Beriya2 aku masak petang td bila dok memikirkan hubby ada beli ikan gelama semalam. Untuk anak2 kalau boleh memang aku elakkan bg makan ikan ni sebab takut terlepas pandang tulang temulang tu. Lagi 1 ikan yg sangat tipis harapannya untuk derang jamah ialah ikan parang. Oh tidak! tidak! tidak!. Memang ikan tu sedap la tersangat, tp tulang dia yg berlambak2 tu yg x sedap. Belum pernah lg ikan tu dapat jejak rumah aku ni. Belum tercipta lagi sejarah tu.
Lupakan pasal ikan, aku nak citer mende yg 1 nih. Bila hubby balik, aku tanya dia nak makan x? Dia jawab "karanglah. Kenyang lagi" Ok..aku pun buatkan air teh je lah untuk dia. Tadinya aku ada menjengah bolg2 masak2 ni. Terpandang pulak resipi buat puding karamel. So nak try la. Sebelum hubby balik aku ada pesan mende2 berkaitan termasuklah loyang nak bakar tu nanti! So sementara tu, aku pun mencubalah resipi puding karamel nih. Hubby adalah keluar masuk dapur. Aku ingat dia amik nasi nak makan.
Sudahnya, sampai tido dia x jamah pun nasi tu. Setitik sup pon dia x jamah. Cet! Jadi tong sampah lagi la aku. Macam dah jadik tugas pulak aku kena peghabihkan suma lauk tu. Aku memang pantang bila tengok lauk x habis nih. Mulalah rasa sayang je nak buang besoknya. Baik aku telan kan. So aktiviti menggata lauk pun bermula.
Well, karamel aku pon menerima nasib yang sama. Tadi beriya dia kata "x sabar nak tunggu karamel awak" pastu cakap dgn anak2 "ok, mlm ni kita makan karamel ibu" Wah!! aku pon bersemangat waja la nak menyiapkan mende tu. Last2 gula hangus tu pahit sikit. Tapi still boleh di makan. Tapi, mamat ni cuba sesudu je, pastu xnak! Terpaksalah lagi aku jadi tong sampah makan lebih sikit karamel tu.
Dah selalu sangat jadik macam tu. Kalau dia makan pun lauk yg aku masak, bukannya dia habiskan pun pon. Malam2 time xbole tido, aku selalu saje je nak cek periuk, confirm berlambak lagi lauk. Kalau cakap dgn hubby, dia cakap "kenapa awak masak semua ikan/udang/ayam tu?" Ha! yelah tu, abis xkan nak masak ikan sekor je/udang 4 ekor je/ayam 3 ketul je Kang bila masak sikit, masa tulah xcukup. Aku yang ralat. Untuk elak ralat jugaklah, aku telan lauk2 lebih tu. Kalau x fikirkan body, confirm aku telan dengan nasik sekali. Wah! macam lunch pulak makcik markonah ooiii!!
Tu belum lagi campur dengan nasi yang aku suapkan kat Mya & Daneal. Sambil suapkan anak, suapkan mak dia sekai. Kadang2 jumlah suapan lg banyak kat aku. Mana tidak, derang makan 4-5 suap je, pastu dah xnak makan lagi. So, korang ingat macam mana makanan tu bole habis? dah tentulah si tong sampah ni jugak yg punya keje.
So, kalau asik jadik tong sampah je, bilanya ina nak kurusssss cik abang????????
Mencik!
No comments:
Post a Comment