Sunday, October 23, 2011

Cerita Cinta # 1

Panjang tengkuknya mencari seseorang. Kata Miss Tan cari staff cina yg gemuk2 nama Sam kat kaunter tu nanti. "Nanti dia akan tolong ajar sama u. kasi training la.." Teringat suara Miss Tan di telefon semalam. Tak sangka dalam ramai-ramai, dia terima aku. Hmm..macam manalah rupa Miss Tan tu. Suara macam cina bukit je.

Keadaan pasaraya pada waktu itu agak lengang. Mungkin kerana bukan hujung minggu. Kaunter minuman yang berbentuk bulatan dan bersambung dengan kaunter pertanyaan agak menarik pandangan kerana hiasannya yang berwarna-warni. Mungkin itu strategi untuk menarik pelanggan. Bisik hatiku. namun kedudukan freezer di tengah-tengah dan sinki di pintu masuk kaunter agak menghadkan ruang.

"You Sam ke?" Tanyaku sebaik ternampak kelibat mamat cina gemuk bertopi merah. Dah agak dah..mesti x handsome.
"Ya. You Sabrina ke?"
"Haah. Semalam Miss Tan call cakap jumpa sama you"
"Ya lor..You kena training 3 hari, lepas tu baru boleh start kerja. Itu 3 hari bos bagi you gaji rm10 sehari. Lepas habis training, baru bagi you gaji macam biasa. 3 months confirmed, gaji naik lagi RM50" Lancar saje penerangan Sam. Macam menghafal pun ada. "Erk..okey"

Hari pertama bekerja agak memenatkan! Semua sangat asing bagi aku. Bekerja di Kaunter menjual pelbagai jenis minuman dan ice blended sangat mencabar. Perlu menghafal semua kod bagi nama-nama minuman yang padaku amat pelik. Lebih memberi tekanan, perlu menghafal kesemua sukatan dan campuran yg diperlukan untuk semua jenis minuman.Semua minuman memerlukan sukatan dan campuran yang berlainan. Itu belum lagi ice blended!  Arghhh!! 


Aku nekad. aku tidak mahu lagi bekerja di situ. Aku sudah tidak tahan. Walaupun rakan-rakan sekerja memang menyeronokkan, tapi aku tidak betah di situ. Aku tidak rasa tempat ini sesuai untuk aku. Aku akan beritahu Sam apabila tamat waktu training nanti. Sambil berfikir-fikir apa alasan yang patut aku gunakan nanti, aku membuang baki ice blended di dalam blender ke sinki.

"oooppp!! cik kak, janganlah buang dalam bekas air saya" Lembut suara lelaki yang berpakaian uniform pasaraya ini padaku. Tentulah dia staff di sini dan aku pandang ke sinki, rupanya dia sedang menadah air dalam bekas spray untuk buah-buahan yang telah disusun di chiller. Dan aku telah membuang semua baki ice blended ke dalamnya. Ku lihat air itu telah pun bertukar kemerahan kesan dari campuran perisa strawberry dari ice blended tadi.
"ops..sorry.." Kataku dengan rasa bersalah.
"Okey..tak pe. Tapi lain kali jangan berangan lagi." Dia tersenyum. Manis

Aku senyum. Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti. Rancangan untuk berhenti dari kerja ini serta-merta ku lupakan. Aku akan terus bekerja di sini. Sementara menunggu keputusan SPM keluar. Apa salahnya aku mencari duit poket sendiri. Dan secara tiba-tiba aku rasa inilah tempat yang paling sesuai untuk aku bekerja.

Hmmm...

Selepas tamat training untuk hari pertama, aku pulang dengan perasaan yang sangat teruja untuk memulakan training pada esok hari sambil tersenyum.........

2 comments:

MaszLaVista said...

pergh! macam novel siot..siap ade bersiri bagai nih...

Zack, Ina, Zaryn said...

hehe saje je...citer dr kisah benar...kui kui kui