan kitorang pun tidur macam ular baru lepas telan kambing hitam..ZZZZzzzZzZ

Ahadnya

kitorang xde buat apa-apa plan pun sebab dok menuggu abelang balik dari menjala ikan. Muka sekor2 mengharapkan mamat tu balik dengan membawak 1 baldi ikan-ikan besar!

Berejam-jam menunggu akhirmya mamat tu balik dengan membawa setengah baldi ikan dan beberapa ketul ketam!! Bolelah dari xdek..Yum yum yum!







Malamnya kitorang balik KL. Back to normal life. Boring, stress....Tapi tulah life yg kitorang x boleh tinggalkan. Balik kampung utk 2-3 hari bolehla..lebih dari tu, hmmm...orang tua2 kata 'tak betahlah'
But it was a beauuuutiiiiifullllllllll weekend! Hilang kejap stress kan? 

No comments: