Sunday, October 30, 2011

Aku Hanya Mampu Berserah

Apa akan jadi kat aku 30 tahun akan datang????? ( ni citer kalau panjang umur ) selalu sangat pertanyaan tu melintas kat kepala aku. Sampai ke aku ke umur itu? sihat lagi ke aku di umur itu? Bahagiakah aku di waktu itu? dapat ke anak2 jaga aku sebaiknya? dapat ke anak menantu terima aku setulusnya? Masihkah suami bersamaku? Dikala aku berusia 57 tahun. Tiada pencen kerajaan, tiada pekerjaan. Ada hartakah? ada duit simpanankah?

Ada sedara aku sorang ni, sewaktu dia masih bekerja, dia adalah seorang yang amat penting di tempat dia bekerja. General Manager beb! Bayangkanlah gaji dia berapa kan.. Dia antara sadera-mara aku yg dihormati sebab? of koslah, orang besar kan... cthnya- kalau dijemput datang makan kat rumah dia, xde sape berani kata 'tak'. Orang terhormat kan.. Dia mengamalkan hidup mewah. Kalau aku keluar jenjalan dengan anak dia, 10 sen pun aku xyah keluarkan sebab everything is on her! Karaoke? genting? shopping? transport? no worries...swap je card...apa susah kan. Semua tu bapak dia yg akan bayar. heavennnnn. Orang lain kaya, kita tumpang sekaki. Ala..kita kan sedara!

Tapi, lepas bersara, dia xdelah pencen sebab bukan keje gomen pon. Tapi dia dapatlah elaun persaraan sedebuk. Nak dekat rm1 juta!! appreciation from the company. So, keje xde, monthly income dah tentu tarak. Disebabkan dah terbiasa bermewah2, duit tu habis dalm masa kurang dr setahun. Then jual rumah sebab xde saving. dapatlah setengah juta. Time tu rumah setengah juta kira mahal gilor la. Balik kampung dan menetap di sana. Nasib baik masa keje, dia terfikir nak buat rumah kat kampung. Dan sekarang, untuk menyara hidup, dia membantu orang menjual ikan di pasar pagi tepi laut kat kampung aku.

Tak berniat nak mengejek. Sumpah lillahitaala! Cuma, aku terfikir, apa pula nasib aku? orang kaya mcm tu pun boleh jadi macam tu, apatah lagi aku ni. Apa harta yg akan menjamin aku dikala itu? Jawapannya = 0. Aku tiada apa. Cuma suami dan anak2lah tempat aku bergantung harap dan itu saja harta aku. Itu saja yang aku ada. Okey, aku adalah bisnes yg cinonet tu (alhamdulillah) sampai bila dapat bertahan? sampai aku tua kah? sampai matikah? atau lagi 4-5 tahun?

Aku risau..sangat takut untuk fikirkannya. Bila fikir, memang sampai x bole tido.


Ya Allah Ya Tuhanku, aku berserah kepadaMu. Sesungguhnya Kau lebih tahu apa yg terbaik buat hambaMu. Aku redha..

Wednesday, October 26, 2011

Nak cantik? Nak murah? Nak berkualiti?

Orite ni nak post entry biznes sket. Since raamai yg tanya mekap yg selalu aku pakai, aku nak share sikit la. Mana yang kenal aku sebagai mak andam, diorang selalu tanya mekap apa aku pakai. Pengantin pun selalu tanya mekap apa yg selalu aku pakai sebelum diorang book aku. And of course la aku pakai brand2 mekap yg selalunya mak andam pakai such as Kryolan, Mac, Dior, Estee Lauder, etc...Standard la tu..brand2 tu memang brand wajib untuk mereka2 yg berkecimpung dlm dunia tatarias ni.

Namun..disamping tu, aku ada guna 1 jenis eyeshadow brand dari Dubai. Cantik, Murah dan sangatt berkualiti!! Memang tahan lama. Sangat2 sesuai for day and night out. Those yg suka mekap ala2 smokey eyes, nak nampak mata galak ke, nilah rahsianya. Sangat mudah blend dan melekat dekat kelopak mata dgn mudah. Ada sesetengah eyeshadow, dekat palette nampak cantik sangat warnanya, tapi bila apply warnanya xsama dgn kat palette. Mungkin range colornya cair sedikit atau powdery. Ni perkara biasa bila kita nak apply mekap kat muka. Percayalah, even yg well known brand pun ada yg mempunyai masalah yg sama. I've tried them!

Tapi brand yang 1 ni, memang best. Colornya memang sibijik sebijon macam kat dalam palette. X payah nak tonyoh kat mata banyak2 kali. Time untuk mekap pun singkat sebab senang giler nak blendkan color dia. Pengantin pun xdelah tersenggok2 tunggu aku habis mekap sambil cakap dalam hati "apakebendelah yg minah ni buat xhabis2 nih??" aku tau, dah masak dah dgn mende2 tu. Masa aku kawin pun aku dok pikir mende tu jugak. Bayangkan, time nikah 3 jam mekap. Sanding, amik ko! 4 jam! serius sakit tengkuk beb. Mak/Pak andam pun sampai sakit pingang membongkok dok tonyoh muka pengantin. Sebab tu kalau preggy aku xnak amik job2 mekap ni. Memang xlarat.

So sekarang memang mudah sangatlah keje aku. Pinggang pon xdelah sakit sebab waktu mekap x memakan masa yg lama mcm dulu2. Savelah time dlm 1/2 jam. Ni semua sebab eyeshadow MISS ROSE!! Thanks to abang aku yg belikan kat Dubai time dia fly ke sana.

Oleh kerana kualitinya yang bagus dan harganya yang murah, aku nak share dengan sape-sape yg berminat dan ingin mencubanya. Dengan harga serendah RM80, Korang boleh dapatkan palette yang ada 120 colors! Berbaloi-baloi beb!

cakap je nak mekap theme apa, vouge? comel? gothic? casual?  cakap je. suma boleh

Miss Ross memang banyak jenis palette tp yg ni ala cluth

For professional make up.Tapi beginners pun boleh pakai

Those interested, kindly text / call me @ 0122919265 (Zaryn) or 0173999147 (Masz)

Copy that?

Kalau copy

Roger la...

AKU DAH MENYAMPAH JADIK TONG SAMPAH

Beriya2 aku masak petang td bila dok memikirkan hubby ada beli ikan gelama semalam. Untuk anak2 kalau boleh memang aku elakkan bg makan ikan ni sebab takut terlepas pandang tulang temulang tu. Lagi 1 ikan yg sangat tipis harapannya untuk derang jamah ialah ikan parang. Oh tidak! tidak! tidak!. Memang ikan tu sedap la tersangat, tp tulang dia yg berlambak2 tu yg x sedap. Belum pernah lg ikan tu dapat jejak rumah aku ni. Belum tercipta lagi sejarah tu.

Lupakan pasal ikan, aku nak citer mende yg 1 nih. Bila hubby balik, aku tanya dia nak makan x? Dia jawab "karanglah. Kenyang lagi" Ok..aku pun buatkan air teh je lah untuk dia. Tadinya aku ada menjengah bolg2 masak2 ni. Terpandang pulak resipi buat puding karamel. So nak try la. Sebelum hubby balik aku ada pesan mende2 berkaitan termasuklah loyang nak bakar tu nanti! So sementara tu, aku pun mencubalah resipi puding karamel nih. Hubby adalah keluar masuk dapur. Aku ingat dia amik nasi nak makan.

Sudahnya, sampai tido dia x jamah pun nasi tu. Setitik sup pon dia x jamah. Cet! Jadi tong sampah lagi la aku.  Macam dah jadik tugas pulak aku kena peghabihkan suma lauk tu. Aku memang pantang bila tengok lauk x habis nih. Mulalah rasa sayang je nak buang besoknya. Baik aku telan kan. So aktiviti menggata lauk pun bermula.

Well, karamel aku pon menerima nasib yang sama. Tadi beriya dia kata "x sabar nak tunggu karamel awak" pastu cakap dgn anak2 "ok, mlm ni kita makan karamel ibu" Wah!! aku pon bersemangat waja la nak menyiapkan mende tu. Last2 gula hangus tu pahit sikit. Tapi still boleh di makan. Tapi, mamat ni cuba sesudu je, pastu xnak! Terpaksalah lagi aku jadi tong sampah makan lebih sikit karamel tu.

Dah selalu sangat jadik macam tu. Kalau dia makan pun lauk yg aku masak, bukannya dia habiskan pun pon. Malam2 time xbole tido, aku selalu saje je nak cek periuk, confirm berlambak lagi lauk. Kalau cakap dgn hubby, dia cakap "kenapa awak masak semua ikan/udang/ayam tu?" Ha! yelah tu, abis xkan nak masak ikan sekor je/udang 4 ekor je/ayam 3 ketul je Kang bila masak sikit, masa tulah xcukup. Aku yang ralat. Untuk elak ralat jugaklah, aku telan lauk2 lebih tu. Kalau x fikirkan body, confirm aku telan dengan nasik sekali. Wah! macam lunch pulak makcik markonah ooiii!!

Tu belum lagi campur dengan nasi yang aku suapkan kat Mya & Daneal. Sambil suapkan anak, suapkan mak dia sekai. Kadang2 jumlah suapan lg banyak kat aku. Mana tidak, derang makan 4-5 suap je, pastu dah xnak makan lagi. So, korang ingat macam mana makanan tu bole habis? dah tentulah si tong sampah ni jugak yg punya keje.

So, kalau asik jadik tong sampah je, bilanya ina nak kurusssss cik abang????????

Mencik!

Monday, October 24, 2011

Peranakan Jatuh

Ni citer untuk pempuan-pempuan je ye. Yang lelaki boleh gak baca / amik tahu, dengan syarat - dah kawen..

Peranakan jatuh atau dalam bahasa doktor2, rolaps uterus (UV prolapse) atau rahim turun, boleh berlaku jika ada kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun. 


Kenapa tetiba aku post entry ni? Kerana aku baru lepas berurut naikkan peranakan. Dalam sebulan lepas aku terasa sakit di bahagian bawah perut. Mak cakap peranakan turun agaknya. Tapi aku wat tak reti je sebab ia datang sekejap2. Tapi memang sakit setiap kali ia menyerang. Last 2 weeks, abelang, buat court badminton pulak kat depan rumah mak. Apalagi, aku pon join sekali. Memula sebelah kaki. Makin lama makin naik syer pulak, dekat sejam jugaklah aku terlompat-lompat, terkangkang2  mengejar bola badminton tuh. Makin over kau..sampai tetiba.....aku rasa sakit. Sakit yang macam nak beranak tu tau..perghh..sampai x bole nak berjalan. Masa ni lah aku baru nak amik serius kata-kata mak. Prolaps uterus aku jatuh la tew.. cett! ayat poyo tahap kerbau!


So, bergegaslah aku mencari tukang urut aku time aku beranakkan si Mya. Kakak ni urut memang best. Kuat dan selama 5 hari pakej yang aku amik dari dia tu, memang terasa lain sangat badan aku ni. Xde rasa sakit2 langsung. Memang berbaloilah bayar dia lebih sikit. Disebabkan dia datang suka pakai baju kelawar corak kulit harimau bintang, plus dengan badan dia yang besar bagak tu, aku  dengan x sengaja dok gelarkan dia akak rimau. Melekat plak tu. Tapi among family members je la. Depan dia aku dengan sopan dan santun memanggilnya dengan nama Kak Yati...Tapi, sadis..nombor phone dia yg aku simpan tu dah tiada dlm perkhidmatan! Adoiyai!! Mana pulak aku nak cari tukang urut ni? Badan aku dah sakit sampai tangkap bahagian belakang! Sumpah! lepas ni aku xnak wat dek je dgn sakit nih.


Sampailah malam tadi..barulah aku dapat tukang urut! Tukang urut si Diana. Boleh tahan jugakla. Aku ni kalau nak berurut, aku suka yang urut kuat2. Alhamdulilah..kuranglah sikit sakit tu skrg ni. Badan pun dah x berapa sakit lagi. Kalau tidak, nak mengemas rumah pun, malas je.


So, pada korang yang tiba2 terasa sakit kat bahagian ni, cepat2 ambil tindakan. Jangan jadi pemalas macam aku, sudahnya badan sendiri yang seksa. lebih2 lagi to those yg dah pernah melahirkan anak. Ni ada sedikit info tentang sakit ni. Kalau nak lebih2, Klik SINI sebab aku malu la pulak nak terangkan kat blog ni. Maklumlah 18sx sikit. 

Wanita yang berisiko mengalami masalah peranakan jatuh atau prolaps uterus (UV prolapse):

Wanita yang sudah menopause

Wanita yang sudah melahirkan anak, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi     secara instrumental (forceps/ vacuum).

Wanita anak ramai.

Wanita ada masalah perubatan seperti sindrom Marfan atau Ehlers Danlos kerana mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai otot kurang anjal menyebabkan kurangnya sokongan pada kedudukan rahim.

Wanita berat badan berlebihan.

Wanita berdepan masalah batuk atau sembelit kronik atau ada ketumbuhan besar dalam abdomen.

Wanita sering melakukan kerja berat (mengangkat benda berat).




# Thanks to Berita Harian Online for the info



Sunday, October 23, 2011

Cerita Cinta # 1

Panjang tengkuknya mencari seseorang. Kata Miss Tan cari staff cina yg gemuk2 nama Sam kat kaunter tu nanti. "Nanti dia akan tolong ajar sama u. kasi training la.." Teringat suara Miss Tan di telefon semalam. Tak sangka dalam ramai-ramai, dia terima aku. Hmm..macam manalah rupa Miss Tan tu. Suara macam cina bukit je.

Keadaan pasaraya pada waktu itu agak lengang. Mungkin kerana bukan hujung minggu. Kaunter minuman yang berbentuk bulatan dan bersambung dengan kaunter pertanyaan agak menarik pandangan kerana hiasannya yang berwarna-warni. Mungkin itu strategi untuk menarik pelanggan. Bisik hatiku. namun kedudukan freezer di tengah-tengah dan sinki di pintu masuk kaunter agak menghadkan ruang.

"You Sam ke?" Tanyaku sebaik ternampak kelibat mamat cina gemuk bertopi merah. Dah agak dah..mesti x handsome.
"Ya. You Sabrina ke?"
"Haah. Semalam Miss Tan call cakap jumpa sama you"
"Ya lor..You kena training 3 hari, lepas tu baru boleh start kerja. Itu 3 hari bos bagi you gaji rm10 sehari. Lepas habis training, baru bagi you gaji macam biasa. 3 months confirmed, gaji naik lagi RM50" Lancar saje penerangan Sam. Macam menghafal pun ada. "Erk..okey"

Hari pertama bekerja agak memenatkan! Semua sangat asing bagi aku. Bekerja di Kaunter menjual pelbagai jenis minuman dan ice blended sangat mencabar. Perlu menghafal semua kod bagi nama-nama minuman yang padaku amat pelik. Lebih memberi tekanan, perlu menghafal kesemua sukatan dan campuran yg diperlukan untuk semua jenis minuman.Semua minuman memerlukan sukatan dan campuran yang berlainan. Itu belum lagi ice blended!  Arghhh!! 


Aku nekad. aku tidak mahu lagi bekerja di situ. Aku sudah tidak tahan. Walaupun rakan-rakan sekerja memang menyeronokkan, tapi aku tidak betah di situ. Aku tidak rasa tempat ini sesuai untuk aku. Aku akan beritahu Sam apabila tamat waktu training nanti. Sambil berfikir-fikir apa alasan yang patut aku gunakan nanti, aku membuang baki ice blended di dalam blender ke sinki.

"oooppp!! cik kak, janganlah buang dalam bekas air saya" Lembut suara lelaki yang berpakaian uniform pasaraya ini padaku. Tentulah dia staff di sini dan aku pandang ke sinki, rupanya dia sedang menadah air dalam bekas spray untuk buah-buahan yang telah disusun di chiller. Dan aku telah membuang semua baki ice blended ke dalamnya. Ku lihat air itu telah pun bertukar kemerahan kesan dari campuran perisa strawberry dari ice blended tadi.
"ops..sorry.." Kataku dengan rasa bersalah.
"Okey..tak pe. Tapi lain kali jangan berangan lagi." Dia tersenyum. Manis

Aku senyum. Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti. Rancangan untuk berhenti dari kerja ini serta-merta ku lupakan. Aku akan terus bekerja di sini. Sementara menunggu keputusan SPM keluar. Apa salahnya aku mencari duit poket sendiri. Dan secara tiba-tiba aku rasa inilah tempat yang paling sesuai untuk aku bekerja.

Hmmm...

Selepas tamat training untuk hari pertama, aku pulang dengan perasaan yang sangat teruja untuk memulakan training pada esok hari sambil tersenyum.........

KLS IS COMING!!!

Kimora Lee Simmons is coming! sape yg x kenal minah ni? xpe, dimaafkan sbb brand dia xla sepopular LV/Armani/Coach/ Dior/etc.. sebab? barang2 yg dia jual xde kat Malaysia tanah airku ni. So sesape yg untung ada family member / kawan yg kejenya dok keluar masuk Malaysia, contohnya; steward/stewardess, memang sangat untung sebab boleh mintak derang tolong belikan barang2 yang brand derang xde kat sini. eg-KLS! Saper x kenal minah ni leh lencong jap kat page fb dia kat ni ha..

Aku memang peminat setia rancangan realiti tv dia ni. She's funny, ambitious, family type, high self confident - cth; dia ttp berfesyen walaupun dah berisi..tapi skrg selim melim wa cakap lu.. aku tgk time dia diundang ke rancangan Fashion Police. Body dia pergghh..bak kata Beyonce, bodylicious!!

Tapi x pulak dinyatakan bila dia nak datang. Rasanya dia wat asia tour la..harap2 dia launch brand dia kat sini kan? bole la gatal2 nak usha..

meh tengok minah ni


pic x clear tp at least dpt tgk kan body dia? aku malas nak padam pastu upload balik. ni masa dia lepas delivered her 3rd baby. tu yg dipam2. tp  dia ttp confident dgn pakaian dia

Ni x sure pic baru/lama sbb kalau nak ikutkan lebih kurang mcm ni lah body dia skrg

belah kiri tu latest kimora





Yang ni antara barangan under her brand - KLS fabulosity

clothing line

perfume

Make up

Dan mcm2 lagilah. Aksesori, barang kemas... Banyak giler barang minah ni. Dia bukan aim kat satu line je. semua dia nak buat as i said, she ambitious! Minah ni memang kaya giler la. Rumah dia besar x hengat2. Dan yg paling aku gerammmm sekali - wardrobe dia!! syoknye!!! kalaulah aku ada mcm tu...



Wardrobe dia yg aku rasa kedai kasut pon kalah!. Setiap kasut ada gambar tu so senang dia nak pilih masa nak pakai..

rasa2 kalau aku rembat 10 pasang, dia perasan x ek?


Sekian saja kisah manusia yg hidup atas duit...



lega! lega! lega! lega! lega!

Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!! xtau mcm mana nak gambarkan rasa lega aku ni..sangattt lega..ringan kepala otak. 3 tahun punya masalah dah diselesaikan! fuhhh!! lega lega lega! hebat gak aku ni kan?? tanggung 3 tahun, selesaikan dlm masa 10 bulan! lega...aim setahun, tp lagi cepat dpt solved. legaaa..lepas ni nak hadap problem lain plak. satuuuu... je lagik! lepas tu, gerenti 100% legaaaa...bilakah masanya itew???

p/s : utk menyesuaikan dgn tajuk, saja guna banyak perkataan 'lega' utk mengexpresskan keseriusan kelegaan itew...

dada!

Friday, October 21, 2011

Hampeh dan sangat cisss!!

Akhirnyaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Huh dapat gak aku log in balik kat blog yg tersayang nih! x tau nape dekat 2 minggu aku xle nak log in langsung. Kembang kempis aku tahan marah tau tak! dok tanya kat member aku yg dalam IT field pon depa tak tau! ceh, apada........Bila tanya orang, diorang cakap aku xbayar berukband ni la..adoiyaii, kalau aku xbayar xkan lah aku boleh bukak web lain. Facebook non stop. MB aku dah xde ruang la.. berukband aku dah limit..ok..baiklah. aku terima tp nape sekarang aku boleh log in plak??? adakah maxis yg cekik darah tu dgn baik hati bg aku lebih space pulak dlm hidup derang? hak tuihh, boleh bla la.

Tapi xpelah..apa pon sbbnya, yg penting skrg aku dah boleh membebel balik dlm ni. Yes! yes!..Macam2 gak yg jadik kat aku dlm 2 minggu ni, tp xdelah yg dahsyat2. bese je..xla sedahsyat abang aku yg baru menang 'Best Couple & Dress' semalam time Cabin Crew Dinner kat mana ntah. Pagi2 aku dah dpt msg dr dia yg show off sgt nak bagitahu dia menang (jeles le tu kan) ooooo...patutlah menang..dpt sponsor Hatta Dolmat tuh. Btw, Congrats Bro n sista laling!! Happy for u!

Padahal diorang ni baru discharged dr KPJ Kajang....


Hari tu aku tgh syok2 tgk E News, terkejut beruk aku dapat tau sorang dr host derang ada breast cancer!! tau x sape? hah! si Giuliana tu la. Bini si Bill Rancic, yg menang the 1st The Apprentice. Seriously she's strong women!!! Dia yang wat sendiri statemen n of coz with dearest Rancic accompany her la..Giler strong kan? Katanya, untuk wanita lain, dia kena kuat. Adoii..kalau aku, dah lemah lunyai dah sedih2 nangis2 dok mengenang nasib. But she's the other way around..me love her Giuliana & Bill tv show tu... macam nak giler derang cari jalan utk dapatkan anak tp lain pulak yg datang..G, hang in there n get well soon dear!!

Btw, me overheard that Gleneagles Hospital hv the best machine in town for a check up on some decease which can't be trace by a normal machine. Dan mungkin derang ada packages yg bersesuaian tok wat check up ni. Mungkin agak mahal but fully satisfied. Breast cancer is the 1st killer for women!!! seriauuuu mak cik markonah!

Those yg x familiar with her, ni lah Giuliana with her dearest hubby, Bill Rancic. (salah 1 sbb aku dok follow derang nyer rancangan..hehe)

Get well soon dear!

Memula je aku tgk sebab nak usha si Bill tu..tp lelama memang best gak la rancangan tu.. Harmony marriage n very the sweet couple!!

Tu je yg aku nak citer. Btw, jaga keselamatan diri ya!!

p/s: semenjak kamera aku dah gol ni, dok tumpang gambar orang je..pastu beriya rembat gambar kat google..huhu

Friday, October 14, 2011

PUAS

Lagi 6 hari je lagi birthday mak!
Puas aku dok pikir apa hadiah nak bagi kat mak...fening! fening!
Puas aku tanya abang2 n kakak2 aku apa diorang plan nak bagi mak
Puas aku survey kat kedai hadiah apa yg sesuai untuk mak
Puas aku kira budget dari awal2 bulan ni lagi tau
Puas jugakla aku memikir mcm mana nak soh mak balik KL celebrate birthday mak kat sini

Sebab....

Dah x lama dah ni.. tahun ni spesel sikit sebab date birthday mak cantekkk!!

20-11-2011

Dan setelah dekat sebulan aku puas dok memikirkan mende ni, pening kepala pasal ni, risau dan berbagai perasaan yg bercampur baur....

Tiba-tiba...............

Baru aku teringat bahawasanya iaitu....

Bulan ni adalah bulan 10 dan bukan bulan 11 !!

Sekian terima kasih

Thursday, October 13, 2011

SUAMIKU YANG SETIA

Lama...sangat lama!
Selama aku mengenalinya
Dia sungguh setia
Diuji dengan pelbagai ujian yg kadang-kala hampir menggugat kesetiaan...
Kesetiaan yg sangat jarang ditemui
Dan sukar dicari ganti...
Benar katanya, bukan sebarangan orang yg boleh duduk ditempatnya
Ya! aku percaya dan sangat percaya!
Tidak mudah duduk di situ
Tekanan datang dari semua arah
Tapi dia masih di situ
Kerana percaya akan satu
Setiap kepayahan pasti beroleh ganjaran
Berkat kesabaran
Usaha yg tiada kesudahan
Ikhlas dalam kejujuran
Dia menjadi insan berjaya
Dan aku percaya
Dia selayaknya untuk itu...






You really make me proud! From nobody to somebody...

Merdeka!!

Yooooohooooooooooooo!! jahitan manikku sudah habis!! merdeka beb! lega pale otak! So untuk meraikan mende ni, haruslah aku mengeteh dgn bff aku si Maszlavista ni...call macam tau2 je aku memang nak celebrate mende nih. Lepak2 jap kat kedai mamak Bukit Indah atau aku panggil Lonja, macam2 citer yg keluar. Dia tu mcam tu, dia ni macam ni, tempat ni ada hantu, tempat tu ada monyet..blablablabla..3 jam berlalu...tambah dosa lagi...tambah lagi...ala...sikit lagi nak sebakul...

Citer x habis lagi ni tapi kena gak balik sebab jam dah pukul 11 malam. Lagipun aku rasa Lonja ni x bayar bil elektrik agaknya. Kejap2 lampu padam. Ataupun memang nak soh kitorang blah dengan cara yg sopan kah? Oh ye! trime kasih ye Masz sebab bagi aku penutup citer hantu, pastu ni aku kena balik naik bukit langat sorang2..sangat syahdu...

Wednesday, October 12, 2011

KORANG PERNAH RASA BOSAN TAHAP GABAN X?

Uhhh! Bosannnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Asyik mengadap manik yg x habis2, lagi menambahkan bosan aku ni..memang giler bosan tahap gaban. Walaupun gaban tu orang jepun dan xde kena mengena dgn aku waima jiran aku punya sedara belah mak dia pun xde pertalian darah apa2 pun, tapi gaban memang sinonim dgn bosan kalau kat Malaysia ni. Tapi kalau kat kampung aku kat Sepanyol memang xde pon perkataan tu dlm kamus bahasa ibunda kitorang. Kalau korang x percaya, cer tanya Iker Casillas tu. Tapi jangan tanya masa dia tengah training bola, mahu dia empuk bola tu kat kepala.

Dah 2 hari aku x keluar menghirup udara segar lagi nyaman sebab dok sopan bersimpuh dengan gigih menyiapkan manik kat baju Datin Fauziah yg seboleh-boleh nak sebelum Jumaat. Nape ek? dah xde baju lain ke nak pakai?? (huhu kalau dia baca mampus aku!)

Dan yang sebenar-benarrrrrrnyaaa..............

Aku rindu sama mak.....huhuhu...sobsobsob! Mak nak dok kat kampung. Nak rehatkan badan katanya. Masa kitorang balik kampung minggu lepas, mak kata nak lepak barang 2 minggu kat sana..adusssss! 2 hari pun aku dah rasa lama, ni kan 2 minggu! tadi aku telefon mak nak lepaskan rindulah kengkonon. Dapat dengar suara pun jadiklah..Tapi, x cukup! x cukup setakat dengar suara je. Dan...aku dapat dengar hujung2 suara mak tu, mak menahan drpd menangis...mak pun rindu kat aku! Adik pun rindu kat mak...terutama sekali dak abelong..hari2 ajak pergi umah mak. Bila cakap mak kat kampung, dia soh hantar dia kat kampung..adoiii...tiap2 hari plak tu dia merengek nak pegi sana..Baliklah makkkkkkk!!!!

Lagipon lagi 8 hari je lagi hari jadi mak. x kan mak celebrate kat sana. Meh la balik. Cantik tu date birthday mak tahun ni.. ~ 20-11-2011 ~ Wajib sangat2 untuk celebrate dgn anak2 semua kat sini. Kalau mak still sana, adik x rasa semua dapat balik sebab masing2 kena amik cuti...Baliklah makkkkkkk!!!!


I MISS YOU SOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO MUCHHHHHHH!!!!!


baliklah mak..balik ae..ae...ae...

Tuesday, October 11, 2011

WEEKEND

Badan sakit2 x hengat2 ni. Lenguh2 belakang, sakit2 kaki.. Lemahnya. Agaknya sebab duduk je memanjang menjahit manik. Melengkung je badan tu 12jam xbenti2, maunya x sakit. Yang baju ni pon satu, bila agaknya ko ni nak siap ek? aku dah naik menyampah tengok rupa kau ni. Dah naik meluat! Bila agaknya kau rsa2 nak siap dan berambus dari pandangan aku ni. So aku boleh la mengadap lappy aku yg hensem ni utk waktu yg lebih lama. Mesej2 pakwe2 aku kat pesbuk pon aku xdapt reply2 ni..suma sebab ko! (layankan saje kata2 seorang wanita yg dah tokleh terima yg dirinya sudah lama xde orang ngorat)

Dengan kamera aku yg satu2nya tu  pon dah tamat riwayatnya tadi sebab terjatuh masa tengah dok syok mengupload gambar kat fesbuk sampai x perasankan dia time nak alihkan lappy aku ni. Bukan main teruk tercampak sampai tercabut nyawanya aka bateri dari badannya yg nampak sangat lebamnya! (body dia yg color biru tu kengkonon lebam la) Terpikir gak aku nak uploadkan gambar jenazahnya kat blog ni. Bukan main ghairah ingat jap lagi nak amik gambar pastu tepek kat sini. Tiba-tiba aku terdengar suara yg datang entah dari mana lalu menyatakan sesuatu padaku "kenapa ko ni bodoh sangat? kau nak amik gambar kamera tu mcm mana? kan dia yg jahanam. Samalah jugak ko dok depan cermin pastu ko nak tengok bijik mata ko bergerak. Itu antara tindakan bodoh yg agak bengab jugakla"  WAH WAH WAH sesuka hati je ko cakap aku mcm tu! aku kan masih tahap berkabung, so otak pon xberapa nak betul. Ko kenalah paham....

Lepak jap tepi highway tgg diana yg lembab
Mungkin jugak antara sebab badan aku sakit2 ni sebab balik kampung agaknya weekend hari tu. "Alaaaaa..mengadanyelah! bukannya dok dlm keta sampai 10 jam. Setakat 2 jam perjalanan balik Melaka pun nak kecoh." eh, ni suara tu lagi ke? apa yg ko sibuk menyemak kat sini?pegi main jauh2 la!

Hajat hati aku nak buat bbq kat rumah mak malam minggu lepas xmenjadi nampaknya sebab family aku semua balik kampung kecuali abah sebab pak haji tu ada hal. So, rancang punya rancang, discuss punya discuss, kitorang plan wat kat kampung belah mak aku jelah. Kuala Sungai Baru, Melaka.Oh! abang aku si Pali pon x dpt join. Padahal hubby aku dgn dia nak dok plan mende ni. Kak long pon xdpt join sebab ada mekap kat Rawang. Plan dengan abelang naik 1 keta je on sabtu tengah hari tu. Tetiba dia buat giler, malam hari jumaat tu call ajak balik malam tu jugak. Uhh! aku memang maless tol bab2 buat surprise mcm ni. Kalau buat surprise bagi aku hadiah ke, aku sukala. Tapi nak balik2 mengejut ni aku xberapa nak gemar. Tapi layankan jela perangai abang aku tu. kitorang pon bertolak nak dekat pukul 12 malam. Sampai sana dalam pukul 2 lebih pagi. Konvoi dengan kakak aku si diana n family. 

kopek kelapa dan isinya

Kampung kitorang kat sini memang layan gilezzzz....Dah la rumah wan (nenek) kitorang kat tepi laut. Laut yg masih dara tau. Belum dicemari beb! Bila dah ada laut, dah tentulah
mamat harapan
ada pokok kelapa yg lebat buahnya. Ni kalau orang jual air kelapa tahu ni, kompem tiap malam buah kelapa kurang. So aktiviti pertama kitorang lepas puas membuta sebab mak bagi lampu hijau x kejut pun kitorang bangun (Masa anak2 dara kalau macam ni kan best!) ialah membuat air serbat. Air serbat ni air kelapa yg ditambah air gula. Jangan tanya aku kenapa nama dia serbat. Mungkin sebab bila air tu dah siap, kitorang berebut nak sebat kot....

Bila air serbat dah siap, its makan time. Inilah waktu yang ditunggu-tunggu! Walaupun perut aku xlapar sangat sebab tadi masa dok kopek isi kelapa, banyak yg masuk perut aku dari masuk dlm bekas tu sebenarnya. Yang agak2 keras, barulah aku sumbatkan kat dalam bekas air. Tapi, aku tetap nak melantak! Lauk pauk fresh tu...patutlah orang2 kampung ni panjang umur ek. Lagipun inilah masanya aku nak makan tanpa memikirkan badan yg dah semakin memboyak sejak lepas raya ni. alaaa..nanti aku diet la!


peeeeeeeeeeeerrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!


















 Tetiba...kitorang terjumpa nak orang asli! eh! mana datang lak dia ni kat tepi2 laut nih???ni mesti kes nak curi kambing ni! nak kena nih!

Hahaha!! gelak tak hengat2 aku tengok gambar ni. Selamber jek muka abelong. Lagi dia suka rupanya pakai macam tu. OK lah nnt raya nanti ibu buat baju macam ni je lah ye? save budget. Kalau macam ni lah rupa baju, nak sedozen pon xde hal lah! Tengok tu, siap dia wat demo panjat pokok lagi! Dah besar nanti, siaplah abelong, ibu tunjukkan kat awek abelong. Sure tangkap nangis punye!


Perut dah kenyang, agenda seterusnya dah tentulah titun! 1 lagi cara untuk kelihatan gojes! Xpe2 sebab lepas ni kitorang nak pegi berenang2 kat laut. Buang balik la lemak tadi. Bikini i pon dah di gosok agar penampilan i kat tepi laut nampak kemas yet seksi!



nampak nau muka memang baru bangun tidor


ooopppss!!! seb baik xde selulit!!

kitorang tolong paklang habiskan minyak sampan dia

Diana @ dayak dan familynya yg kengkonon happy family

ni maknanya korang kena diet! seb baik aku x naik




MALAM PUN MEMBUKA TIRAINYA


BBQ TIME!





Menu


Ayam perap lada hitam

Ikan cencaru bakar
Sotong bakar
Kerang rebus & bakar

mamat ni balik semata2 nak join bbq. pastu blah blk KL


Pastu malam punya turn pulak nak labuh tirai...Lepas kekenyangan kitorang pun tidur macam ular baru lepas telan kambing hitam..ZZZZzzzZzZ

Ahadnya

kitorang xde buat apa-apa plan pun sebab dok menuggu abelang balik dari menjala ikan. Muka sekor2 mengharapkan mamat tu balik dengan membawak 1 baldi ikan-ikan besar!

Berejam-jam menunggu akhirmya mamat tu balik dengan membawa setengah baldi ikan dan beberapa ketul ketam!! Bolelah dari xdek..Yum yum yum!







Malamnya kitorang balik KL. Back to normal life. Boring, stress....Tapi tulah life yg kitorang x boleh tinggalkan. Balik kampung utk 2-3 hari bolehla..lebih dari tu, hmmm...orang tua2 kata 'tak betahlah'
But it was a beauuuutiiiiifullllllllll weekend! Hilang kejap stress kan?